~HbM 30~

1.3K 76 5
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

Dari jauh aku tengok Ayuni keresahan di tempatnya. Senang sangat aku mengesan di mana dia sedang duduk dalam perut restoren ni. Selalupun spot itulah yang menjadi pilihannya. Penjuru tersorok menghadap laut. Tak mampu tahan senyum dari mengherot bila aku lihat dia sesekali meneguk fresh orange di hadapannya. Entah dah berapa lama dia dah tunggu. Langsung tak menyedari kehadiran aku sebab kedudukannya sekarang membelakangkan arah pintu masuk.

Bila aku tarik kerusi setentang dengannya. Tegak dia membetulkan duduk seraya menguntum senyum tapi senyum itu serta merta mati bila pandangannya bertemu dengan pandangan aku.

"Kau buat apa sini? Pergilah makan tempat lain." Bentaknya perlahan dan mendecit halus seolah menyampah sangat dengan muka aku waktu ini. Tajam jelingannya sebelum membuang pandang ke arah pintu masuk restoren. Mencari-cari kalibat manusia yang sedang ditunggunya.

"Datuk Red tak akan datang, shortcake." Aku bersuara tenang.

"Mana kau tahu dia tak datang?" Cepat dia menyoal tapi sikit pun tak pandang aku. "Aku ada urusan antara hidup dan mati dengan dia, mana boleh tak datang!" Bentaknya lagi. Cemberut pada mukanya menjadikan dia semakin comel. Entah dia sedar atau tak perkara ni.

"Dia hantar email awal pagi semalam. Kau yang tak baca." Balasku kemudian aku tolak smartphone yang dia dah bunuh awal-awal tadi.

Membuntang matanya melihat benda yang kini mendarat betul-betul di hadapannya. Aku ingat dia akan mencapai smartphone tadi dan mengecek inbox-nya atau paling tidak pun dia akan tolak semula ke aku, tapi tidak. Dia tenung smartphone itu kemudian menujah mataku dengan pandangan tajamnya. Dibiarkan saja Benda mahal itu tersadai di atas meja. "Benda alah ni bukan aku punya." Tuturnya jelas.

"Kau punyalah. Suami kau yang hadiahkan. Tak kan nak buang." Balasku juga bersahaja. Aku beriak tenang. Memaniskan muka sebab aku tahu dia tengah marah aku sekarang. Janganlah dia melenting waktu ini. Aku tak bersedia lagi nak kena simbah dengan air oren. Dahlah pakai kemeja putih harini.

Aku dengar dia mengeluh kecewa. "Niko, terima kasih sebab kau nikah dengan aku dan dah menutup mulut Mak Kiah sekarang ni. Kau memang dah selamatkan maruah aku seperti apa yang yang kau pernah cakap sebelumnya. Dan aku tak kisah kau nak kahwin dengan sesiapa pun selepas ni. Itu hak kau. Tak ada sesiapa yang boleh pertikaikan tapi aku tak kacau kau, kau pun jangan kacau aku. Boleh?" Tenang bicaranya. Aku kira dia maksudkan semuanya sebab tak kedengaran bunyi memberontak di sebalik nadanya.

"Which is totally wrong." Bangkangku perlahan. "Aku nikah dengan kau sebab aku cintakan kau. Tak ada kaitan langsung dengan aku selamatkan maruah kau. Jangan minta aku buat sesuatu yang aku tak mampu sebab aku memang tak boleh berhenti kacau kau. And about Jessy..." Bicaraku terhenti bila telapak tangannya diangkat separas dengan muka aku. Ayuni tak mahu aku terus bercakap. Tapi aku sambar tangan itu masuk dalam genggaman aku sebelum aku bawa perlahan jatuh ke atas meja. Berusaha Ayuni tarik tapi makin aku eratkan genggaman. Jadi sia-sia saja usahanya yang hampir nak meruntuhkan meja.

"Listen to me, shortcake!" Aku membentak perlahan. Tak mahu memancing perhatian sesiapa. "I am a man with a flaws. Kadang-kadang tindakan bodoh yang aku buat selalunya dikuasai amarah sebab itu aku tak boleh mengawalnya. Aku dah ambil therapy lama dulu sebelum aku putuskan untuk nikah dengan kau. Sebab aku nak jadi lelaki normal yang boleh membahagiakan isterinya kelak."

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now