~HbM 7~

1.2K 64 3
                                    

.
.
.

~ I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♀️

Aku senang dengan Ayu. Tak ada orang lain yang aku selesa bersama sepertimana aku selesa dengan Ayu. Hanya aku saja belum tunjuk sisi sebenar seorang Syed Nik Izzuddin. Aku tak nak Ayu tahu aku ini sebenarnya orang yang macam mana. Tak nak. Tapi...

Kewujudan Datuk Red seolah Cuba memancing sisi syaitan aku. Aku nak, hanya aku yang ada di mata Ayu tapi sorotan mata lelaki itu sama persisnya seperti cara aku memandang Ayu. Tak boleh! Ayu hanya milik aku.

Bila aku marah, di sinilah aku asingkan diri. Seperti beberapa tahun yang lepas. Kembali aku dengan cara sendiri melunaskan amukan rasa. Seperti sekarang bila libasan tali pinggang pada belakang badan, langsung aku tak terasa sakitnya. Ku hayun lagi lebih kuat.

Pap! Tali pinggang menghentam belakangku tapi aku langsung tak rasa sakitnya. Malahan hatiku makin membara dengan amarah. Minda terbayang kembali sorotan mata lelaki itu pada Ayu. Aku tak boleh terima langsung.

Pap! Pap! Pap!
Tolonglah reda wahai hatiku. Aku terus memukul diri sehingga tak sedar bila masanya aku terlelap.

Dihantui mimpi yang sama. Tergambar kembali wajah papa Dan mama bila aku sendiri yang menyebabkan kematian Along. Aku dihentam rasa bersalah yang membeban jiwa aku. Aku tak sengaja tapi sekeliling seolah menunding jari ke aku bahawa aku lah pembunuh abang sendiri.

Bangun saja Dari tidur, baru aku terasa perih Dan berdenyut sakit pada bahagian belakang badan. Aku tak kisah tapi aku lega bila dadaku lebih lapang. Amarah itu akhirnya surut juga. Ku sedut nafas dalam-dalam Dan menghembusnya keluar. Seolah satu beban sudah terlepas Dari terus menindih kepala ku. Minda juga terasa kosong.

Smartphone di atas katil bergetar memaksa aku untuk mencapainya. Lenguh tulang belulang bila semalaman tertiarap di atas lantai. Sempat ku lirik nama pemanggil. Linda?

"Linda... I need you. Am really need you." Tangis ku terhambur tanpa dapat ditahan lagi. Tepat pada masanya.

"Ok, I'll come to you. Send me your location." Suara lunak-lunak merdu berkumandang dari hujung talian. Esakan ku mungkin menghalangnya Dari bertanya apa saja yang dia nak suarakan sebentar tadi. "Take a deep breath, Syed. I'll coming." Pujuknya lagi.

Smartphone terlepas dari tangan. Hatiku kini bertamu sebak. Aku penat dengan rasa sendiri. Aku menderita dengan jiwa sendiri. Aku hanya nak difahami. Aku takut dengan penolakan. Aku takut.

Bila esak mereda, wajah Ayu kembali bersarang dalam minda. Aku marahkan Ayu. Marah sangat tapi dalam masa yang sama aku nak dia selalu dekat dengan aku. Hanya dia yang boleh menghibur aku tapi dalam masa yang sama, dia juga yang memberi aku kesakitan.

Aku bencikan Ayu tapi hanya dia yang aku mahu.

Ya Allah, aku penat...

Smartphone kembali berdering. Pantas aku meraup wajah bila nama Ayu yang terpapar.

"Kau tak masuk kerja eh hari ni? Banyak ni document Kau kena sign." Suaranya bermelodi kasar sebaik talian bersambung. "Hari ni ada internal audit, tak kan aku kena hadap juga yang tu." Bebelannya masih memenuhi rongga telinga membuat aku tersenyum Dan sedikit terhibur. "Niko, jangan cakap kau belum bangun eh!" Nadanya tegang Dan kali ini aku terlepas gelak.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now