AKHTAR - BAB 30✨

Start from the beginning
                                    

Akhtar terus mencengkam perlahan rahang Aira dan menyambar bibir itu. Mata Aira terbeliak. Namun dia tidak menolak. Kepala Akhtar kekanan dan kekiri menikmati bibir Aira.

Oleh kerana Aira tidak membalas ciumannya, Akhtar terus menarik kepala Aira merapatinya agar ciumannya lebih dalam.

Aira mengeluh dan mengangakan bibirnya. Akhtar terus mengambil peluang itu untuk memperdalamkan lagi ciuman mereka. Diterokai semahunya.

Akhtar melepaskan ciuman setelah isterinya tercungap-cungap. Berombak dada Aira. Jantung mengepam terlalu laju. Akhtar mengusap bibir yang membengkak itu. Dia tersenyum senget.

Dah bengkak bibir Aira ulahan darinya. Akhtar cium sekilas dahi Aira kemudian dia terus melangkah keluar rumah.

Aira memegang dadanya. Suaminya itu memang aci redah sahaja. Semput!

*:・゚*:・゚

"AKU tak harap la kau balik Australia.." Raqif ketawa perlahan. "Dah tu tempat aku. Nak buat macam mana?" Akhtar mengerling.

"Tempat kau di Malaysia. Tanah air kau Malaysia. Jangan nak memandai eh claim negara lain." Sempat dia menumbuk bahu Raqif.

"Adeh sakit la. Siot la dia ni." Kata Raqif sambil menggosok bahunya. Akhtar hanya tersengih tak bersalah.

Mereka sudah rapat. Entah bagaimana tapi yang pasti mereka rapat selepas pergaduhan dahulu kala.

"Dah. Dah smpai. Kau pergi sana elok-elok. Ingat kau tu Islam. Jangan buat perkara tak senonoh eh?" Raqif ketawa perlahan. "Dah lame aku menetap kat sana. Tak pernah aku buat perangai tak senonoh."

Akhtar menggeleng sambil ketawa. Ya dia tahu. Dia kenal Raqif macam mana.

"Aku pergi dulu. Kau.. jaga adik perempuan kau untuk aku." Kata Raqif sambil melagakan bahunya dgan bahu Akhtar. "Huh. Aku tahu la!" Tergelak mereka berdua. Baru sahaja Raqif ingin berlalu, tiba-tiba..

"AbangQif!! Akira nak kahwin dengan abgqif!!!!" Terkejut Akhtar dan Raqif dibuatnya.

Mencerlung mata Akhtar melihat adik bongsunya itu. Akhmal yang berada disamping adiknya hanya menutup muka dengan topinya. Malu!

Umi pula menarik telinga anaknya itu. "Apa ni terjerit-jerit macam tu! Ajak anak teruna orang kahwin pulak tu! Tak tahu malu adik ni.." Akira hnya tersengih kembing.

Namun sengihannya mati apabila melihat riak tegang abinya. Gulp. Habislah. Konfem kena tazkirah balik nanti. "Nurul Akira binti Mohd Akhram.. jumpa abi dekat bilik pejabat nanti." Akira hanya menunduk..

Raqif tercengang namun kemudian dia tersenyum lebar. Akira.. nak kahwin dengannya kah?

Akhtar mengerling. "Ah takde-takde. Kau dah bauat tiket mahal-mahal. Pergi berambus Australia sana."

"Alah takper. Duit boleh dicari. Jodoh susah dicari.." Raqif terus melekapkan tiket ke dada Akhtar kemudian dia menuju kearah Akira.

Akhtar hela nafas. Cis. Bukan main bergaduh nak merajuk ke luar negara. Akhir sekali kali tak jadi..

Akira tersenyum manis apabila Raqif menuju kearahnya.. Namun belum sempat Raqif merapati Akira, abi terus menghalang sambil berpeluk tubuh. Gulp. Telan liur Raqif melihat muka abinya.

"Haritu punya masuk meminang postpone kan? So kena start dari awal balik.." Raqif menggaru keningnya..

"Ala abi! Tak nak la macam tu. Kahwin terus tak boleh ke?" Abi terus menjentik telinga anak perempuannya. "Awww abi sakitlah telinga adik!" Kata Akira sambil menggosok telinganya.

"Tak malu! Nak kahwin tergopoh-gopoh. Malu dek orang!" Akira menunduk. Alaaaaaaaa lambat lagi la kahwin kalau macam ni.

"Abinya pun.. Apa salahnya mempercepatkan benda yang baik.. Lagi cepat lagi bagus." Kata umi sambil mengelus perlahan kepala Akira. Anak manja umi ni..

"Hmm ikutlah." Pasrah sahaja suara abi ketika ini.

"Yeayyyy" Akira melompat keriangan. Raqif hanya tersenyum manis melihat bakal isterinya itu. Aih tak sabar nak kahwin.

"Eh kejap. Mana kak ipar long?" Tanya Akhmal. Terus mencuka wajah Akhtar. Dia meraup wajah. Aduh. Yang sini dah settle. Yang sana belum settle. Pusing!

*:・゚*:・゚


"YEAYY kahwin dengan abang!" Raqif hanya tersenyum. Mereka berada di dalam kereta Akhmal. Akhmal pula balik dengan umi abinya. Nak bagi Akira dan Raqif berbincang katanya.

Akhtar pula.. balik kerumahnya lah. Kemana lagi! Duk fikir nak pujuk bini tu..

"Macam mana Akira tahu abang nak ke Australia harini? Akhmal bagitau ke?" Akira terus tersengihh kambing.

"Err hehe angah tak bagitahu. Tadi Kak Aira yang call Akira. Dia cakap..."

"Adik! Pergi airport! Now!"

"Kenapa akak ni? Tiba-tiba je suruh pergi airport. Adik malas lah nak kel--"

"Raqif nak tinggalkan adik! Raqif otw airport untuk balik ke Australia! Lekasss cpattttt."

"Haa macam tu la. Cepat-cepat Akira call angah yang tengah duk dekat pejabat tu. Akira cakap emergency. Terus angah balik."

"Selepas tu Akira call umi dan abi. Akira cakap Akira nak meminang sorang laki. Itu yang mereka pun terkejut dan terus datang ke airport tu"

"Pada awalnya umi dan abi pelik juga sebab nak meminang dekat airport tapi mereka ikutkan sahaja Akira punya plan heheh macam tu la cerita dia abang."

Raqif gelak perlahan. Alahai. Panjang lebar dia cerita. Kita tanya sikit je.

"Nasib baik Akira datang awal. Kalau tak mesti abang dah jumpa jodoh kat Australia sekarang." Kata Raqif sambil menjungkit keningnya berkali-kali.

Akira terus cemberut. "Ish tak suka la dia ni! Orang punyalah berlari hingga tak sempat mandi tadi tau. Dia pulak cakap macam tu.. Nyampah."

Tergelak kuat Raqif dibuatnya. Alahai nakal betul..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now