~HbM 5~

1.3K 70 1
                                    

.
.
.
~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

Almost 3 years, no major changes. Kekasaran bahasanya, kekalutannya, tindakan reflexnya, cemberut mukanya... Totally same as always. Apa aku nak cakap, hanya figuranya lebih kurus berbanding dulu dan lebih... cantik.

Berdepan kembali dengan Ayuni Zaharah, aku tak tahu nak gambarkan perasaanku macam mana. Rindu, marah, sebak, lega dan niatku mahu melihat perempuan itu meratap melutut di kakiku kian membara.

Aku cemburu mendengar gelak tawanya bila dia bersembang dengan Riya dan Adam. Aku cemburu melihat keseronokannya bila berborak dengan Faizal. Makin aku dihambat marah bila kehadiran aku di sini seolah tiada kesan pada dia. Seolah aku ini hanyalah tipikal kawan lama yang dia pernah kenal.

Nafas ku atur. Kemarahan yang bersarang berusaha aku kawal. Aku perlu jadi Niko yang dia pernah kenal dulu. Aku perlu jadi Niko yang mana hidupnya penuh warna warni, seorang Niko yang ceria sebelum hatinya dihancurlumatkan.

"Eh shortcake, bila nak bertolaknya? Sembang dengan Faizal, sampai tahun depan pun tak habis."

Sengaja aku mencelah keributan cerita di antara dua manusia itu. Lantas duduk di sebelah Ayu. Ruangan cafe dah lenggang dengan manusia bila waktu rehat dah lama berlabuh tirai.

"Aku Fifilah!" Lelaki lembut itu membentak sambil matanya terbeliak ke arah aku. "Kau panggil dia shortcake?" Matanya membulat kemudian tawanya pecah. Ayu memandang aku Dan Faizal dengan riak yang geram.

"Nak geraklah ni. Biar aku habiskan air ni dulu. Membazir amalan syaitonn!" Balas Ayu sedikit membentak.

Mataku jatuh pada gelas kosong di hadapannya. Tadi yalah berisi air milo ais tapi itu 20 minit yang lepas.

"Iye? Aku fikir gelas kau bocor ni sebab aku tak nampak pun air dalam tu." Aku angkat kening. Faizal dah tekup mulutnya dengan telapak tangan. Bila-bila masa saja tawanya bakal meletus lagi.

"Minggu depan kan kau jadi COO aku? Sekarang ni kau hanya Niko semata-mata. No need to boss me around." Jeling dia hadiahkan. "Fifi, apa jadi lepastu?" Makin excited pula dia nak sambung cerita.

Aku kemam je bibir. Dah cakap tadi, tutur kata dia ni tak ada filter. Kalau aku tak kawal diri sendiri, agaknya lama dah kami wrestling kat sini. Faizal pengadilnya.

"Eh, esok-esoklah kita sambung nokk. Nanti VC aku malam ni. Kejap lagi Tuan Adam keluar, Naya aku." Menggeletar tubuh Faizal.

"Alaaa..." Ayu dah cemberut mukanya bila terang-terangan Faizal menghalaunya. Di kalih pula wajah aku dengan sorotan mata menikam. Aku pura-pura terbatuk. Nak kawal gelak supaya jangan meletus.

"Ishh..!" Cemuhnya sebelum bangun dari duduk. Bersayonara dengan Faizal di depan pintu masuk cafe. Naik kematu aku tunggu. Nasiblah bukan aku yang drive.

Nak ke Melaka, tak jauh pun. Hanya dua jam setengah kalau dari KL. Aku boleh saja pergi sendiri. Bukan aku tak ada kereta dan bukan juga aku tak tahu lokasi The Pinest tu tapi saja nak bermanja dengan Ayu. Lama tak jumpa, nak test sikit tahap pedas bicaranya tu macam mana.

"Kenapa kau pergi jauh ke Selatan? Dah bosan dekat golf club?"

Soalan pertama ku luahkan. Ayu memandu tentang menelusuri lebuh raya. Melihat aku sekilas sebelum kembali matanya terarah ke depan. Selalunya aku yang memandu Dan dia duduk kat sebelah tapi kali ini terbalik pula.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now