~HbM 36~

1.1K 65 3
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

Pagi berikutnya 77 kuntum bunga rose sekali lagi menunggu aku di ruangan lobby. Tersengih suka si Melati budak penjaga desk receptionist tu bila menyerahkan jambakan banyaknya bunga ke tangan aku. Betul-betul lah tak sayang duit. Bukan aku boleh makan pun bunga ni. Sekeping kad terselit di celah kuntuman bunga pantas aku tarik keluar.

I love you in ways you've never been loved
For reason you've never been told
For longer than you think you deserved
And with more than you will ever
know existed inside me

Aku tersenyum membaca nota cinta dari sang kekasih hati. Niko benar-benar lelaki yang sangat menawan. Bahasanya kasar tapi terselit seribu kemanisan dalam setiap syair yang ditulisnya untuk ku setiap hari.

Tapi senyumku mati bila tiba-tiba satu tangan merebut kad yang baru aku nak selitkan kembali ke celahan kuntum bunga. "Tersengih-sengih!" Suara garau budak baru nak akil baligh bergema. Tak lain tak bukan, Kyle. "Bestnya hari-hari dapat bunga. Aku rasa The Pinest ni dah boleh buat toko jual bunga." Omelnya sambil membaca tulisan berangkai di atas kad tadi.

"Jealous lah tu." Balasku selamba. "Sebab aku yang heartless ni pun dapat bunga tapi kau yang lemah gemalai, haram tak ada." Perli ku lagi. Peduli apa aku kalau dia annoying.

"Awwww..." Katanya menjerit suka bila membaca kad tadi. Cair lah tu. "Cik Ayu, siapa sebenarnya suami Cik Ayu ni? Kenapa lah berahsia sangat. Aku sampai tak tidur malam tau fikir benda alah ni. Tolonglah Cik Ayu." Sakan dia merayu aku. Sejak dari hari tu lagi Kyle tak sudah-sudah nak membongkar misteri siapa suami aku.

Deheman seseorang mengejutkan kami yang masih tercacak di ruangan lobby. Niko mendekat dengan muka ketatnya membuatkan Kyle berkali telan liur. "Morning boss." Sapanya takut-takut.

"Ada apa ini masih melepak dekat sini, tak tengok jam?" Nadanya datar menyoroti aku dan Kyle silih berganti. Kyle dah gugup manakala aku rasa macam nak meletus gelak waktu ini.

"Kyle ni hah, curious sangat siapa suami aku. Boss sendiri kan yang bergosip pasal ni?" Aku menjawab selamba membuatkan Kyle dah gigit hujung kukunya.

"Oh jadi, kau lah yang bawak cerita tu ye?" Soal Niko dengan mata membulat menikam Kyle dengan pandangan tajam.

"Err... Eh, tak lah boss." Dalihnya tak mahu mengaku. Sengih ketakutan dia pamerkan.

"Boss yang bergosip kan, Kyle tu hanya mendengar saja." Kali ini Kyle dah angguk laju. Happy dia bila aku sebelahkan dia kali ini. "Jadi sekarang boss bagitahu lah siapa sebenarnya suami aku yang boss katakan tu, Kyle ni nak tahu sangat." Tuturku lagi cuba menahan gelak.

Niko mencerlung aku tapi sekejap saja bila senyumnya mengherot. Kemudian dia kalih pandang ke arah Kyle. "Suami dia ni handsome. Orang kaya. 7 keturunan pun duitnya tak habis. Dah tu, romantik pula. Tengok, hari-hari dia gendong bunga." Senyumannya sinis kali ini membuatkan Kyle dah beriak teruja mendengarnya. Dasar!

"Tapi kan Kyle, suami aku tu kuat nangis. Cengeng. Lepastu pemarah pula. Pantang salah, ditengkingnya aku. Bunga ni nak kaburi mata orang lain je sebab suami aku tu buruk gila. Macam atok-atok cucu 10 muka dia." Berusaha aku tahan gelak bila Niko dah membuntang matanya menikam aku. Terkejut gamaknya dengan apa yang aku baru cakap tadi.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now