ʚ┊10 ❝ 𝐈𝐧𝐧𝐚𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡𝐢 𝐰𝐚𝐢𝐧𝐧𝐚 𝐢𝐥𝐚𝐡𝐢 𝐫𝐨𝐣𝐢'𝐮𝐧 ❞

1.4K 69 1
                                    

"Insyi" Panggil tok abi. Aku yang sedang menjaga anak bungsu Aunty Qar terus memandang tok abi. 

"Kenapa tok abi?" Soalku 

"Tahu tak daddy kamu lamar arwah mummy kamu waktu sekolah? Tak silap tok abi umur diorang 16 ke 17" Cerita tok abi. Ye tok, Insyi baca cerita imam misteri tok. 

"Kalau dah jodoh tok abi" Balasku perlahan. Aku tak tahu cuma aku ke like when people tell you about how your parents met and their love life aku macam awkward? Tak tahu macamana nak react

"Tu budak yang selalu imam kat masjid tu tak nak ke? Dia yang hantar Insyi balik? Faith? Raid?" Soal tok abi lagi sambil menaikkan keningnya berkali kali. 

"Tok abi. Insyi malaslah nak fikir" Aku kembali melayan si bungsu ni. Haih kenapalah dia belum lagi pandai becakap. Kecil kecil malas nak cakap. 

"Insyi, dapat tolong uncle jaga baby? Sebab uncle dengan aunty nak bawa kembar pergi appoitment" Soal Uncle Haris. 

"Boleh boleh. Satu jam 50 ringgit" Tawarku. Aku gurau je lah

"Netflix Insyi bulan ni uncle bayarkan" Daddy yang baru masuk ruang tamu menggelengkan kepalanya mendengar ucapan Uncle Haris

"Makin kau layan anak aku, makin dia nak lagi kau selalu buat macamtu" Sampuk daddy 

"Sekali sekala Qim"

"Bukan sekali sekala Haris, kalau tak silap abi bulan lepas pun kamu bayar netflix Insyi ni kan" 

"Insyi kongsi dengan kembarlah netflix tu. Orang nak belanja biarlah dia" Kataku perlahan. Merajuk 

"Apalah abi ni. Tak pe. Tak jatuh miskin pun kalau belanja" 

"Abi, Qar gerak lu" Aunty Qar kemudian menghulur sebotol susu untuk anak dia. 

"Bye tok abi, Uncle Qim, Akak Insyi, baby" Lambaian mereka dibalas. 

"Abi, hujung minggu ni Haqim dengan Insyi tidur rumah walid dengan umi" oh ye sudah lama tak tidur kat sana. Aku rasa kali ni daddy tidur sana lama kot sebab tok walid dah lanjut usia begitu juga dengan nek mi.

Entah apa lah yang mereka bincangkan aku tak fokus sangat. Aku membawa Qasidah ke dalam bilik aku. Kecil sungguh awak ni Qasidah. 

Aku menangkap gambar tangan Qasidah. Tangan je gais tak nak aku gambar muka Qasidah tanpa pengetahuan Aunty Qar. Ni pun aku ambil gambar ni minta izin dengan Aunty Qar. Nama Faith aku cari dalam phone aku. Aku dah tukar dah nama dia dari Faith kepada Faith Elyasa. Nak tambah Tengku Muhammad tu macam panjang sangat HAHA

 Comel kan jari dia sayang

Eh ANJI- kenapa aku panggil sayang omoo

Practice jadi ibu anak kita ke love? Btw sayangggggg

Aku menahan malu 

 Amendeee Faith
Dahlah
 Gi sana training! 

Halauku . Faith menghantar voice note dia

"Aku tengah training ni love. Lepasni aku ada tasmie hafalan dengan ustaz aku. Jangan balas text aku nanti aku terdistracted" Aku hanya membalas voice note Faith dengan reaction emoji. Elelelelel

Aku memandang Qasidah yang nyenyak tidur sesekali mukanya bergerak mencari tempat selesa. Aku dengan Faith bukanlah pasangan kekasih tetapi he's mine, i'm his FAHAM TAK? Tapi benda ni tak halal. Amende Faith ni. Tu lah kata orang don't judge book by its cover

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Qarina!" Jerit nek mummy. Aku terbanguun mendengar jeritan nek mummy. eh? Mana Qasidah? Oh Aunty Qar dah ambil tadi lepastu aku tertidur. 

"Kenapa ni mummy?" Aku sempah mengusap wajah aku untuk membangunkan diri aku dan keluar dari bilik apabila mendengar kekecohan yang berlaku. 

"Astaghfirullah! Abi! Haris start kereta cepat!" Uncle Haris dengan cepat keluar dari rumah dan menuju ke keretanya 

"Apa dah jadi?" Soalku diluar pintu bilik nek mummy dengan tok abi 

"Tok abi terjatuh atas lantai bilik tok abi sebab licin lepas nek mummy mop. Kepala tok abi terhentak atas lantai kak" Balas Fadwah perlahan. Daddy membawa tok abi dalam dukungannya dengan cepat. 

"Twins tinggal dengan Akak Insyi. Rayden jaga diorang ni, adik kamu yang bungsu dekat bilik mummy tengah tidur dalam baby coat.  Biar mummy, nek mummy, daddy dengan Uncle Haqim pergi hospital" Arah Aunty Qar dengan tegas. Kami hanya mendiamkan diri tanda mengerti 

"Faudah, dah dah tu" Rayden memeluk Faudah. Belakang Faudah diusap 

"Faud-Faudah n-nampak macamana tok abi jatuh bang. F-Faudah takut tengok darah tu" Balas Faudah dengan teresak esak. 

"Faudah ada dalam bilik tok abi tadi. Tok abi dengar hafalan Faudah tadi. Lepastu masa tok abi jatuh Faudah tak sempat nak tolong tok abi. Dia dengar hentakkan kepala tok abi" Cerita Fadwah. Aku menahan air mata aku daripada mengalir. Baru tadi pagi aku dengan tok abi sembang sembang. Ya Allah. 

"Fadwah, sini" Rayden memanggil Fadwah untuk mengganti diri dia darid ipeluk oleh Faudah sebab aku rasa dia nak bawa adik dia kat bawah. Yelah atas tak de orang. 

Lepastu keadaan menjadi kekok dan aku tak tahu nak buat apa lepastu. Aku hanya mampu berdoa agar semunya baik baik sahaja. Tetapi kalau aku tengok tadi darah dekat kepala tok abi tu banyak sangat. Seperti yang aku jangkakan Rayden mendukung Qasidah dan meletakkan Qasidah di atas tilam yang ada dekat bawah. 

"Darah dekat atas lantai tok abi tu m-macamana?" Soalku perlahan memandang Rayden

"Kau rasa kita perlu mop ke? Tu bukan untuk evidence?" Soal Rayden balik 

"Bang, kau nak evidence apa lagi bang? Kau ingat ni kes bunuh bunuh ke nak evidence bagai. Tok abi jatuh bang jatuh" Tekan Fadwah. Faudah sudah kembali biasa dari tangisannya tetapi matanya nampak bengkak 

"Ye tak ye juga" 

Kadang bodoh juga Rayden ni. 

Setelah beberapa jam kami menunggu, phone milik Rayden berbunyi. 

"Mummy" Kata Rayden

"Put her on speaker" Kata Faudah 

Rayden menjawab panggilan Aunty Qar. 

"R-Ray. Tok-tok abi- Allah lebih sayangkan dia Ray" Suara esakkan terhasil. Aku memeluk Fadwah dan Faudah sebelum kami tiga dipeluk oleh Rayden. 

"Innalillahi wainna ilahi roji'un" 

"Innalillahi wainna ilahi roji'un" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-December 17, 2022

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now