Hauraina membersihkan dapur. Dia memotong buah tembikai susu dan dimasukkan kedalam mangkuk.

Hauraina terjerit kecil apabila Danish berada di belakangnya apabila dia memusingkan badan.

Danish merenung anak mata gadis di hadapannya dengan pandangan dingin.

"Mana Maksom?" Soalnya.

"Da-dalam bilik, solat" jawapnya dengan gagap. Dia menunduk, tidak berani memandang muka Danish. Danish mencubit dagu Hauraina lalu memaksa gadis itu untuk melihatnya.

"Pandang aku, my little lady"

Hauraina memandang Danish. Wajahnya dan Danish lagi berapa inci sahaja.

Danish tersenyum sinis apabila melihat badan Hauraina sedikit menggigil. Dia membelai pipi gadis itu dengan lembut.

"Kau takut dengan aku ke? Hm?" Soal Danish dengan senyuman sinis. Dia mendekatkan lagi mukanya dengan Hauraina.

Hauraina menutup matanya. Danish mengambil tembikai susu yang berada di dalam mangkuk itu lalu di suapkan ke dalam mulut. Dia terus menjauhkan dirinya daripada Hauraina.

Hauraina menghela nafas lega. Ingatkan Danish mahu menciumnya tadi.

"do you think i want to kiss you? hm?" Danish tersenyum nakal, dia mendekatkan mukanya semula.

Muka Hauraina sudah seperti tomato. Dia terus menolak sedikit dada bidang Danish.

Danish tersenyum lalu dia menahan tangan Hauraina.

"Want to push me?" Danish tersenyum nakal lagi.

Hauraina sudah seperti cacing kepanasan. Dia takut dengan perangai baru Danish ni.

"Ehem! Nak kena panggil pejabat agama ke macam mana ni?" Satu suara berdehem. Hauraina dan Danish menoleh ke kiri.

Maksom tersenyum lalu dia memandang muka Danish dengan satu senyuman yang mungkin hanya Danish sahaja yang faham.

Hauraina melihat muka Danish sedikit merah. Danish terus berdehem lalu menjauhkan jaraknya dengan Hauraina. Dia mendekati Maksom lalu menyalam tangan Maksom.

Maksom ketawa lalu dia menarik tangan Hauraina ke ruang tamu. Danish membuntuti mereka, dia melangkah ke tingkat atas untuk masuk ke biliknya. Tinggal Hauraina dan Maksom sahaja di ruang tamu.

"Aina, Maksom nak tanya ni" Maksom menggenggam erat tangan Hauraina.

"Hm? Apa dia Maksom?" Hauraina meletakkan mangkuk yang berisi buah tembikai susu di atas meja.

Maksom tersenyum manis lalu dia memandang anak mata gadis di hadapannya.

"Aina suka Tuan Nish?"

Hauraina terus menjadi batu. Dia merenung anak mata Maksom.

"Ma-mana ada! Maksom ni!" Hauraina mencubit perlahan tangan Maksom. Maksom hanya ketawa.

"Maksom makan garam dulu daripada kamu. Maksom tahu lah. Eh ingat anak dara tua macam Maksom ni polos sangat ke?" Maksom tersenyum nakal lalu dia mencucuk pinggang Hauraina.

"Maksom ni... Aina cuma anggap dia boss je" ujar Hauraina.

"Maksom tahu. Kamu ada rasa sesuatu di dalam hati kamu tapi kamu tak tau itu rasa apa. Kamu sukakan dia. Tapi kamu cuba tolak perasaan tu"

Hauraina terdiam. Secara jujurnya memang dia sudah tersuka dengan Danish. Tapi Danish pandang ke orang macam dia?

"Maksom ni mengarut lah. Dia mana pandang orang macam saya ni. Saya orang kampung, saya tiada harta. Cantik pun tak" Hauraina tersenyum nipis.

"Tak cantik? Bilik Maksom tu ada cermin tau. Besar sangat! Kamu nak tak maksom bagi kamu cermin tu" Maksom menjeling Hauraina.

Hauraina ketawa lalu dia memeluk bahu Maksom.

"Entah lah Maksom.. saya pun tak tau perasaan saya"

Maksom tersenyum lalu dia mengusap kepala Hauraina.

Tanpa mereka sedari, Danish sedang mencuri dengar perbualan mereka di tangga. Danish tersenyum nipis.

.

Selepas makan malam, Hauraina mengemas dapur seorang diri. Maksom katanya sakit badan.

Hauraina mencuci pinggan di singki dan membersihkan lantai dapur.

Danish melangkah ke dapur lalu dia melihat Hauraina sedang menyapu lantai.

"Arrien" panggil Danish.

Hauraina menoleh lalu dia tersenyum manis.

"Ye? Awak nak apa-apa ke?" Soal Hauraina.

Danish mendekati Hauraina lalu mengambil penyapu di tangan gadis itu.

"Kau nak sapu apa lagi? Hm? Cucu kuman?" Soal Danish dengan sinis. Hauraina hanya tersengih.

"Jom ikut aku" Danish memandang Hauraina.

"Pergi mana?" Soal Hauraina.

"Ikut je, nah baju" Danish mencampakkan satu beg plastik di atas meja lalu dia duduk di ruang tamu.

"Cepat! Sebelum aku yang siapkan Kau" jerit Danish dari ruang tamu.

Hauraina terus sahaja mengambil beg plastik itu lalu dia berlari ke tingkat atas.

Beberapa minit kemudian, Hauraina melangkah ke ruang tamu dengan pakaian yang di beli Danish tadi. Baju blouse berwarna purple,seluar slack berwarna hitam dan tudung bawal berwarna putih.

Danish memandang Hauraina lalu dia tersenyum manis. Hauraina terpegun dengan senyuman manis lelaki itu. Pertama kali dia melihat Danish tersenyum begitu.

"You look so beautiful, my little lady"

Hauraina tersipu malu.

Danish dan Hauraina masuk ke dalam kereta Lamborghini Aventador. Kereta Lamborghini itu terus meluncur keluar daripada halaman rumah agam itu.

.

DANISH HAIZIQ |✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu