AKHTAR - BAB 5✨

Start bij het begin
                                    

Wani menggeleng kepala. Malas nak melayan perangai kekanakan Zarif. Zarif kembali melihat Aira yang hanya diam je dari tadi. Pelik. Biasanya budak ni banyak celoteh. Ni pahal diam plak?

"Wei Aira kau ok? Apasal muka masam mencuka macam ni? Tak syok la lepak tapi takde mood." Aira tersentak. Ya, dia mengalamun lagi tadi sebab tu dia diam.

Aira mendongak melihat Zarif. Baru sahaja dia ingin bersuara, tapi terbantut apabila ternampak seseorang yang dia amat kenali. Terbuntang biji matanya melihat orang tersebut berlari-lari anak kearahnya.

"Hei sorry lambat. Aku baru jumpa parking. Kalau tau camni aku naik motor je weh. Penat duk bergaduh dengan orang dekat parkimg tadi."

Mamat galah! Terlopong mata Aira. Akhtar mengerling sekilas ke arah Aira. Tersenyum lebar dia melihat wajah yang dirinduinya. Eh?

"Ehh budak ketot! Akhirnya aku jumpa jugak kau. Haa ni aku nak tanya apahal kau block aku? Berhari hari aku tunggu kau reply whatsapp aku tau?"

Lagaknya seperti seorang ayah yang memarahi anak. Dengan bercekak pinggangnya dan menunduk perhatikan sikecik molek tu dengan pandangan tajam.

Gulp. Aira menelan liur kesat. Zarif dan Wani terpinga-pinga sambil berpandangan sesama sendiri. Diorang.. kenal satu sama lain ke?

Aira kembali melihat sang jejaka tersebut. Dia tersengih hehe kepada Akhtar.

"Alaa sorry lah. Kucing saya tersalah tekan kot. Mase tu kucing saya main telefon saya. Dia alergik sikit dengan lelaki miang macam awak. Sebab tu dia.. delete.."

Akhtar memandang tajam. Tak logik langsung alasan tu! Hish! Aira menunduk sambil bermain dengan jarinya sesama sendiri. Akhtar sembunyi senyum. Comel la pulak dia ni..

Akhtar meneutralkan suaranya. Ehem. Dia menghulurkan tangan ke arah Aira. Aira yang perasan akan itu terus berganjak kebelakang sedikit. Gulp. Takboleh rapat-rapat. Kang naya je dia kalau dia tersentuh tangan kasar tu..

Aira kembali memandang Akhtar dengan dahi yg berkerut. "Awak tak tahu halal haram ke? Kita tak boleh bersalam la. Haram." Kata Aira sambil berpeluk tubuh. Akhtar menggelengkan kepalanya lalu tersenyum miang.

"Kalau haram kita halalkan lah. Jom jumpa tok kadi. Kita bincang antara kita nak?" Akhtar mengangkat kening kanannya berulang kali. Aira tergamam seketika. Bukannya dia tidak faham apa yg Akhtar maksudkan.

Sementara itu Wani dan Zarif hanya menjadi penonton sahaja. Zarif agak terkejut. Serius laa Akhtar bercakap banyak dengan Aira? Sebelum ni tak pernah bercakap banyak dengan kaum wanita..

"A..apa awak ni. Me..merepek apani. Ish!" Tergagap gagap Aira. Menunduk dia dibuatnya. Berpeluh seketika tangannya. Pipi pun berona merah akibat malu. Akhtar yang melihatnya terjungkit senyum sedikit.

"Tak la. Bagi telefon kau. Aku nak unblock balik nombor aku. Bak sini" Tangan masih dihulurkan kepada Aira. Aira mengangkat mukanya dan berkerut sedikit. Akhtar yang melihatnya tersenyum. Cute nye muka merah-merah dia. Rasa nk geget.

"Taknak! Saya boleh buat sendiri balik nanti!" Terus Aira berpaling ke belakang dan meninggalkan Akhtar. Akhtar terlopong sekejap. Eii budak ni.

"Alah bagilah kejap! Aku tak percaya la dngan kau ni ketot. Nanti kau tak unblock aku sumpah aku kacau kau dengan nmbor lain." Akhtar mengikuti Aira sambil membebel.

"Tak takut tak takut.. Bluekkk". Aira menjelir dan lari kearah lain. Akhtar mengejar langkah Aira dan Aira pun makin berlari ke arah lain.

"Mari sini kau! Kau jelir pada aku ke tadi?! Ei aku pantang betul orang jelir-jelir pada aku. Mari sini kau budak tak cukup ketinggian!"

Dan ya. Bermulalah sesi berkejaran antara meraka di petang hari. Orang lain berjoging. Tapi mereka duk berkejaran acah-acah romantik pulak.

Wani tersenyum nipis. Suka dia melihat wajah ceria Aira. Aira si penceria dah kembali kerana jejaka itu.. Kerana Akhtar.

Zarif yang perasan akan senyuman Wani terus merapati Wani.

"I knew you had something in your mind. Tell me did your friend had some problems?" Terkejut Wani apabila ada suara yg menerjahnya. Terus mati senyumannya.

Wani memusing ke kanan dan melihat wajah Zarif yang serius tanpa secalit senyuman. Tahu la dia Zarif dalam mood serius sekarang. Dia menghela nafas sekejap.

"Saya takboleh cerita. Itu hal saya dan Aira. Aira pun jarang dah bercerita sekarang. Saya harap dia kembali ceria seperti sekarang. Saya teringin nak tengok dia bahagia selamanya. Saya harap ada seseorang yang boleh membuat dia bahagia kerana orang terdekat dia pun tak mampu lakukan itu.." Wani menunduk dengan wajah yg pilu.

Zarif terus faham apa yang disampaikan oleh Wani. Walaupun ia hanyalah ayat asas tapi Zarif sudah kenalpasti apabila Wani menyebut perkataan 'orang terdekat'.

Dia menghela nafas perlahan. Kemudian dia kembali memerhati gelagat dua manusia yang sudah berhenti berlari dan sedang berehat di atas rumput ditepi tasik. Dia senyum segaris.

"I know Akhtar can change you girl.."Gumamnya perlahan dan hanya dia yang mendengarnya..

TBC🤍
Sweet scene on the wayyy! 🚂

VOTE AND COMMENT❤️

AKHTAR [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu