~HbM 8~

1.1K 63 1
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

Tak senang duduk aku dibuatnya. Masih mundar mandir di dalam ruangan sendiri. Aku nyalakan lagi smartphone dan membaca mesej Niko awal pagi tadi.

'Heading to Kl to see Adam. Maybe will staying there a week. Jangan rindu aku nanti, shortcake'

Aku lepaskan keluhan berat. Semalam tak cakap apa-apa pun. Kenapa perlu ke KL kalau badan tak sihat. Cakap aje lah dekat Tuan Adam yang dia demam. Lagipun kenapa aku tak tahu Tuan Adam nak jumpa Niko walhal selalunya Tuan Adam akan call dekat main line yang mana akan disambungkan terus ke office aku? Aku ni dah hilang kepentingan ke lepas ada COO kat sini?

Sama persisnya seperti semalam, aku keresahan di tempat sendiri. Bila Niko kata demam Dan tak masuk kerja, hati aku bagai digaru-garu kerisauan. Dulu Kyle pn pernah MC sebab chicken pox tapi tak adalah aku risau melampau macam kucing hilang anak.

Benarlah kata orang, sekuat manapun kita menidakkan sesuatu, hati sendiri tak mampu menipu. Hati aku mengatakan yang aku peduli tentang Niko walau banyak kali mulut ku menidakkan kenyataan tu. Ah, stress!

Linda?

Aku patut tahu dari dulu yang seorang Syed Nik Izzuddin itu bukan orang sembarangan. Aku seharusnya tak hairan kalau ada orang lain peduli tentangnya juga. Tapi kenapa aku macam ni? Aku kan marah kalau Niko bergurau pasal perasaan ke aku?

"Sebab tu I sangat sayangkan you..."

Itu ayat Niko yang aku dengar dengan jelas sebaik kaki menapak ke muka pintu semalam. Semalam ketika aku memberi alasan mahu menghantarkannya fail untuk ditandatangan walhal sebetulnya, aku datang untuk Niko. Mahu mengheretnya ke klinik kalau demamnya masih tak kebah. Atau mahu memasakkannya bubur kalau-kalau dia tak lalu makan makanan yang lain.

Tapi, aku kejung di situ bila mata aku di sapa dengan kehadiran perempuan cantik sedang mengurut belakang badan Niko. Cantik. Cantik sangat. Terlepas fail Dari tangan. Terkejut. Aku jadi kelu, kehilangan kata yang dari awalnya aku tahan supaya tak terhambur tapi memandang Niko seolah terbuai dengan pijatan tangan di tubuhnya, aku jadi tak tahu hendak buat apa. Aku automatic kehilangan perkataan untuk di suarakan. Yang pasti dada aku sempit melihat mereka. Seolah mahu menangis masa tu juga.

"Ayu..." Niko bersuara lemah, menyoroti aku dengan mata yang layu. Dia panggil aku Ayu ya. Bukan shortcake macam selalu Dan tiba-tiba aku merasa aku ini tak ada istimewanya di mata Niko. Hanya tipikal Ayu yang selalu meradang dengan setiap jenakanya.

Tersedar dengan mata yang tak berkelip melihat Dua manusia itu, aku lantas berdehem. Menmbongkokkan badan memunggut kembali fail-fail yang bertaburan. "Maaf menganggu." Ucapku perlahan.

Niko tadinya shirtless tapi perempuan yang masih mendepani bahagian belakang Niko perlahan menutup tubuh itu dengan duvet dari pandangan mataku. Rambut panjang mencecah bahu yang berantakan itu juga disimpul. Entah kenapa aku makin dihambat sakit hati.

"Aku singgah nak bagi ini aje." Aku lantas meletakkan timbunan file tadi di atas kerusi kayu yang paling dekat dengan tempat aku. Aku tak mahu kehadiran aku menjadi janggal di sini. "Kau nampak... Busy. Jadi aku..." Aku tunding ibu jari ke arah pintu di belakang aku. "Aku pergi dulu." Dan berura untuk membalikkan tubuh. Aku tak mahu menganggu mereka. Aku mahu menjaga hati aku sendiri sepertimana aku buat sebelum ini.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now