~HbM 27~

1.1K 67 8
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹

.
.
.

🍁♂️

Wajiblah menjawab. Ingat senang nak terlepas kalau mama dah memincing berkerut dahi merenung aku atas bawah? Salah Adam lah ni, kalau so-called boss tu tak terlepas cakap, tak adanya aku tersekat macam ni. Cis!

Papa, mama, daddy dan mommy Danny, lepastu ada Danny dan Jessy juga... Semua merenung aku bagai nak telan. Aku pula gugup duduk di depan mereka. Adam hanya bersahaja duduk bersilang kaki dengan muka menganjingnya tertayang. Rasa macam nak rembat kepala dia waktu ini.

Aku memang nak betulkan semua pun. Aku memang nak khabarkan kat mereka tentang status suami yang aku sedang junjung sekarang ni tapi aku tak sangka akan jadi sesusah ini. Susah bagi aku sebab berpasang mata sedang merenung aku tak lepas. Aku gambarkan situasi yang lebih santai waktu aku nak bagitahu mereka kelak tapi sebaliknya pula yang terjadi.

"Mama tak paksa tau kalau Nik tak mahu cerita tapi sekurang-kurangnya boleh tak explain dekat mama kenapa Nik umumkan sesuatu yang salah padahal Nik dah kahwin dengan Ayuni?" Tenang saja nadanya tapi mata itu aku tahu dia sedang tahan amarahnya supaya tidak melempang muka aku sekarang ni.

"Kenapa Nik buat keputusan tak berbincang dengan mama dan papa dulu? Kahwin bukan hal yang ringan, Syed Nik Izzuddin. Ada caranya, ada adatnya, tahu tak? Ayuni tu ada keluarga, Nik pula datang kebas dia macam perompak." Berat hembusan nafasnya.

"Shh... Bertenang. Macam mana Nik nak cakap kalau you sendiri tak berhenti membebel. Slow down. Dia fahamlah tu apa kesalahan dia." Perlahan saja suara papa cuba mengusap bahu mama.

Sejujurnya, aku balik ke sini beberapa bulan yang lalu disebabkan satu misi. Misi mematah hati orang yang dah patahkan hati aku. Lepastu aku hantar Fendi mendekati keluarga orang tu sebab aku nak tahu orang tu punya keluarga macam mana. Baru aku tahu apa kelemahannya atau apa ketakutannya dan nanti senanglah aku nak laksanakan misi aku. As simple as that. Dan aku juga nak tahu kenapa dia menolak aku padahal aku handsome kot. Lebih handsome dari Datuk Red. Adakah sebab orang tu dah ada kekasih ataupun dia menolak aku sebab lain. That's it!

Tapi bila aku sendiri sampai ke Perlis, baru aku tahu betapa menderitanya perjalanan hidup orang tu. Jadi untuk apa lagi aku nak tambahkan kesusahan dia sedangkan aku boleh menjadi sandarannya? Itulah yang aku sedar sewaktu di sana.

Satu hal yang mengusik aku. Aku sendiri tak sedar sebenarnya yang orang tu kenal aku dalam diam. Dia tahu apa yang aku deritai jadi sesiapapun akan fikir dia hanya nak kat aku sebab nak tebus dosanya pada aku. Lagi-lagi bila mama dan papa dah merayu supaya orang tu pujuk aku pergi therapy. Itu silap aku sendiri dalam menilainya. Sebab aku the stupid spoiled brat yang hanya mengagungkan ego semata.

"Oii, kau jawab dalam hati, dorang tak dengar dude. Cuba kau cakap. Mulut ada kan?" Adam menyergah aku dengan bicara sarkastiknya langsung menghancur lumatkan seliratan dalam kepala aku.

Aku berdehem. Kalau aku cakap fakta yang awal tu, confirm aku kena maki berjemaah. Awal-awal dah terpesong mindset. Aku takut nanti mereka fikir aku memang sengaja nak lemaskan Ayuni sebab nak balas dendam. Tapi hakikatnya aku sendiri tak boleh kalau melihat Ayuni sakit mentally or fiscally. Jadi macam mana aku nak patahkan hati dia sedangkan aku sendiri ikut patah kalau dia patah? That is totally insane! Misi itu hanya ketaksuban aku semata.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now