~HbM 34~

1.1K 76 10
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

"Mama ada cakap apa-apa ke dekat kau tadi?" Soal Ayuni hairan ketika kami sudah berada di dalam perut kereta selepas melawat mamanya di pusat jagaan. Kini kami menghala pula ke rumah keluarga aku.

"Tak ada. Kenapa?" Aku balas dengan soalan juga. Aku perasaan matanya memincing tengok aku.

"Kenapa kau macam muram saja? Macam mati bini." Selorohnya sambil tergelak.

"Hey, bini jangan sebut-sebut eh." Aku dah tunding jari ke wajahnya membuatkan perempuan itu makin berganda gelaknya.

"Dah tu, kenapa muka kau lebih masam dari jeruk mangga yang nenek aku buat?" Sekali lagi dia berseloroh membuatkan aku juga meletus gelak.

"Tak ada lah. Aku terfikir, kita kan major dalam pengurusan resort. Kenapa kita tak bangunkan resort kita sendiri?" Akhirnya bicara aku membuatkan tawanya langsung mati.

"Orang kaya." Perlinya setepek ke muka aku. "Kenapa tak dari dulu kau buat resort kau sendiri? Kenapa nak menyibuk juga nak kerja dengan Tuan Adam?" Fuh, tajam bicaranya menghentam dada aku.

"Sebab kalau kerja dengan Adam, aku dekat dengan kau." Itulah kebenarannya. Tegak saja Tunak matanya menyoroti aku selepas itu.

"Entahlah. Aku tak sedia lagi nak pikul beban yang lebih berat." Keluhannya bergema tapi aku urut kekura tangannya dengan ibu jari aku.

"Aku bagi cadangan je. Macam mana kau nak, macam tu juga yang aku buat. Don't stress about that. Ok, Love?" Pujuk ku akhirnya. Kali ini dia menguntum senyum.

"Hou about your therapy?" Soalnya kemudian.

"Bagus. Doctor Linda is the best therapist I've ever met." Komentarku jujur tapi memincing matanya tengok aku.

"Oh. Linda yang urut belakang kau hari itu eh? So, she's a doctor? I thought she's one of your fling. Bagus eh, ada rawatan extra." Aku dah terbau nada cemburu lewat bicaranya.

Senyumku mengherot. Makin comel wajahnya kalau cemburu. Pantas aku kuis puncak hidungnya dengan jari aku. "Bila masa pula dia urut aku. Kau salah tengok hari tu sebab kau tengok situasi tu bersama perasaan cemburu." Tuturku bersahaja. "Lagipun, kau seorang je perempuan aku. Mana ada fling lain." Ujarku lagi berserta gelak kelucuan.

"Mana pula aku cemburu!" Bentaknya tapi tunak mata tu tajam saja sesekali melirik ke aku.

"Aku nak introduce dia hari tu as my therapist tapi kau dah lari. Tak mahu dengar apa-apa." Teringat masa tu sampai jatuh file yang sedang dipegangnya.

"Aku busy." Balasnya terperangkap dengan tingkah sendiri.

"I like to see your jealousy. Itu tandanya kau sayang ketat dekat aku tapi kau tak nak mengaku. Am I right, Love?" Aku menduganya dengan gelak perlahan.

"Lain kali aku nak ikut kalau kau pergi therapy. Dah janji kan nak libatkan aku dalam prosess tu?" Tegak jarinya tunding ke muka aku.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now