~HbM 32~

1.2K 74 6
                                    

.

.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

Aku tak plan pun nak stay lama dekat sini. Niat aku hanya nak bagi sumbat makanan ke dalam perut Niko tu yang dah beberapa hari tidur kat quarters. Mesti dia kerap makan dekat luar sebab kalau nak masak dekat situ, mesti ada tong gas dan dapur. Tapi peralatan tu memang tak ada dekat situ. Kalau nak masuk tinggal, kena bawak peralatan tu semua. Tahu dari awal, hari-hari aku bawakan dia bekal. Tapi takut sangat ke kena rembat kalau balik ke rumah sewa aku? Aih, tak fahamlah.

Tapi hati aku terdetik bangga bila semua lauk yang aku masak memang tak bersisa. Orang tu memang hirup semua masuk dalam perut. Bagus!

Bila aku dah siap merapikan dapur, aku menjengah ke ruang tamu di mana handbag aku tersadai dari tadi. Dah tiba masa untuk aku balik. Seketika aku lihat kalibat Niko menuruni tangga dan di tangannya memegang satu kotak agak besar yang berbalut cantik.

"Jessy kot yang bagi sebab ada nama kau tulis atas ni." Tuturnya serentak meletakkan kotak tadi di atas meja kopi di depan aku. "By the way, thanks shortcake. Kalau hari-hari makan sedap macam ni, gemuk aku nanti." Tuturnya lagi sambil mengembungkan pipi sendiri. Hampir meletus gelak aku. Kemudian dia melabuh duduk di sebelah sofa single. Setentang dengan keberadaan aku.

"Haah, Jasmine ada cakap pasal ni tadi." Balasku kemudian mencapai kotak di depan mata. Perlahan aku rungkai balutannya. Tapi membulat mataku bila tahu apa isinya. Jasmine ni sengaja nak kenakan aku ke apa. Cepat aku tutup kembali kotak tadi.

"Dia bagi apa?" Soal Niko kehairanan bila melihat aku kalut menutup kotak tu. Kali ini duduknya dah tegak merenung aku dengan sorotan matanya.

"Tak ada apa lah. Girls stuff." Balasku bersahaja dan kembali mencari smartphone mahal aku yang tadinya ada di dalam handbag. Nak tengok dah jam berapa sekarang ni.

"Love, what is in the box? Can I see it?" Soalnya datar. Matanya dah memincing menyaksikan keanehan aku.

"Tak ada apa lah!" Bentak ku mengambil kotak tadi sebelum aku ubah kedudukannya kini di bawah di tepi kaki meja kopi tapi tangannya lebih dulu merebut kotak itu. "Niko!" Terperanjat aku lah.

Niko bersiul rendah bila tangannya mengangkat satu gaun tidur berwarna purple muda dari dalam kotak. Setakat gaun tidur tak apa lagi tapi ini tak serupa nak dipakai orang. Kain lace yang parah jarangnya dan satu set pula dengan lingerie dari rona warna yang sama, nak terkeluar jantung aku tengok.

"Hot and sexy! Pandai dia beli hadiah." Pujinya sambil menyeringai menyakitkan hati. Aku membahang saja tengok. Entah apa warna pipi aku ketika ini.

"Oklah, aku nak balik. Kau pun dah kenyang kan. Hadiah yang Jasmine bagi tu, kau pakailah sendiri sebab aku tak biasa pakai baju-baju macam tu." Tuturku tergelak lucu bila Niko dah naik berkerut dahinya. Seketika saja sebelum gelaknya turut bergema.

"Tiba-tiba aku teringin nak tengok kau dalam gaun ni." Kali ini wajahnya dah bertukar rupa. Gelaknya langsung mati tapi bertukar kepada senyum menyungging herot sambil mata tengok aku tak lepas.

Heartbreaking Mission ©️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora