~HbM 13~

1.1K 61 5
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

Beberapa hari berlalu selepas berakhirnya sesi team building staff Datuk Red kat sini, aku belum lagi terserampak dengan Ayu di mana-mana. Dalam tempoh tu juga ramai tetamu silih ganti berkunjung ke sini Dan aku agak sibuk menyantuni mereka. Outdoors activities memanglah Ayu tak terlibat langsung sebab tu makin tipislah risiko untuk kami bertembung.

Management pun merekrut staff baru jadi sudah tentulah Ayu sibuk dengan briefing. Office kami juga berjarak jauhnya. Aku kat west wing Dan Ayu kat East wing. Yang menghubungkan kedua-dua sayap ni ialah lobby utama.

Grocery shopping aku belum pergi lagi sejak kembalinya aku Dari KL. Selalunya aku akan huru-harakan hidup Ayuni minta ditemani ke supermarket. Tapi aku sengaja tak menghubunginya langsung.

Aku mengeluh lemah sebaik menghenyek tubuh di atas kerusi kulit milik aku. Tadi baru saja aku tinggalkan main hall untuk sesi taklimat terakhir group Dari KL. Kena standby lagi tenaga untuk esok harinya. Makin aku sibuk, makin banyak distraction Dan makin sikit aku mengenang Ayuni. Tapi nak menghindari minda Dari melenyapkan Ayuni memang sesuatu yang mustahil sebab di tengah-tengah kesibukan, tiba-tiba saja wajahnya akan muncul. Pop! Timbul seperti buih Dan hilang sepantas kilat. Kadang-kadang aku sendiri tersentak. Parah betul penangan Ayuni kat aku tapi itulah, tangan aku hanya bertepuk ke dinding.

Sakit bukan?

Pintu diketuk Dari luar menyentakkan aku yang masih terhenyek di sini. Melaungkan arahan menyuruhnya masuk, sesiapa sajalah yang ada di luar tu.

"Boss ada guest..." Suara Melisa bergema Dan aku isyaratkan saja dengan telunjuk suruh dia minta tetamu tu masuk. Melisa angguk sebelum kembali menutup pintu.

"Hi..."

Satu suara menyapa selepas Melisa berlalu. Tetamu yang aku tak sangka akan ke sini dalam waktu terdekat ni. Tapi aku tak hairan kalau dia tiba-tiba ada di sini.

"You salah office ke?" Aku perli sebenarnya. Kalau dia faham pun, dia tak akan memberi reaksi. Benar sangkaanku bila tetamu tu makin mendekat ke arah aku sebelum tangannya menarik kerusi di hadapan. Aku berdehem, cuba meneutralkan wajah yang penat sebentar tadi.

"Tak lah. Uncle memang nak cari Nik pun." Balasnya tenang sebaik punggung bertemu permukaan lembut kerusi yang ditariknya tadi. "So, how's everything?" Kedua tangan di bawa ke atas meja kaca. Menyulamkan jemarinya di hadapan aku.

"As you can see. Adam betul-betul bagi I kerja yang mencabar." Bicara tadi aku susuli dengan gelak. "And... What's bring you here today? Nak book slot untuk company you ke? Sekali lagi...?" Aku jongketkan kening ke arahnya.

Datuk Red tertawa cuma. Kemudian dia geleng. "Untuk 6 bulan akan datang ni, uncle memang ada kerja dekat-dekat sini. Saja nak datang greetings." Balasnya bersahaja.

Greetings? Tiba-tiba aku menyumpahnya dalam hati. Aku haraplah Ayuni tengah sibuk sekarang ni. Jangan dia bagi alasan ni untuk mendekati perempuan aku.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now