ʚ┊16❝ 𝐉𝐨𝐦! 𝐀𝐧𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐀𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐢𝐪𝐫𝐚 ❞

1.2K 59 1
                                    

Faith Elyasa Pov 

"Abang Pet, Anya tak nak sekolah. Anya takut" Anayra bermain dengan hujung bajunya. Aku menarik handbrake kereta. Aku berpusing menghadap Anayra. 

"Kenapa Anya tak nak sekolah ni? Kan Anya suka sekolah ni. Anya yang bagitau abang waktu tu" Soalku perlahan. Walau bagaimanapun aku mesti tahu punca Anayra tak nak sekolah, aku tak boleh terus menghukum dan marah kepada Anayra tanpa ada sebab yang munasabah. 

"Kawan Anya bully Anya. Diorang kata Anya ni kotor berdosa. Anya tak faham apa kata diorang. Anya balas Anya dah mandi. Anya bersih. Tapi diorang kata Anya bodoh bang Pet" Air mata anya dah bergenang. Aku mengucap dalam hati. Umur Anya ni baru sahaja 5 tahun. Penumbuk tangan aku genggam. Macamana boleh kawan kelas Anayra tahu? Tiba tiba aku terfikir, dekat sekolah kawan kelas aku pun tahu ke? Aku menghela nafas 

"Abang hantar Anya balik rumah ok. Abang pun tak nak sekolah lah" Aku mengusap kepala dia. Kedua ibu bapa aku dah kerja. Kalau aku sekolah, tak ada orang jaga Anayra. 

Aku mengeluarkan iphone aku dan menekan nama Dhiya 

love, aku tak datang sekolah hari ni. 
Aku teman Anya kat rumah
Jangan rindu aku tau! 

Selepas menghantar pesanan terus aku memulakan perjalanan balik ke rumah. Aku kena bincang benda ni dengan ayah dan mama. Anayra baru je mula sekolah tahun ni kat kindergarden

Sempat aku membeli beberapa makanan untuk breakfast dan lunch. Aku pandang Anayra yang sudah terlelap. Kesian Anayra. Aku pernah berada di tempat Anayra. 

"Tengoklah korang anak pelacur!" 

"Eww orang neraka. Jangan dekat dengan dia" 

Itu ketika aku sekolah rendah dan selepas permohonan aku masuk ke dalam sekolah tahfiz diterima, aku dah bebas dari[ada dimaki dan dihamun namun ketika aku mula sekelas dengan Saad, dialah punca kawan kelas aku kenal ibu dan bapaku punya kisah gelap namun aku bersyukur mereka tidak membesarkan hal begitu dan tidak membuli aku lain hal dengan Saad. Entah kenapa dia berdendam sangat sama aku. Kalau boleh dia nak jatuhkan aku sejatuh jatuhnya dan dia berada di atas sekali. 

Aku membangunkan Anayra apabila sudah sampai di hadapan rumah dan menyuruh dia salin baju lepastu turun makan breakfast. 

Aku membuka baju aku dan membiarkan badan aku terdedah dalam bilik. Aku memandang tangan kiri aku dan parut yang semakin pudar aku pegang perlahan. Aku pernah membuat selfharm ketika umur aku 9 tahun. Walaupun aku masih kecil namun sekeliling aku sungguh menyakitkan. Dimana mana aku dipanggil anak haram sedangkan mama dan ayah aku sudah berkahwin ketika aku dilahirkan. Aku memang ada kakak namun dia sudah pergi ketika dalam kandungan dan sewaktu itu mama dan ayah belum kahwin lagi. Masyarakat memandang kami sekeluarga dengan hina sampailah ayah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman sesiapa yang menghina kitorang terang terangan. Ayah memang dikenali oleh kawan kawan sekolah aku sebelum aku masuk tahfiz. Aku menghela nafas lagi dan segera mamakai baju rumah. Anayra yang makan sambil tengok cerita membuatkan aku tersenyum. Aku menggelengkan kepala memandang dia yang khusyuk melayan spy x family. Entah berapa kali dah Anayra layan sampai season 2 asyik ulang ulang je. Alasan dia sebab Anya comel macam dia. 

"Lepasni abang nak dalam bilik rehat. Anya pun dalam bilik sahaja ok" Pesanku dan membuka makanan yang aku beli 

"ok!" 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku membuka halaman seterusnya. Tangan aku terketar ketar memegang album tersebut. Gambar ni belum ayah bakar. Walau bagaimana mama aku tetap mama aku. Kisah silam dia seburuk manapun aku tetap sayang dia. Mama. Bekas pelayan nafsu lelaki di sebuah club dan ayah seorang polis undercover  yang ingin menjatuhkan ketua club tersebut terpaksa masuk kesana untuk membuat tinjauan dan siapa sangka ayah jatuh cinta dengan mama. Sejak mama bersama dengan ayah, mama dah cuba untuk berhenti melayan lelaki lain dan semua tu tak berhasil kerana mama di antara kegemaran pelanggan dekat sana. 

Hubungan mama dengan ayah seperti suami isteri waktu tu walaupun mereka belum halal sampailah mama mengandungkan arwah akak. Ayah tekad untuk kahwin dengan mama seawal yang boleh tetapi mama miscarriage . Lepas mama berhenti dari menjadi tu, ketua club tersebut juga turut diberkas. Ketika ayah dinaikkan pangkat, sewaktu itu juga kisah ayah dan mama tersebar dan ketika itulah masyarakat memandang hina sedangkan ayah dan mama dah kahwin. Sungguh aku benci! 

Ayah selalu pesan dekat aku 'pandangan manusia terhadap kita jangan pedulikan kerana pandangan Allah terhadap kita lebih penting dari segalanya. Hina atau muliakah kita disisi Allah' Itulah yang menguatkan aku. 

Aku tak pandang siapa mama dan ayah waktu dulu tetapi kenapa mereka yang tiada kaitan pula yang memandang kami hina sedangkan kami tidak berbuat jahat? 

Aku membuka baju aku dan punching beg yang tergantung dihujung bilik aku ditumbuk dengan kuat untuk menghilangkan rasa marah aku. Dan itulah menjadi sebab mengapa aku masuk underground fighting club. Aku masuk tahfiz juga kerana aku ingin membuktikan seburuk manapun kisah mama dan ayah itu tak bermakna aku juga akan mengikuti langkah mereka dan ingin menjadi yang lebih baik. Bermacam macam ilmu yang aku dapat. 

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah terfikir lagi ingin menjalinkan hubungan dengan seseorang sebelum aku nikah tetapi apabila mata aku terpandang Dhiya malam pertama aku menjadi imam dekat masjid, aku merasakan sesuatu yang tidak kena. Walaupun hanya beberapa saat mata kami terpaut tetapi impaknya sungguh kuat. 

Apa yang membuatkan aku lebih sengsara aku satu kelas dengan Dhiya dan aku memutuskan untuk menjadikan dia seorang yang istimewa. Nama aku hanya dia yang tahu nama sebenar aku. Waktu isi borang sekolah aku tak letak nama tengku dekat nama aku tetapi dekat ic aku letak. Bukan aku tak hormat dengan gelaran tersebut tetapi aku terlupa buat nama tengku tu jadi aku pun perkenalkan diri aku dekat sekolah tak ada tengku. 

Aku tersenyum mengenangkan wajah Dhiya. Astaghfirullah Faith! Dahlah tu Faith! Jujur aku cakap dengan Dhiya aku rasa tenang je. Its feel like home with her. 

ting! 

Aku memandang phone aku . Ayah. 

Ayah akan jumpa guru kelas Anayra. 
Kamu jaga adik kamu elok elok Faith. 

Aku hanya membagi reaction thumbs up dekat pesanan ayah. Aku membasuh muka aku dan mula mengambil wudhu. Chat aku belum Dhiya balas sebab dia memang tak main phone kalau waktu sekolah. Pintu Anayra aku ketuk 

"Anya jom solat lepastu makan" Anayra membuka pintunya dengan kepala yang sudah memakai berwarna putih

"Jom! Anya nak abang dengar Anya baca iqra " Buku iqra dipegang. Aku senyum dan menggosok kepalanya 

Happy new year gais! First of all I want to thank to all of you who had supported me from the beginning of this story and others! I really appreciate to those who read my story and dropped comments with votes! I apologize if I did something wrong ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy new year gais! First of all I want to thank to all of you who had supported me from the beginning of this story and others! I really appreciate to those who read my story and dropped comments with votes! I apologize if I did something wrong to all of you unintentionally or intentionally. From head to toes I really really hope you guys will forgive all of my wrong behavior, wrong doing. May Allah forgive us all and give His blessing. 

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua. Semoga tahun ini juga kita lebih dekat dengan tuhan kita sendiri, membuat banyak amal ibadah, dijauhkan dari segala kejahatan dan keburukan dan diselamatkan daripada fitnah fitnah akhir zaman ini. 

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru. Marilah kita mulakan tahun baru dengan bismillah.

- January 1, 2023.

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now