ʚ┊1 ❝ 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 ❞

2.8K 97 1
                                    

Kisah aku hampir sama dengan kisah arwah mummy dan daddy. Arwah mummy jatuh cinta dekat daddy sebab daddy imam misteri mummy. Walaupun setelah sekian lamanya arwah mummy pergi meninggalkan kami, cinta daddy hanya buat arwah mummy. 

Ya, arwah mummy disahkan meninggal dunia sewaktu melahirkan arwah adik aku. Namun, Allah lebih sayangkan arwah mummy dan arwah adik aku. Kedua insan tersebut ditarik nyawanya.Arwah adik pasti senang sebab dapat masuk syurga tanpa harus diuji di dunia yang semakin tua ini. Arwah mummy pulak aku yakin tujunya memang syurga sebab arwah mummy meninggal ketika melahirkan.

Aku dibesarkan dengan keluarga yang cukup bahagia walaupun ketiadaan arwah mummy dan adik aku. Setiap malam sebelum tidur pasti daddy akan bagitahu dia sayang mummy dan cintakan mummy. Air mata dia seringkali mengalir merindui arwah mummy.

Muka arwah mummy juga samar samar ada di dalam benak fikiran aku. Aku tidak akan mempersoalkan kenapa takdir aku begini kerana aku yakin, setiap apa yang telah terjadi pasti ada hikmahnya dan aku sangat sangat percaya dengan takdir yang telah Allah tetapkan buatku.

"Insyi" panggil daddy

"Hmm" aku berpaling kebelakang melihat daddy dengan canvasnya. Haih imam misteri arwah mummy ni kan pandai melukis.

"Sini duduk sebelah daddy" daddy menepuk nepuk kerusi sebelahnya. Aku mengangkat kaki aku yang dari tadi dalam kolam renang. Rambut aku yang ditiup angin aku ikat. Walaupun Rayden, anak Aunty Qar tu abang susuan aku tetapi daddy selalu pesan juga jaga aurat memandangkan suami Aunty Qar juga ada. Tetapi ni aku tak pakai tudung sebab suami Aunty Qar kerja.

Aku memandang lukisan daddy. Daddy lukis aku. Aku menarik senyuman. Esh daddy ni! Daddy pandai lukis dan aku cemburu sebab aku lukis tak cantik. Lawa lagi lukisan ayam dari lukisan aku. Selain menjadi salah seorang ahli masjid ataupun imam dekat masjid kampung aku ni, daddy ada menjual lukisan yang dia lukis. Kebanyakkan lukisan yang dilukis itu menggambarkan perasaan daddy. 

"Bila sekolah?" Soal Daddy

"Esok lusa. Kenapa?" Aku menjatuhkan kepala aku atas bahu daddy. 

"Semalam Insyi ada daddy kan siapa yang azan semalam? Kenapa ? Nak jadi macam mummy ke?" Usik daddy sambil mengusap kepala aku. 

"Esh daddy ni!" Aku menghentakkan kaki aku. 

"Faith. Orang panggil dia Faith. Dia lelaki yang baik tau. Ramah je daddy tengok. Hmm daddy bagi greenlight lah. Tetapi" Daddy menghentikan percakapannya 

Aku memandang daddy. Eee daddy dah pelihara jambang.

"Dia terlampau tinggi buat Insyi" Daddy tergelak suka. 

"Apa daddy ni! Insyi tinggi tau!" Aku memuncungkan mulut aku. 

"Tetapi dia lagi tinggi. Mungkin dalam 183 cm. Insyi ni 165 pendek lah tu" Ejek daddy

"Hello daddy! Kalau perempuan tengok Insyi mau insecure mereka. Insyi ni kategori tinggi tau!" 

Tiba tiba aku terkenang lelaki yang aku jumpa semalam. Memang tinggi. tetapi dia kah? 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Balik nanti ikut Rayden tau. Dia balik rumah karang" Aku mencium tangan daddy 

"Ok daddy! Insyi pergi sekolah dulu" 

Sepanjang aku bersekolah di sini, aku langsung tiada kawan. Tetapi aku tak kisah. Eh tetapi aku hanya bertegur dengan classmates aku yang lelaki tetapi tak semua. Kadang kadang je sebab kebiasaanya memang aku seorang diri . Aku selesa dengan diri aku sendiri. Takde siapa pun tahu aku dan Rayden sepupu kecuali kawan kawan lelaki dia. Jadi ramai yang membuat spekulasi aku kekasih Rayden. Geli naw. 

Menjadi senior ni mencabar sebenarnya, buat salah sikit kena tuduh senior juga heh. 

Aku masuk ke kelas aku. 6 Ibnu Arabie. Tempat duduk aku belakang sekali. Sebenanrya nak duduk depan tetapi sekolah ni sudah membuat peraturan, pelajar lelaki diwajibkan duduk di hadapan dan perempuan belakang. 

"Assalamualaikum dan selamat pagi. Ustazah nak inform hari ni ada pelajar baru masuk ke kelas korang. Jadi korang layan dia elok elok. Faham?" Kata Ustazah Mariam dan terus dia keluar selepas menyampaikan berita tersebut 

Aku menjatuhkan kepala aku atas meja. Ramai classmate aku yang duduk bersama sama bercerita, hanya aku yang keseorangan. 

Aku keluar dari kelas tanpa mengkhabarkan ketua kelas aku. Tak de sape pun nak kisah. Paling paling pun pasti mereka tahu yang aku selalu ke tandas waktu macam ni

"Ha Adhiya Afira Insyirah!" Laung Ustazah Kenit

Haduh ustazah ni kenapa laung laung ni? Aku nak kencing ni

"Ye ustazah?" Soalku. Senyuman palsu terukir di wajahku

"Ni pelajar baru. Dia akan masuk kelas kamu. Boleh bawa dia?" Seorang lelaki bertubuh tegap, tidak nampak seperti budak sekolah sebab nampak macam bakal wajah. Mukanya ditundukkan.

"B-boleh" kataku tergagap sebab air kencing aku dah nak terkeluar. Kaki aku tanpa sedar terkepit kepit.

"Jom saya tu-"

"Kalau kau nak pergi tandas, silalah. Aku boleh tunggu kau kat sini" katanya tanpa memandang aku.

"Ok awak tunggu sini tau. Saya kejap je" aku terus meninggalkan dia.

Setelah membuang hadas kecil, aku membetulkan tudung aku. Mask aku yang senget aku betulkan juga. Haih. EH! BUDAK BARU! Walaupun kat luar sana dah boleh buka mask namun sekolah aku mewajibkan untuk pakai mask dan aku juga dah terbiasa pakai mask.

Aku terus berjalan laju ke tempat yang dia tunggu tadi. Dia menyandarkan belakang badannya kat dinding. Matanya tertutup. Tangan kanannya mengenggam al-quran kecil manakala tangan kirinya dimasukkan ke pocket seluar. Masha Allah. Tetapi kenapa aku rasa macam kenal dia? Takkan dia yang aku jumpa semalam? Tetapi tinggi kan sama. Kening mereka sama. Yang lain hanya semalam pakai spect yang ni tak.

"Ehemm. Jom" aku memanggil dia. Aku menunggu dia berjalan dihadapan aku. Aku tak selesa kalau lelaki jalan kat belakang aku.

"Kalau nak sampai kelas, saya bagitahu tau. Awak jalan straight je"

Dia mengangukkan kepalanya.

Diam.

Takkan lah aku nak cakap dengan dia kan?

"Emm nama awak apa?" Soalku.

"Tengku Muhammad Faith Elyasa. Panggil Faith" kaki aku terhenti.

"Faith?"

-ˋˏ✄┈┈┈┈

- November 11, 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- November 11, 2022

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now