"Akak... Xian dengan Xiong tu memang macam tu ke? Tengok tu tadi gaduh" Soal Hauraina sambil melihat ke arah Xian dan Xiong yang sedang menutup muka kerana sedang menonton cerita hantu.

Alisa ketawa. Dia faham sangat apa yang dimaksudkan oleh Hauraina.

"Xian tu perangai dia memang macam budak-budak. Xiong pula matang lah juga cuma dia lebih serious daripada Xian"

Hauraina tersengih. Dia dan Alisa pergi ke ruang tamu lalu duduk di sofa.

"Kau orang ni nak tengok ke nak tutup muka?" Soal Alisa.

"Seram lah cerita ni!" Marah Xian

"Kalau seram kenapa tengok?" Alisa memberi jelingan maut kepada Xian.

Xian dan Xiong terus sahaja menukar rancangan. Mereka membuka cerita frozen.

"Yey!! Frozen!!" Jerit Asya Farhana lalu melompat ke atas perut Xian.

"Urgh!! Senaknya"

Alisa dan Hauraina ketawa.

"Kau lah yang ajar dia lompat macam tu" ujar Alisa.

Sedang mereka menonton cerita frozen, Danish mendekati Hauraina lalu duduk di sebelah gadis itu. Tengku Asyraf pula duduk di sebelah isterinya.

"Malam ni kita tidur rumah Tengku Asyraf" ujar Danish.

"Okay"

Danish merenung Hauraina yang sedang menonton cerita di TV.

Hauraina yang rasa seperti ada seseorang memandangnya terus sahaja pusing ke kanan. Matanya Dan mata Danish bersabung. Mata lelaki itu hanya dingin dan tajam .

"Dah pukul 12. Pergi masuk tidur" arah Danish.

"Lah? Sabarlah awak"

Danish menikam anak mata gadis itu. Tengku Asyraf dan Alisa sudah naik ke atas kerana anak-anak mereka sudah merengek.

"Kau nak tidur dengan aku ke?" Danish tersenyum sinis lalu dia mencempung badan gadis itu.

Hauraina terkejut dengan tindakan luar kawalan lelaki Itu. Dia terus sahaja memukul dada bidang Danish.

"Hei! Turunkan saya lah!"

Danish hanya diam. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik tetamu, Danish meletakkan Hauraina di lantai.

"Masuk sebelum aku yang uruskan kau. Kalau aku yang uruskan kau tidur.. memang aku tak akan lepaskan kau" Danish mengusap pipi gadis itu lalu mencium dahi Hauraina. Dia meninggalkan Hauraina yang terpinga-pinga di situ.

Hauraina menyentuh dahinya yang dicium oleh Danish. Tiba-tiba mukanya terasa panas.

"Kau nak tidur ke tak, hm?" Soal Danish. Hauraina memegang dadanya. Sejak bila mamat ni muncul !?

"N-nak tidur lah ni" Hauraina terus masuk ke dalam bilik lalu menguncinya.

Danish tersenyum sinis. Dia terus sahaja menuju ke ruang tamu.

"Kau sukakan dia?" Soal Tengku Asyraf yang berada di ruang tamu.

Danish memandang Tengku Asyraf dengan senyuman sinis.

"I know you like her, Nish. Ini lah masanya untuk kau bina keluarga" ujar Tengku Asyraf.

"Dia masih budaklah bro. Aku dah 25 tahun dia baru 18 tahun" ujar Danish.

"Umur tak penting"

Danish hanya diam. Dia pun tidak tahu dengan perasannya. Jujur dia memang sudah jatuh sayang dengan gadis itu.

Tengku Asyraf tersenyum. Dia menutup laptopnya lalu melangkah naik ke atas untuk tidur..

.

Hauraina termenung. Dia tiba-tiba rasa tidak sedap hati.

'ada sesuatu akan jadi ke?' Soalnya kepada diri sendiri. Dia mengeluh perlahan.

"Amboi? Bukan main lagi mengeluh" tegur Alisa. Dia meletakkan pinggan yang berisi fries di atas meja.

Hauraina tersengih. Dia memandang Alisa yang sedang menghirup air latte. Haih mak buyung ni, latte aje memanjang.

"Makan lagi Kak?" Hauraina memandang Alisa dengan pelik. Baru aje tadi lepas makan.

"Baby yang nak" Alisa tersengih.

Hauraina ketawa. Apa pula salahkan baby?

"Kalau akak nak tanya ni... Haura jangan marah ya?" Ujar Alisa sambil menyuap fries ke dalam mulut.

"apa dia?" Hauraina meminta izin Alisa untuk mengambil satu fries itu.

"Haura... suka Danish?"

Hauraina terdiam. Dia memandang muka Alisa yang sedang tersenyum manis.

"Saya.. saya pun tak tahu dengan perasaan saya kak. Tapi saya rasa selamat kalau dekat dengan dia" jujur Hauraina.

"Tapi kalau saya sukakan dia pun... saya mesti di tolak. Saya ni muda lagi. Mana dia pandang perempuan macam saya ni. Harta pun tak ada" Hauraina tersenyum pahit.

Alisa memeluk bahu Hauraina dengan erat.

"Haura nak tau tak? Nish tu tak pernah ada kawan perempuan. Layan perempuan pun tak" Alisa tersenyum.

"Dia selalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk bercinta dan layan perempuan sana sini. Tapi sekarang akak tengok dia suka sangat usik Haura. Akak yakin dia suka awak" Alisa tersenyum nakal lalu dia mencucuk pinggang Hauraina.

Hauraina ketawa lalu dia menepuk perlahan tangan Alisa.

Alisa membuka iphone miliknya lalu melihat Instagram. Tiba-tiba mata Alisa membulat. Dia memandang Hauraina.

"Haura.. tengok ni"

Mata melihat iphone Alisa lalu dia terdiam. Dia memandang Alisa dengan pandangan kosong.

"Ni Haura kan?"

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now