B T G M : ENDLESS LOVE?

191 18 5
                                    

WAJAHNYA yang sembab itu dilihat dari pantulan cermin. Rambut merah bersinar itu digulung bersama tualanya. Wajahnya yang hampir cengkung itu dilihat. Jasadnya di situ, tetapi jiwanya meneroka ke alam lain apabila dia melihat gadis itu mesra dengan Rich.

Lenguh badannya.
Perut juga masih tidak terisi apa-apa. Bathrobe disarung ke tubuhnya. Perlahan dia melangkah keluar dari bilik air. Melihat apa-apa makanan pun belum tentu nafsu makannya menjadi buas. Semuanya berubah ritma apabila kejadian tadi berulang dalam kotak fikirannya.

Gadis itu sangat manis.

Baru saja ingin duduk di birai katil, bunyi pintu diketuk perlahan itu membuatkan niatnya terbantut. Dia menghampiri pintu lalu membukanya.

Tersenyum Tyler apabila disapa wajah lesu Belle. Mata heterochromia itu jatuh ke arah surat yang lelaki itu hulurkan.

"Apa ni?"

Tyler tidak menjawab. Tanpa membuang masanya, Belle mengambil sepucuk surat itu lalu membukanya.

"Your welcome to my room, my gorgeous."

Membaca ucapan itu membuatkan keningnya berkerut. Tak lama itu dia menggumam sinis. Pasti lelaki itu ingin menyeksa jiwanya lagi. Kali ini mungkin lelaki itu mengajaknya menonton adegan hangat dengan gadis bermata hazel tadi?

Mengingatkan hal itu, Belle mengemam bibirnya. Matanya memandang ke arah mata Tyler tajam. Perlahan tangannya mengoyakkan kertas itu di hadapan wajah Tyler. Tyler pula yang tersenyum manis dari tadi terus luntur senyumannya itu.

Tangan Tyler dicapai, lalu dia meletakkan cebisan-cebisan kertas itu di atas tapak tangan lelaki itu. Tapak tangannya yang terbuka luas tadi ditutup lembut.

"Do the same way I do to you."

Pintu ditutup. Dia menarik nafas lega. Walaupun sebenarnya dia tertarik untuk tahu kenapa lelaki itu mengajaknya untuk masuk ke bilik Tuan Putera itu.

Lepas dia buat kau macam tu, kau masih nak dengan dia ke Belle? Jangan jadi bodoh! Sempat hatinya menegakkan ego.

Tok! Tok! Tok!

Sekali lagi pintu diketuk. Tapi kali ini tidak perlahan seperti tadi. Penat! Dengan malas, dia kembali membuka pintu.

Belum sempat dia membuka mulut, laju tubuhnya terdorong ke belakang. Pintu juga kembali ditutup.

"Apa yang kau nak? Berhambus!"

"This is my palace and king doesn't receive any order, my gorgeous."

"Okay!"

Jelas berombak dada Belle tatkala itu. Dia merapatkan kedudukan mereka sehingga hujung jari kakinya bertemu dengan hujung jari kaki Rich. Kepalanya mendongak.

"And princess doesn't receive any order too."

Mata heterochromia itu berani menghadap mata lautan biru di hadapannya. Dia tidak mahu lagi terlihat lemah. Di depan sesiapa saja.

Rich tersenyum sinis lalu tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya. Segala pergerakannya tidak menjejaskan matanya yang statik memandang wajah yang dia cintai dan dia rindui.

Tapi, di dalam mata itu penuh ego yang dia bina. Susah untuk dia menerobos semula.

"Aku Cuma nak minta kau, jaga anak aku elok-elok. Dia bakal menerima takhta sebab dia adalah cucu sulung."

Tekaan dia selama ini, tepat belaka. Dia tersenyum sinis. Jadi, inilah pengakhiran kisah cintanya bersama Rich? Dia hidup bersenang lenang di atas harta yang akan jatuh pada anaknya itu.

Tapi dia? Hanya duduk termenung menanti ajal yang bakal datang. Bullsh*t!

"Aku akan gugurkan dia."

"Once you touch the baby, I'll kill you."

"And just do it now!"

Belle menarik pisau yang elok tersangkut di tali pinggang Rich. Tangan Rich digenggam bersama pisau yang diacu ke arahnya. Rich tergamam. Dia mahu menarik semula, tetapi mata pisau sudah mencemar leher jinjang gadis itu.

"Dunia ni terlalu kejam untuk aku! Aku dah tak tahan hidup dalam keluarga ni lagi! Nasib baik selalu tak menyebelahi aku! Tak cukup kau sakitkan hati aku lagi, Riccardo!"

Rich menyentap tangannya sehingga tautan tangan itu terlerai. Pisau sudah tercampak entah ke mana. Darah yang mula merenek itu dia kesat dengan ibu jarinya.

"Kau perlu sedar... kau Cuma adik aku. Darah daging aku. Dan kau tak layak untuk dapat cinta aku lebih dari seorang adik."

Belle tidak dapat menahan rasanya lagi. Wajahnya jelas tidak puas hati dengan apa yang Rich simpulkan. Jelas pengorbanannya selama ini diabaikan. Tiada yang mahu menghargainya.

"Jadi itulah alasan kau lepas kau dah dapat apa yang kau nak? Jadi first kisser aku dan kau ambil mahkota yang aku jaga walaupun aku liar..."

"Itu bukan alasan aku. Tapi itu kenyataan. Buka mata kau luas-luas, Belle. Kau adalah adik aku."

Dagunya bergetar menahan tangis. Matanya sudah berkaca. Puncak hidung juga sudah memerah. Hatinya bagai digilis tragis. Maruahnya bagai dipijak tanpa belas ihsan seorang putera.

Belle menarik nafas panjang. Dia tidak dapat menahan lagi air matanya dari tertumpah. Wajahnya kosong kali ini. Air mata bisu dan lesu itu mengalir deras ke pipi, tetapi riak wajahnya termenung ke hadapan.

Melihat lelaki yang dia cintai sejak sekolah dan membuat dia separuh gila. Dia sanggup bermatian kerana lelaki itu. Tapi pengakhiran cerita cinta mereka amat tragis.

Kata-kata cinta yang pernah Rich bagi kepadanya mula menghilang satu per satu. Tawar hati.

"Dah habis?"

Sunyi antara mereka tadi dihapus.

"Baiklah... aku akan jaga anak ni. Walaupun janin ini adalah kenangan pahit kita. Tapi aku nak kau tahu, aku cintakan kau. Aku tahu kau takkan balas. Sebab kita adik dan abang. Boleh kau tunaikan permintaan aku, untuk kali terakhir?"

Rich terdiam. Mata heterochromia yang berkaca itu dipandang tanpa lepas.

"Can I hugged you?"

Suasana hening seketika. Sejujurnya, dia sangat rindukan Rich. Fikirnya, balik ke sini dia akan lari bersama lelaki itu. Tetapi, lelaki itu berfikiran waras dan menjaga imej dirinya sebagai seorang putera raja.

"Kalau anak ni gugur, kau masih terima aku ke, Rich?"

Lama diam. Kali ini dia menarik tautan matanya. Dia juga rapuh.

"Ikutlah haluan masing-masing, Belle. Hubungan kita sampai sini saja. Maafkan aku."

Walaupun perit, jadi itulah definisi cinta ini. Tiada yang dapat menyatukan.

"Tapi aku sayang kau..."

Cuma dia saja yang gila.

Tanpa sempat Rich berkata, terus tubuh tegap itu didakap dari depan. Tangan halusnya menggenggam fabrik yang berada di belakang tubuh Rich. Segala lencana dan loket yang melekat di baju lelaki itu tidak menarik minatnya. Hanya hangat tubuh lelaki itu saja yang dia mahu.

"Aku pernah berharap, kaulah seorang yang mampu bahagiakan aku. Tapi hakikatnya... Poisonous."

Rich menunduk apabila bauan dari rambut merah bersinar membuai dirinya. Perlahan dia membalas pelukan gadis itu. Tipulah dia tidak merindui segalanya tentang Belle. Dari sejak gadis itu hilang tiba-tiba dari istana dia bagai hilang arah.

Setelah King Emmanuel memberitahunya yang Belle ingin tinggal dengan mamanya, dia mula tahu status dirinya dengan gadis itu. Dia tidak mampu mengubah takdir itu.

"I'm sorry. I didn't meant to hurt you. How hard reality is, we must face it."

"But I can't."

"Me too... siapa je yang boleh terima kenyataan ni? Aku pun tak sanggup, Belle."

Dahi luas milik Belle itu dikucup lama. Melepaskan sisa rindu yang memendam lama. Tubuh gadis itu juga dipeluknya erat. Gadis itu juga tidak melepaskan peluang melepaskan rindunya.

Dua jiwa yang rapuh.

"But, we must face it."

° ° °

Jangan lupa vote and comment!

1111 words

Behind The Golden Masquerade [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora