~HbM 2~

1.6K 75 1
                                    

.
.
.
~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️
Berlin, Germany

Aku menyoroti ruangan tari yang bingit itu dengan mata yang malas. Serupa orang mengantuk bila darah sudah bercampur dengan alkohol. Ini kali kedua aku meneguk air asing ni sejak kaki menjejak bumi asing. Ini kedua kalinya juga aku masuk ke dalam perut bangunan yang dibanjiri manusia pelbagai rupa.

Aku cuma mahu mengosongkan serabut pada kepala. Benda yang nak sangat dibuang, benda itu jugalah yang bagai langsuir yang menghantui.

Pelipis kepala aku picit entah yang keberapa kali dan kemudian meneguk habis cecair yang masih separuh dalam gelas. Nyeri membahang turun ke kerongkong membuatkan aku sedikit menggeletar. Seketika terasa hendak muntah. Aku urut dada dengan tangan sendiri.

"Geht es dir gut?" (are you ok?)

Seseorang menyentuh bahuku. Haruman tubuhnya menyesak rongga hidung. Pantas aku kalih ke sisi. Seorang perempuan tempatan tersenyum ramah ke arahku. Bau pahit Manis yang keluar beserta nafasnya menandakan dia juga sedang dikuasai alkohol.

"Yeah, am ok." Balasku mengangkat ibu jari. "And I'm about to leave." Sungguh. Teguk terakhir itu adalah waktunya untuk aku balik. Melihat perempuan tadi yang bagaikan tak kisah malahan makin tersenyum mekar, aku tahu ia akan berakhir ke mana.

Aku bukan kaki botol. Aku bukan alcohol addicted. Hanya bila aku berperang dengan kenangan silam membuatkan aku mencari distraction sendiri.

Entah kenapa, semakin aku ingin melupakan, semakin pula ia datang menghantui. Senyumnya, gelak tawanya, bebelannya, usikannya, perrliannya... Semuanya bagai terngiang setiap saat memenuhi kepala. Susah nak hakis dan aku benci manusia itu yang macam parasite. Asyik melekat tak mahu lepas. Degil!

Ayuni Zaharah, my ammora!

Mandrem apa entah yang dia bagi kat aku sampai aku tak boleh nak hapus nama itu walaupun sesaat. Walau kini kami terpisah jarak dan masa tapi raut wajah itu terlalu sukar untuk hilang. Seolah bayangnya sentiasa ada di mana-mana di sekitar aku.

"Aku bukan perempuan yang layak di sisi kau, Niko. Kau tak tahu dari celah mana aku datang dan sebab itu aku tak boleh..."

Pedih bila orang yang kau sayang dalam diam selama hampir 7 tahun menolak mentah-mentah bila kau luahkan rasa itu. Sakit itu nyata. Tapi kenapa?

Aku tak nak sesiapa lagi sejak aku pandang wajah itu. Wajah yang sarat dengan keriangan. Mulut yang tak henti membebel. Pertama kali aku nampak perempuan sekasar itu. Tak padan dengan muka yang comel keanak-anakan.

Semakin aku kenal, semakin aku jatuh sayang tapi malangnya, there's no mutual feeling. Aku dah sedaya tunjukkan yang aku peduli tentang dia tapi mungkin cara aku dia tak terbacakan. Sehingga aku sendiri meluah rasa tapi ditolak pula.

Meninggalnya Along dulu beri tamparan hebat buat aku. Dia lah segalanya. Bila dia tak ada, aku juga hampir hilang kewarasan. Mujur Adam mengheret aku kembali ke landasan yang betul dan bila Ayu menolak aku, rasa sakit itu seolah kembali. Aku tak mampu mendepaninya sebab selepas aku meluah rasa, aku tak mungkin lagi boleh melihat dia sebagai kawan. Tak mungkin.

Aku menjauh bukan sebab aku tak berusaha mahu memilikinya tapi aku takut dengan tindakanku andai saja aku hilang kewarasan. Yes, I am a man with a flaws!

Keluhan berat ku hembus. Bersandar lemah pada dinding bangunan tidak jauh dari bangunan nightclub yang baru aku tinggalkan tadi. Menyeluk kotak rokok dalam poket dan sebatang ku kepit dengan bibir sebelum menyalakan lighter.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now