ʚ┊17 ❝ 𝐌𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐲𝐢 ❞

1.1K 60 0
                                    

Aku mengikuti langkah Adneen dan Hayyan. 

"Betulke yang geng Mardhiya katakantu?" Soal Adneen. Aku menggeleng tanda tak tahu 

"Kalau betulpun Mardhiya tak sepatutnya hebohkan benda tu" Balas Hayyan. 

"Benda ni besar sangat ke?" Soalku 

"Besar tu tak sebenarnya cuma kau kenalkan Rubina tu. Dia punca yang memuncakan benda kecil jadi benda besar. Elyasa tu tak pun kacau Rubina. Dia gertak sikit je kan tu pun sebab Bina tampar kau kan Insyi" Adneen menghembus nafasnya. 

"Macamana ni? Kita patut bagitahu Elyasa ke?" Soal Hayyan. Hayyan dan Adneen memandang aku. 

"Asal pandang aku? Aku tak berani nak soal keluarga dia" Balasku. Jujur aku cakap aku masih tak berani nak soal lebih mendalam tentang kehidupan Faith. Aku hormat privacy dia sebab dia pun tak soal pasal family aku. 

"Dah jom masuk kelas. Semak betul ada classmates macamtu" Ucap Hayyan. Aku mengikuti langkah mereka masuk ke dalam kelas. Haih mana Faith ni? Dia tak sekolah ke?

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Selepas tamat waktu pembelajaran aku membuka phone aku dan ada nama Faith muncul. Oh dia jaga adik dia. Aku membalas pesanan Faith dan mula keluar dari sekolah. Kereta daddy menyapa pandangan aku. 

"Ni kenapa anak daddy monyok ni?" Soal daddy 

"Mana ada" Nafiku. Yelah pembakar semangat aku tak sekolah

"Faith tak sekolah?" Soal daddy lagi diikuti dengan ketawanya 

"Apa daddy ni! Tak nak kawan dengan daddy! Esh" Aku memutarkan bebola mata aku 

"Daddy, Insyi nak tanya Uncle Abraham tu kerja apa?" Daddy memandang aku lama sebelum tumpuannya beralih ke jalan raya.

"Tak silap daddy dia kerja polis" Balas daddy 

"Bini dia?" Daddy terdiam

"Kenapa Isnyi tanya ni? Daddy tak tahu isteri dia kerja apa. Ni ada nak beli apa apa ke?" Daddy terus menukar topik perbualan kami.

Tiba tiba aku teringat nek umi

"Daddy, Insyi tak suka nek umi selalu usik Insyi dengan Saad. Insyi tak suka" Aduku. 

"Nek umi kan selalu macamtu. Dah jangan ambil hati sangat dengan nek umi tu. Dia memang macamtu" Kepala aku daddy usap perlahan 

"Daddy tak kisah Insyi dengan siapa. Cuma daddy tak nak puteri daddy ni sakit hati oleh lelaki faham? Kalau daddy ada sakitkan hati Insyi, Insyi bagitau je daddy ok" 

"Ok daddy" Aku kembali bermain dengan phone aku. Scroll twitter je. 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Faith! Kan saya dah cakap bukan yang tu. Awak ni! Orang tak ada darah tinggi jadi ada" Rungutku

"Sorry Love, Aku tak fokus menghafal" Dari muka Faith aku nampak dia tengah serabut

"Awak kenapa ni baby? Demam ke?" Soalku risau. Pipi Faith dari tadi merah

"Aku rasa aku banyak fikir hari ni sebab tu jadi pening. Aku tak nak sekolah esok but aku dah tak sekolah hari ni" Faith menutup penghawa dingin miliknya

"Tak payah sekolah. Nanti makin sakit kepala je kalau awak sekolah" Pujukku 

"Tadi ada apa apa ke perlu aku tahu?" Soal Faith dengan tangan yang memicit kepala dia. 

"Hmmm hari ni revision je. Ustazah Yusra pesan lepas exam baru belajar tajuk baru secepatnya sebab tajuk tu masuk qualifying exam. Itu je sebab yelah Ustazah Yusra kan selalu tak masuk kelas subject lain habis dah kita belajar" Aku cuba mengingati apa yang terjadi hari ni dan tiba tiba fikiran aku teringat kejadian pagi tadi. Ni masa yang sesuai ke nak tanya? Emmm nanti jelah tanya 

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now