Sampai sahaja di kereta Mercedes G Wagon milik Xiong, Xian menolak dengan kasar badan salmah ke dalam sehingga Salmah jatuh ke lantai kereta.

"Kejam betul korang ni. Tadi seret pastu tolak sampai tertonggeng orang tua ni" ujar seorang pemandu di hadapan.

Xian dan Xiong ketawa lalu mereka saling menepuk tangan.

Sampai sahaja di markas. Xian menyeret Salmah sehinggalah ke satu bilik kosong. Salmah di biarkan baring di atas lantai itu.

"Itu ke Salmah Eton?" Soal Tengku Asyraf. Mahu tergelak apabila menyebut nama orang tua itu.

"Yelah ni Eton syaiton" Xian berdiri.

"Haih berat betul kaki!" Xian membetulkan bajunya yang sudah berkedut. Xiong dan Tengku Asyraf ketawa.

Danish datang bersama Hauraina. Hauraina terpinga-pinga. Tempat apa ni?

"Mari masuk dekat dalam bilik Eton" Xian masuk lalu melihat Salmah yang sudah terjaga.

"Kita dekat mana ni?" Soal Hauraina.

Danish memandang Hauraina. Dia terpaksa bawa gadis itu kerana Alisa ada urusan dengan ibu bapanya.

"Kau tunggu dekat dalam ni. Jangan keluar" arah Danish. Hauraina mengangguk lalu duduk di sofa.

Danish melangkah keluar lalu dia memanggil seorang anak buahnya untuk menjaga pintu itu.

Danish masuk ke dalam bilik yang di letakkan Salmah. Dia melihat Salmah seperti ketakutan.

"Kau siapa! Lepaskan aku!" Jerit Salmah.

"Hoi Eton! Menjerit aje kerja kau" Xian bersuara. Xiong dan Tengku Asyraf tersenyum sinis.

Danish mendekati Salmah lalu dia memandang Xiong.

"Info?"

"Oh lupa. Nama dia Salmah Eton, 48 tahun. Mak saudara kepada Hauraina dan adik kepada arwah mak Hauraina" terang Xiong.

Danish menganggukkan kepalanya lalu dia menarik rambut Salmah.

"Delete apa yang kau post dan aku nak kau beritahu benda yang sebenar dekat media social" Danish menikam anak mata Salmah.

"Kenapa aku kena dengar cakap kau?" Salmah menahan sakit di kepalanya.

"Ke memang betul perempuan sial tu ikut kau?" Salmah tersenyum sinis.

Danish mula naik angin apabila Salmah memanggil Hauraina  dengan panggilan 'perempuan sial'. Dia mengeluarkan pisau lalu di letakkan di pipi Salmah.

"Kau nak terus terang atau kau nak mati!"

Salmah menelan liur. Danish menekan sedikit pisau itu sehinggalah Salmah mengerang kesakitan.

"O-ok ok aku akan padam dan cakap benda yang sebenar"

Danish tersenyum sinis. Dia menyuruh Xiong mengambil kamera lalu dia merakam Salmah. Salmah mula mencerita kesemuanya.

"Good! Now Hauraina milik aku. Kau boleh hidup dengan aman tanpa dia" ujar Danish dingin.

"Xiong pastikan video ni viral"

"Baik boss"

Danish terus sahaja melangkah keluar daripada situ. Dia masuk ke dalam officenya lalu melihat Hauraina sudah tertidur. Danish tersenyum nipis lalu dia mengusap pipi gadis itu. Dia melihat ada air mata di pipi Hauraina.

"Don't worry. I will always be by your side, my little lady" Danish tersenyum.

Dia membiarkan Hauraina tidur sementara. Danish duduk di meja kerjanya lalu membuat kerja di markas.

.

Sudah seminggu berlalu. Video Salmah viral dan teruk dikecam orang.

~patutlah dia lari rumah! Ada mak saudara perangai sama macam iblis!

~sedap mulut kau aje cakap dia ikut jantan!

~Ingatlah dosa sikit! Dahlah tua! Bila-bila masa sahaja boleh mati!

Xian dan Xiong membaca comment. Mereka tersenyum sinis. Hauraina juga sudah tahu tentang video itu dan dia tertanya tanya. Kenapa makciknya sanggup memalukan diri sendiri?

"Sudah-sudah lah tu tengok comment dekat video tu" ujar Tengku Asyraf.

"Tak boleh lah. Eton ni kelakar" Xian ketawa.

Danish tersenyum sinis lalu dia memandang Hauraina yang sedang menonton TV.

Hauraina memandang ke kiri apabila dia merasakan ada seseorang memerhatikannya. Hauraina memberi senyuman manis kepada jejaka itu lalu dia menyambung menonton TV.

Danish terpukau dengan senyuman gadis itu. Matanya masih merenung Hauraina.

"Xian tampar aku"

"Ha?" Xian terus memandang Danish.

"Tampar aku" mata Danish masih memandang Hauraina.

"Okay?"

Xian pusing lalu dia memberi satu tamparan yang sungguh kuat kepada Danish. Danish terteleng ke tepi dan tepi bibirnya pecah.

Hauraina terus sahaja berlari mendapatkan Danish.

"Allah! Kenapa awak tampar dia?" Hauraina mengambil kain lalu meletakkan ais. Dia meletakkan kain berisi ais itu di bibir Danish.

"Dia yang suruh" ujar Xian.

"Awak dah gila ke?" Hauraina menekan kain itu dengan kuat.

"Ye aku gila.. gilakan kau" Danish mencubit pipi Hauraina.

"Jangan sentuh lah!" Marah Hauraina dia terus menekan kain itu dengan kuat lagi. Danish meringis kesakitan.

Xian dan Xiong ketawa. Tengku Asyraf tersenyum sinis. Tengku Asyraf tahu, kawan karibnya itu sudah mula jatuh cinta dengan Hauraina cuma Danish keliru dengan perasannya sendiri.

'Just wait bro'



..

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now