Hauraina terjaga lalu dia terus memeluk leher Danish.

"Papa" Hauraina menangis. Dia masih di dalam dunianya.

"Makcik dera Aina papa" Hauraina bersuara lagi.

Danish memeluk belakang gadis itu. Dia hanya diam dan mendengar esakan gadis itu.

"Hey Arrien, it's me" Danish menolak tubuh gadis itu dengan perlahan lalu dia tersenyum kepada Hauraina.

Hauraina terjaga lalu dia memandang Danish. Mukanya terasa panas. Dia sudah terpeluk lelaki itu buat kali ke dua.

"M-maaf" Hauraina membetulkan posisi duduknya lalu berdehem.

"Kau lapar?" Soal Danish.

"Lapar lah juga"

"Okay, bagi aku kemas meja aku jap. Lepastu kita lunch" Danish bangun lalu pergi ke mejanya.

Hauraina termenung lalu dia bermain dengan jarinya.

"Where are you papa" Hauraina mengeluh lalu dia pergi ke bilik air untuk membasuh muka.

Danish memandang Hauraina yang sudah masuk ke dalam bilik air. Dia terus sahaja mendail nombor seseorang.

"Hello?"

"Find more information about Hauraina"

"Okay"

Talian di matikan lalu dia menunggu Hauraina di sofa.

.

Danish masuk ke dalam markas dengan muka yang dingin. Di belakangnya ada Xiong, Xian dan Thomas. Mereka masuk ke dalam bilik meeting lalu melihat Tengku Asyraf sedang membuat kerja di laptop.

"So.. apa yang kita ada?" Soal Tengku Asyraf. Dia menutup laptop miliknya lalu memandang Danish.

"Wait for Fazz" Danish duduk bersilang kaki.

Tok..tok

Pintu bilik itu diketuk. Xian bangun lalu membuka pintu itu, mukanya hanya selamba apabila terlanggar Thomas.

Fazz masuk lalu memandang mereka yang berada di dalam milik itu. Semua bermuka dingin kecuali Xian.

"Duduk" arah Danish.

"Apa maklumat yang kau ada untuk kami?" Soal Tengku Asyraf.

"Alexander rancang mahu bawa masuk senjata luar ke Malaysia. Dia akan serang kau bila-bila masa sahaja" terang Fazz lalu dia memandang Danish.

Danish hanya tenang. Tengku Asyraf pula tersenyum sinis.

"Apa lagi?" Soal Danish.

"Dia akan cuba mencari jalan untuk kau dan anak-anak buah kau melutut kepada dia"

Danish dan Tengku Asyraf ketawa sinis. Mereka berdua memandang Fazz dengan senyuman jahat mereka.

"Let's see who will kneel later" Ujar Danish dengan senyuman sinisnya.

"And who would plead not to be tortured" Tengku Asyraf menyambung.

Danish memandang Xian lalu mengangkat sebelah tangannya. Xian mengangguk.

"Okay itu sahaja kan?"

"Ya" Fazz mengangguk.

Danish dan Tengku Asyraf berjabat tangan dengan Fazz lalu mereka berdua keluar daripada bilik meeting itu. Yang tinggal hanya Xian, Xiong, Fazz dan Thomas.

"Mari aku belanja makan" Xiong membuka pintu.

"Alhamdulillah rezeki ada Abang baik" Xian terus memimpin tangan abangnya.

"Don't touch me shit!" Xiong terus menolak adiknya lalu keluar daripada bilik itu.

Xian dan Thomas ketawa. Fazz pula hanya diam dan memerhati.

.

Rumah agam itu sudah sunyi dan gelap. Semua sudah diulit mimpi agaknya. Danish jalan menuju ke bilik Hauraina lalu pintu itu di buka. Kakinya melangkah ke katil gadis itu lalu dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

"You look so cute, my little lady" Tangannya mengusap rambut Hauraina lalu dia tersenyum nipis.

Danish merenung gadis yang sedang diulit mimpi itu. Tangannya naik mencubit pipi tembam gadis itu.

"Ermm" Hauraina mengerutkan dahinya apabila merasakan seseorang mengganggu tidurnya.

Danish ketawa perlahan lalu dia merebahkan dirinya di atas katil itu. Matanya tidak berhenti menilik setiap inci muka gadis itu.

Bulu mata yang lebat. Hidung yang mancung. Pipi yang tembam dan bibir yang menggoda. Sungguh cantik dan perfect! Danish membelai pipi gadis itu lalu dia tersenyum.

Setelah beberapa minit Danish baring di sebelah gadis itu, dia terus sahaja bangun untuk masuk ke biliknya. Dia mengucup dahi gadis itu dengan lembut lalu membisikkan sesuatu sebelum keluar daripada bilik Hauraina.

"You're mine Arrien. Forever mine"

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now