~HbM 35~

1.2K 76 8
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

Lama aku memandu tanpa tujuan. Memang aku marah tapi aku tak cukup bodoh lagi kalau nak bunuh diri atas jalanraya ni. Bila penat berlegar tanpa arah yang pasti, barulah aku memakir kereta di tepi sebuah taman permainan. Entah dekat mana ni pun aku sendiri tak tahu. Kalih ke sisi, tak ada handbag. Pantas aku tepuk dahi. Sebaik turun dari kereta Niko yang besar gedabak ni, baru aku perasan, aku tak ada kasut. Aih! Kalau lah aku tak boleh memandu, agaknya aku berlari berkaki ayam gamaknya.

Aku akhirnya duduk di atas buaian. Cuba membuang pandang di kejauhan. Memikir kembali apa yang sudah terjadi. Macam tak percaya Datuk Red itu bapa kandung aku. Bukan aku yang kata, tapi dia sendiri yang bercakap dan telinga aku mendengar. Tetap saja dikira mendengar walaupun hakikatnya aku tercuri dengar. Satu yang melegakan aku ialah bila mama disebutnya sebagai isteri. Jadi aku ini bukanlah terhasil dari nafsu semata melainkan bukti cinta halal antara mama dan Mursyid. Itulah hakikatnya.

Apa yang aku marah ialah bila Niko sendiri bertingkah tahu siapa aku tapi tetap berdiam. Kalaulah dia bagi hint sikit pun dekat aku sebelum tu, aku pun mungkin tak terperanjat sampai macam ni. Apa yang menyakitkan, Datuk Red gantikan dirinya dengan menabur duit di atas nama aku. Itu apa? Itu permainan orang kaya! Aku masih boleh terima kalau dia tak nak kat mama atau aku, tapi apa yang sudah kami lalui selama ini memang tak boleh diganti dengan duit. Setitik air mata yang mama aku tumpahkan kerana lelaki tu, tak akan terbayar dengan berapa banyak pun duit yang dia ada.

Aku mengeluh lagi. Memijak rumput padang dengan kaki tanpa kasut. Hidup aku betul-betul upside down sekarang ni. Orang yang aku anggap keluarga angkat pada mulanya sebenarnya memang ada kaitan darah dengan aku. Kelakar kan. Jangan-jangan disebabkan aku ini sebenarnya darah daging Datuk Red maka mereka boleh menerima aku tanpa kompromi. Aih, serabut kepala nak memikir. Tidak ada sesiapa menjangkakan bagaimana permainan takdir membolak-balik kan manusia.

"Ok ke tu?"

Suara Riya mengejutkan aku. Pantas aku kalih ke belakang. Riya berjalan mendekat ke aku sambil tangannya membawa kasut yang aku tinggalkan di rumah Niko tadi.

"Aik, mana kau tahu aku ada kat sini? Kau datang dengan siapa?"

Tapi dia tak endahkan soalan aku. Berjalan terus saja kemudian duduk di atas buaian di samping aku. Selamba berbuai seolah aku tak menyoal dia tadi. Kasut aku yang ditangannya diletakkan betul-betul di tepi kaki aku. "Awak ada rasa-rasa nak gantung diri tak dekat buai ni?" Soalnya sarkastik membuatkan gelak aku meletus.

"Sebelum aku jawab tu, kau jawab dulu soalan aku!" Sedikit membentak aku jadinya.

"Pak Kassim hantar saya ke sini. Lokasinya Niko yang bagitahu."

Seketika aku melilau di persekitaran tapi apa yang Riya cakap selepas itu membuatkan aku diam di tempat sendiri. "Saya seorang je. Tak ada sesiapa lagi." Tuturnya seolah faham apa yang aku sedang runsingkan. "Kenapa awak lari, Ayu?" Soalnya tenang. Kali ini dia kalih pandang ke wajah aku. "Dulu awak selalu cakap, lari tak akan selesaikan masalah. Jadi saya teringin nak tahu, kenapa pula awak lari dari masalah?" Senyumnya segaris. Merenung aku dengan mata bundarnya.

"Aku bukan lari lah." Akhirnya keluhan aku terlepas. "Aku nak hirup udara segar. Kalau aku tak buat macam ni, aku takut aku tertampar muka orang. Bukan seorang tau tapi mungkin aku tampar tiga orang sekaligus." Balasku selamba. Kali ini aku sarungkan kasut tadi ke kaki aku.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now