~Special Chapter 1~

1.4K 63 3
                                    

What we have once enjoyed
we can never lose
All that we love deeply
becomes a part of us

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

Apa yang menimpa Jasmine itu sesuatu yang tidak dia inginkan. Berlaku di luar kawalannya tapi nyawa yang kini menumpang di dalam rahimnya juga langsung tak bersalah. Dia juga tak pernah minta untuk dilahirkan seperti itu kelak. Tak tahu bagaimana nasibnya nanti tapi aku dan Niko tetap ada menyokongnya di belakang. Kalau boleh biarlah kenangan pahit yang pernah aku lalui dulu itu jangan terjadi kat orang lain. Tidak untuk ahli keluarga besar aku atau Niko.

Dan Zakiah Harun, biarlah apa yang terjadi ke atasnya menjadi asbab untuk dia berubah ke jalan yang lebih baik. Memang aku marah kat keluarga Pak Harun tu, lebih-lebih lagi isterinya Makcik Rokiah tapi aku tak berdendam. Kesusahan yang dia alami sekarang biarlah menjadi pengajaran kepadanya juga. Manusia ini khilaf, lompang di sana sini tapi tetap tak pernah terlambat untuk sujud meminta keampunan Tuhan.

Jasmine dan Zakiah antara orang terawal yang mengisi Rumah Yayasan Kasih yang memang kami dirikan jauh dari ceruk kota. Biar penghuninya tenang menjalani hidup seharian dan aku yakin sedikit bantuan yang aku dan Niko hulurkan, pasti sangat bermakna dan membantu orang lain. Aku nekad dan yakin akan niat yang satu ini.

"Shortcake!"

Terkejut aku bila disergah. Kalau jatuh dalam air ni tadi, tak ke naya je. Pantas aku kalih ke belakang. Menyengih Niko mendekat sambil mendepakan tangannya. Dia ni kan, aku nak 'me time' sikit pun tak boleh. Asyik nak menempel saja.

"Dah kenapa sengih macam tu?" Dahi aku tak menahan dari tak berkerut. Melihat dia yang berpeluh-peluh, tahulah aku kalau dia baru keluar dari mini gym.

"Happy lah sebab aku nampak orang yang dari tadi aku cari." Balasnya teruja sebelum tangan melingkar ke abdomen aku.

"Niko, kau berpeluh!" Bentak ku bila t shirt yang dipakainya tu terasa lencun menyentuh kulitku.

"Banyak songeh, bukan tak boleh mandi pun." Tuturnya makin eratkan lingkaran tangannya. Mengendus rahangku sesuka hatinya. Makin aku tolak tubuhnya menjauh, makin pula dia kuatkan pelukan.

"Eiii..." Jeritku kegelian tapi bukan dia nak endahkan.

"Kau pakai shampoo baru eh? Or sabun baru maybe... Wangi sangat lah." Dan sekali lagi dia menghirup rahang dan leherku dengan hidungnya. Menegak bulu roma aku dengan kelakuan dia ni. Kalau ada yang melihat, confirm berdarah hidung gamaknya.

Tapi untunglah hanya ada kami berdua di dalam perut rumah besar milik keluarga Niko. Mama dan papanya serta mama dan papa aku dah berangkat ke UK dua hari lepas. Pergi makan angin.

Aku dan Niko ni sepatutnya newly wed tapi orang lain pula yang pergi honeymoon. Bukan Niko tak mengajak tapi entah, aku yang rasa tak mahu ke mana-mana.

Ciumannya mengganas membuatkan aku kembali meronta. Berhamburan gelak kegelian aku meletus.

"Love, kau memang pakai sabun baru kan?" Soalnya lagi di tengah-tengah kesibukanya meneroka ceruk leherku.

"Tak ada lah. Itu lah yang kita selalu pakai. Tak pernah tukar pun." Tukas aku sebab memang betul pun. Malas aku nak tukar-tukar sabun atau shampoo sebab serabut kepala otak nak memikir nak tukar kepada brand apa nanti. Baik stick kepada yang satu je.

"Wangi. Tapi kan, bukan haruman ni saja yang aku perasan berubah. Kau pun berubah." Kali ini dia menghentikan perbuatannya dan merenung aku dengan mata yang redup.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now