ʚ┊38 ❝ 𝐬𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟏 ❞

1.4K 59 0
                                    

"Aku nikahkan dikau dengan Adhiya Afira Insyirah binti Haji Amar Haqim dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai" Aku hanya merenung sejadah masjid dengan hati yang nak terkeluar 

"Aku terima nikahnya Adhiya Afira Insyirah binti Haji Amar Haqim dengan mas kahwinnya 300 ringgit hutang" Mata aku membulat dan wajah belakang Faith aku tenung. 

"Eh tunai woi" Sahut Rayden. Argh Rayden ni memalukan! 

"Kamu nak hutang ke tunai ni Faith?" Soal daddy sambil menggelengkan kepalanya. 

"Tunai daddy. ehehehe maaf" Telinga semakin merah. Dia malu! 

"Lagi sekali" Tok kadi sudah menggaru keningnya. Haih anak muda zaman sekarang tak sah kalau tak buat drama. Apa susahnya lafazkan akad nikah? 

"Aku terima nikahnya Adhiya Afira Insyirah binti Haji Amar Haqim dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai" 

"Sah? Sah? Alhamdulillah" 

"Takbir!" Aku terkejut memandang Raid yang dengan semangat melaungkan takbir 

"Allahuakbar!" Mummy, Dhiya dah jadi isteri orang mummy. Air mata yang ingin mengalir serta diletakkan tissue oleh Fadwah. 

"Mahal kak oi kau punya make up" Tegur Faudah. 

"Alhamdulillah, tahniah Insyirah. Mama doakan yang terbaik buat kamu berdua" Aku mencium tangan mama. Kepala aku diusap mama perlahan. Bayang bayang Faith berada di hadapan aku. Wangian miliknya masuk ke dalam panca indra hidung aku. 

"Assalamualaikum zaujati" Bisik Faith disebelah telinga aku yang berbalut tudung 

"Waalaikumsalam" Hanya aku sahaja yang dengar

Seutas gelang diberi oleh Raid selaku pengapit Faith. 

"Tangan love" Pinta Faith. Aku menghulurkan tangan aku yang penuh dengan inai. Faith memakaikan aku gelang tersebut di tangan kiri aku sebab aku tak biasa pakai perhiasan di tangan kanan. Faith mengenggam tangan kiri aku sebelum dibawa ke bibirnya. Mata aku membuntang 

Bunyi camera menangkap momen tersebut bergema di masjid. Usikan nakal dari saudara mara yang melihat semakin membuatkan aku malu. 

Selepas Faith mengucup tangan kiri aku, aku terus mengambil tangan kanan Faith dan mencium lama tangannya sebab aku malu. Haaaaaa biar lipstick aku berbekas di tangan awak Faith! Faith mengangkat dagu aku memandang wajahnya. Entah kenapa mata aku terpaku melihat bibirnya. Faith tersengih nakal sehingga menampakkan giginya yang dipasang braces. Ya, aku dan Faith dah pakai braces. Cuma Faith hanya pakai braces kat gigi atas manakala aku atas dan bawah.

Bibir Faith menghinggap lama di dahi aku. Aku menutup mata aku. Inikah rasanya nikmat halal? Tiba tiba hidung aku dikucup sekilas. Aku terus menampar dada Faith. Dia hanya mengeluarkan ketawanya yang comel.

Aku memandang daddy yang menyeka air matanya. Faith yang perasan aku memandang daddy segera bangun dan menghulurkan tangannya. Aku menggenggam tangan Faith dan ikut bangun. 

"Daddy" Panggilku. Mata daddy merah. Daddy memeluk aku. Air mata aku turut keluar

"Jadi isteri yang solehah ya Insyi. Dengar segala percakapan Faith. Jangan sesekali naikkan suara. Kalau ada salah faham, jangan terus tuduh. Bincang. 19 tahun daddy jaga Insyi dan kini Insyi bukan lagi bawah tanggungjawab daddy. Jaga diri elok elok" Bisik daddy. Aku mengangukkan kepala aku laju

"Faith, didik Insyi. Jangan sesekali naik tangan dekat dia. Jangan pernah terdetik untuk menjadi dayus. Kalau dah tak sudi jaga Insyi, kembalikan dia dengan baik seperti mana daddy serahkan dia ke kamu Faith" Bahu Faith ditepuk berkali kali

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now