E P I L O G U E : CUCU SULUNG

328 23 4
                                    

BEBERAPA tahun kemudian,

“Badan Miss Belle cantik, tak payah guna korset pun takpa rasanya.”

“Tahu tak benda tu melemaskan?”

“Tahu, tapi kena pakai juga.”

Belle mengeluh apabila tangannya ditarik merapat ke arah closet. Bilik sebesar dewan itu khas untuk pakaian saja. Agak leceh kerana dia perlu mengikut tema majlis kali ini.

Korset disarungkan ke tubuh langsing milik Belle. Pembantu semua sedang sibuk mencari baju yang sesuai untuk Belle. Rambut merahnya pula sudah didandan cantik dan sesuai untuk diletakkan tiara di situ.

“Okey, Miss Belle. Kecilkan perut dan tarik nafas.”

Belle menarik nafas sedalam-dalamnya. Suzy menarik tali korset hingga tiada ruang angin lagi yang boleh melaluinya. Belle menutup matanya menahan sesak.

“Okey, siap.”

Belle mengeluh.

“Aku tak pakai benda ni pun laki aku tergila juga la kat aku.” Gumam Belle. Bengang sungguh dia jika terdengar perkataan ‘majlis’ setiap kali. Jika dulu, dia hanya menggunakan kemahiran dirinya dan beberapa tukang solek untuk colet-coletkan make up di wajahnya.

Sekarang dia ada pembantu yang solekan ala-ala diraja dan dia harus patuh. Kerana dia adalah salah seorang dari kerabat ini.

Sebagai menantu yang paling badass.

Apa-apa yang dia tak suka, dia akan bantah semerta. Mungkin di dalam perdebatan dia boleh menang, tetapi kalau perdebatan dengan Rich, dia mudah kalah.

Sebab dia tahu kelemahan Belle di mana.

Tubuhnya disarung spring untuk nampak gown yang dipakainya mengembang. Kemudian, disarung pula satu lapis kain kembang berwarna putih. Kemudian, sarung lagi dengan kain kembang.

“Banyaknya...”

“Ada tiga layer lagi, Miss Belle.”

Belle mengeluh. Kali ini dia pasrahkan saja apa yang mereka lakukan terhadap pakaiannya. Akhir sekali, lapisan terakhir berwarna merah dan ada hiasan bunga merah di pinggangnya. Kemudian, disarungkan pula top dress berwarna merah juga.

“Wow. Red.”

“Cantik Miss Belle. You look... stunning.”

“I adore you, Miss Belle. You look like Little Red Riding Hood.”

“Hah, Little Red Riding Hood versi princess. Merah buat abang marah, aums!”

"Pandailah kau. Jumpa lembu jantan, aku ni la yang kena sondol dulu." Belle tersenyum.

Pembantu dalam istana ini kuat menyakat rupanya. Dulu, Belle akui yang dia sangat sombong dengan pembantu di istana ini. Setelah lama mengenali mereka, barulah Belle tahu mereka juga 'giler-giler’ sepertinya.

“Jangan lupa ni, Miss Belle.”

Belle menoleh ke arah Suzy yang menghulurkan sekotak kayu padanya. Belle buka lalu dia tersenyum. Dia tersenyum bukan kerana dia tertarik melihat Masquerade Mask itu. Tetapi mengingatkan tentang kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lepas.
Bermula dari the Golden Masquerade inilah dia menemui realiti yang menyakitkan dan dia mula sedari dia dipermainkan. Bagai strategi catur yang dibuat oleh Joowan.

Kini, dia bebas. Tanpa ada lagi pengkhianat dalam keluarga.

Ah... Nostalgia.

Belle mengambil Masquerade mask itu dan menyuruh mereka memakaikannya. Siap sepenuhnya. Lengkap. Seperti kali pertama dia menjejaki majlis suatu ketika dahulu. Cuma kali ini, dia memakai gown yang kembang dan rambut yang diikat bun. Dengan penuh tatatertibnya, dia duduk dengan tubuhnya yang tegak kerana korset itu. Perlahan pembantunya memakaikan tiara ke rambut merah bersinarnya.

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now