~HbM 26~

1.1K 71 12
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

Aku tersedar dari lena bila mendengar orang bercakap-cakap dari arah yang dekat. Perlahan aku celik mata. Berdiri papa membelakangi aku agak jauh dari hujung katil yang aku sedang baring ketika ini. Ada juga mama di sisinya. Turut kelihatan Danny dan Linda. Wait, what? Kejadahnya Doktor Linda kat sini? Aku ni kat rumah atau hospital?

Aku toleh Kiri dan kanan dalam gerak perlahan. Menilik ruangan dan dalam masa sama tak mahu menyedarkan mereka yang aku dah bangun. Lega bila sah aku berada di dalam bilik aku sendiri di rumah papa dan mama. Perlahan aku katup semula kelopak mata. Mahu mendengar lebih lanjut apa yang sedang mereka bualkan. Adakah aku sekarang ini sudah bertambah gila atau macam mana.

"It's a good sign indeed. But don't get me wrong Datuk, Datin... I tak kata Syed Nik bagus sebab dia dah pukul orang. It's not what I meant but now he can express his anger by hitting something than hurting himself. This is a great start through his healing process." Doktor Linda bersuara perlahan. Mungkin sedaya merendahkan nadanya supaya tak mengejutkan aku.

"Dah berapa lama sebenarnya Nik ambil terapi dengan you, doctor? We didn't even know." Suara mama kedengaran menyoal.

"Not that long. Two sessions so far. Once a month but I encourage him to always talk to me by time to time. Actually he need someone to talk to, someone that he's comfortable being with." Terangnya masih bernada tenang.

"Jadi, macam mana keadaan dia sebenarnya?" Suara papa penuh nada kerisauan. Salah aku semuanya. Aku yang menyebabkan mereka seperti itu.

"He's getting better but yeah, I just hope you to not judge him too much. Don't push him to talk about the things he unwilling to tell. Kalau suatu masa dia dah boleh ceritakan apa yang dia rasa secara terbuka, it's way better." Keluhan halus terlepas dari mulutnya. "But don't worry, he will definitely recover as long as he adheres to ongoing therapy." Ujarnya lagi mungkin cuba memujuk papa dan mama.

"Buat masa ni, kita tak boleh nak buat apa-apa melainkan terus bagi dia sokongan moral. Bagi dia semangat. That the least he need from us." Sambungnya lagi bila suasana jadi sepi.

"I don't know who contacted you, doctor but we're appreciate your concerned. Really. Thanks for coming." Baru kali ini aku dengar suara garau Danny.

"It's my job. Jasmine called me here and I am glad she contacted me." Balas Linda. "I think I should leave now. If anything, you know where to find me." Ujarnya lagi.

Dan kali ini aku dengar derap kaki mereka melangkah makin menjauh. Seketika bila bunyi pintu tertutup perlahan, baru aku buka kelopak mata. Empat manusia tadi hilang pada pandangan aku. Bagus.

Belum sempat aku nak buat apa-apa, keriuhan dari luar menghairankan aku yang masih lesu berbaring kat sini. Entah apa pula lah kali ini.

Pintu ditolak kasar dari luar. Terpacul wajah bengis Adam menyorotiku dengan panahan matanya.

"Adam, please..." Kedengaran mama seperti merayu supaya Adam menghentikan apa saja yang bakal dia lakukan.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now