~HbM 37~

1.1K 72 8
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

Agak lama kami berpandangan sebelum wajah separuh baya yang tampan berhidung mancung itu menjatuhkan pandangannya.

"Come on in. Have a seat." Aku gagahkan juga mulut ini mempelawa tetamu itu masuk tapi aku terkejut bila sosok manusia itu merendahkan tubuhnya, melutut dengan wajah tunduk melihat ke arah hujung lututnya yang dah bertemu lantai.

"Datuk Red, please have a seat!" Aku dah membentak di tempat sendiri. Tubuh aku juga automatic bangun berdiri akibat terperanjat dengan pemandangan di depan aku.

"I am sorry. So sorry..." Suaranya bergetaran tapi aku tak dapat melihat wajahnya yang menununduk.

"Tolong bangun dan duduk dekat sini. Datuk Red ceritakan semuanya pada aku hari ini dan baru aku putuskan sama ada Datuk perlu melutut atau tidak. Please!" Membentak sebenarnya. Aku tak pernah minta dia merendahkan darjat sendiri hanya sebab kesilapan lampau. Manusia ini khilaf dan selagi berpeluang, mohonlah kemaafan dari orang yang sepatutnya. Begitu lah sudut kiri yang aku dah pandang selepas dibebel Riya. Cepat juga tanganku menghantar whatapps ke Niko supaya dia datang ke office aku sekarang. I need him!

Perlahan Datuk Red bangun. Mengesat hujung matanya dengan belakang telapak tangan. Melihat lelaki itu mara ke aku setapak demi setapak, jariku pantas menekan interkom. "Kyle, minta Kak Dina buatkan kopi. Aku ada guest sekarang." Tuturku laju dan tanpa menunggu jawapan Kyle, aku lepaskan butang interkom tadi.

Sosok Datuk Red duduk setentang dengan aku, hanya meja kerja aku yang menjadi pemisah kami waktu ini. Barulah aku dapat mengamati wajah separuh baya itu dengan teliti. Jelas garis kelesuan terpamer. Bawah mata yang menghitam menandakan betapa serabutnya kepala dia memikirkan sesuatu perkara.

"Aku dah nikah dengan Niko." Itulah yang keluar Dari mulut aku. "Berwalikan Hakim." Tuturku lagi. Entah kenapa tapi aku perlu juga memberitahu perkara yang dia dah tahu sebenarnya. Aku lihat Datuk Red angguk lemah.

"It's love at first sight." Kali ini barulah Datuk Red bersuara dengan nada yang tetap bergetaran. Mungkin cuba menahan gelodak hiba di sebalik dadanya. "She's the smartest girl I've ever met. She's gorgeous in every way. Humble and down to the earth. Studied in engineering but she's love to draw. No words can describe my feelings to her." Setitis lagi air bening tumpah dari kelopak matanya.

Aku tak mencelah. Aku biarkan dia menyedut dan menghembus nafas beratnya.

"We're made thousand promises that every loving couple do. Cinta menyatukan kami di benua asing. Get married and try to build our family together. Berjanji sehidup semati dan berjanji bertemu keluarga selepas kelahiran bukti cinta kami yang pertama. Tapi, hidup ini tidak sesiapa boleh menjangkakan apa yang akan berlaku di masa depan."

Ketika ini aku jadi sebak. Tiada yang lebih menggembirakan aku melainkan tahu bahawa aku bukti cinta mereka. Dahulunya aku ingat, aku ini hasil dari dosa mama sebab itu marah aku pada wanita yang melahirkan aku sendiri makin hari makin menebal.

"Suatu hari sewaktu isteri I hanya menunggu masa untuk deliver our first born, there's an accident. Bangunan company I terbakar akibat khianat dan I dilanggar truck sewaktu dalam perjalan ke hospital mahu menjenguk anak dan isteri. Kesannya, I koma beberapa minggu tapi bila I bangun, semuanya kosong. Kosong. I mean I can't remember anything. Everything lost in a blink an eyes." Tangisannya pecah.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now