B T G M : HOPELESS

199 19 0
                                    

"HAI Miss Belle."

Belle mengangkat wajah memandang pembantu rumah yang menunduk-nunduk di hadapannya.

Jenis pemalu mungkin?

"Tuan Putera suruh saya bagitahu Miss Belle, dia ajak Miss untuk turun makan malam."

Mata Belle berguling ke kiri.

"Malas, kaki aku dah kudung. Cakap dekat dia macam tu."

"Mana yang kudung tu?"

Mata Heterocromianya beralih ke arah pintu pula. Bebola matanya bergolek ke kiri lagi sekali. Melihat sepasang mata yang mampu membuat bahang di hatinya mula berbara. Dengan satu jelingan saja, pembantu itu keluar dari bilik dan hanya menurut.

"Kau nak apa? Suka hati kau je masuk bilik aku."

"Saja melawat. Kaki kau kudung, kan?" soalnya sarkastik.

"Keluar, boleh?"

"Suka hati akulah rumah aku."

"Tapi bilik ni aku yang duduk."

"Semua bilik dalam rumah ni aku punya dan suka hati aku nak masuk atau tak. Okey?"

"Diktator," cemuh Belle perlahan tapi dapat didengari oleh telinga tajam milik Rich. Rich melabuh punggung di hujung kaki Belle.

Kening Belle hampir bertaut melihat renungan lelaki itu. Rich hanya diam. Sejujurnya, dia tergoda dengan layanan manja gadis itu. Sengaja juga dia membuat tidak kenal dengan Belle pada mulanya, sedangkan dia berdebar-debar juga ingin mendapatkan jawapan. Adakah dia Belle si Alien?

"Kau nak apa? Tak puas lagi sakitkan hati aku?"

Mata biru langitnya tunak memandang Belle tanpa lepas.

Tanpa banyak bicara, Rich bangun lalu duduk bersebelahan dengan Belle. Tubuh langsingnya berganjak apabila Rich mendekat. Baru saja dia ingin mengangkat punggung, pinggangnya ditarik merapat ke tubuh kekarnya.

Kini belakang tubuhnya bersandar penuh pada tubuh kekar itu. Tangannya ditahan oleh sebelah tangan kekar milik Rich manakala satu lagi tangan galak membuka butang bajunya.

"Apa yang kau nak buat ni?"

Bahu yang berbalut bandage itu dibuka. Luka yang hampir kering dilihat. Setelah mendapat tahu Belle tidak mahu lukanya dirawat, dia mula terasa risau dan serba salah.

"Lepaskan akulah!"

"Diam!"

Jerkahan dari Rich tadi tidak memberi kesan kepada Belle. Dia tetap berdegil cuba melepaskan pelukan dari sepasang tangan kekarnya.

Kaki Belle yang bebas menyepak bantal-bantal dan gebarnya jatuh dari katil. Tidak lama itu, seorang pembantu datang membawa first aids dari bilik Rich.

Perlahan lukanya dicuci. Jeritan dari Belle tidak dia endahkan. Pembantu itu hanya memandang dengan riak risau apabila Rich berlaku kasar begitu kepada Belle.

Bandage ditukar lalu membalut semula bahunya. Belle lelah di dalam pelukan Rich. Nafasnya cuba diatur sesekali Rich mendengar esakan halus dari gadis itu. Gadis itu lemah di dalam pelukannya. Rich mengerling ke arah Belle.

"Kenapa dengan kau? Huh?"

Soalan itu tidak berjawab. Sebaliknya, bahu yang dibaluti bandage tadi ditutup semula dengan baju pijama yang elok membaluti tubuh langsing Belle.

Apabila tangan kekar tadi melonggar pautannya, terus ditepis kasar tangan itu.

"Stop doing, that. Don't make my heart broke into pieces again."

Sengaja dia selama tiga hari itu dia tidak merawat lukanya. Fikirnya, Rich tidak akan bertindak apa-apa. Hari ini, tiba-tiba saja lelaki itu datang bagai merisaukan keadaannya. Apa yang dia mahukan sebenarnya?

"Aku mati pun, aku bukan siapa-siapa. Jangan... tolong jangan. Jangan bagi harapan lagi dekat aku... sakit tahu tak? Kalau kau tak suka aku, teruskan! Tapi jangan bagi harapan!"

Walaupun layanan Rich agak kasar tadi, tetapi hatinya senang saja memberi harapan kepada lelaki itu dan dia berharap yang lelaki itu masih risaukannya.

Tapi, dia perlu sedar kerana dia bertepuk sebelah tangan. Lelaki itu takkan memandangnya, mereka bagai langit dan bumi, enggang dan pipit.

Lagi membuatkan dia yakin Rich tidak memandangnya, 'kesucian' pada tangannya. Tangan mulus ini nampak suci, tapi hakikatnya... kotor!

Melihat Belle yang sedang melayan perasaan itu membuatkan dia beralah juga. Belle mungkin perlu masa untuk bertenang.

Rich bangun dari katil lalu meninggalkan saja Belle melayan perasaan di dalam biliknya.

Rambutnya yang perang diselak ke belakang. Sesekali rambutnya dicengkam. Pemikirannya kini terganggu. Celaru! Dia terus meluru ke arah biliknya.

Dari jauh, satu pasang mata sedang melihat adegan itu dari jauh. Dia perlu fikirkan sesuatu untuk menyatukan mereka kembali.

° ° °

Jangan lupa vote and comment!
Happy reading!

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now