ʚ┊15❝ 𝐈𝐧𝐬𝐲𝐢, 𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐚𝐤𝐮 ❞

1.2K 55 0
                                    

Lepasni aku kena ikat tangan aku. Walaupun harini dua kali dah aku terpegang Faith dan aku doa lepasni aku tak akan lagi buat macamtu. 

Aku memandang fighting ring yang ada dihadapan aku dengan gementar. Ni lawan Faith ni boleh takan besar badan dia tapi aku percaya Faith dapat lawan. Malam malam macmni pun nak fight ke lagi best  kalau tidur. 

Mata aku memandang Faith yang sudah ganti baju dengan baju yang berwarna hitam. Bicepnya nampak kerana ketat kat bahagiantu. Nak pengsanlah macamni. Perlawanan pun bermula. Faith cukup tangkas untuk menghindarkan diri dari ditumbuk dan ditendang namun siapa sangka lawan Faith mengehentakkan kepalanya yang besar dekat muka Faith. Faith memegang kepalanya sebelum dia mula melangkah kehadapan. 

Perlawanan sangat sengit kerana kedua pelawan masih teguh berdiri melawan satu sama sendiri. Faith terbaring apabila kaki dia ditendang. 

"Awwwwwhhhh" Jerit penonton apabila Faith terbaring 

"ELLI! ELLI!" Faith bangun dan mula menyiku perut pihak lawan. Leher pihak lawan digrip kuat sampai tangan pihak lawan Faith mengangkat tangannya. 

Tangan Faith diangkat tinggi yang membawa maksud Faith menang. Mata Faith mencari aku eh yeke aku yelah siapa lagi?! Faith menarik senyumannya sebelum pandangannya dialihkan. Aku mengikut langkah Faith yang mula masuk ke bilik dia. Sebenarnya bilik tu besar dan ada beberapa orang juga ada di dalam, apa yang boleh aku katakan disini bilik tu bilik untuk semua pelawan bersedia dan berehat haa. 

"Awek ke Elli?" Soal seorang lelaki yang hanya berseluar. Aku menundukkan kepala aku memandang lantai. Faith hanya ketawa. 

"Baju kau mana? Malulah sikit ada perempuan" Faith membawa begnya yang mengandungi baju untuk dia bersalin dan Faith sudah memakai hoodie sweater berwarna pink. Tu sweater aku sebenarnya sebab belakang tu ada nama aku. 'Afira 55'. Kisah bagaimana sweater aku ada dekat Faith? Sebab aku salah beli size sweater lepastu aku bagi dia je lah. 

"Banyak cantik perlawanan kau kali ni Elli, duit pun banyak." Puji lelaki tersebut yang sudah memakai baju 

"Kau pun banyak duit mah. Ni aku bagitau lepasni fight kau kan, kau aim kaki dia. Sebab kaki dia baru sembuh dari jahitan" Pesan Faith. Aku memegang tali beg Faith apabila dia mula keluar. 

"Kau nak makan ke nak balik?" Aku memandang jam yang ada di dashboardnya. dah pukul 11.30

"Balik je Faith. Saya takutlah" Faith hanya mengangukkan kepalanya. 

Dan aku baru sedar macamana aku nak naik semula? 

"Kau panjat je pagar lepastu lompat atas atap tu" Kata Faith 

"Awak cakap senang! Saya yang kena lompat tau. Kalau saya jatuh macamana?" Soalku dengan gugup

"Bukan mati pun love. Nah" Beberapa keping wang dihulur

"Apani?" 

"Duit?" 

"Saya tahulah duit tapi ni kan duit awak Faith" Aku menolak perlahan

"Anggap jelah tu practice nafkah nanti" Faith ketawa perlahan 

"Kalau tak nak rugi tau. Banyak ni" Aku mengambil duit tersebut dari Faith dengan perasaan geram 

"Yelah, terima kasih Tengku Muhammad Faith Elyasa" Aku turun dari kereta dan mula memanjat pagar. Ok taklah susah mana. Aku masuk ke dalam tingkap setelah dua tiga kali fikir nak lompat atas atap nasib tak jatuh. 

"Sejak bila Insyi jadi macamni?" Aku membuntangkan mata aku memandang Nek umi. Nek umi ni tak sporting macam nek mummy! hish. 

"Lepas dari luar. Insyi letih nak tidur" Aku masuk ke dalam tandas tanpa menghiraukan nek umi yang ingin marah. 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Anak kamu tu Haqim dah pandai keluar rumah ikut jantan mana. Ni ke anak kamu yang kamu tatang penuh minyak ni?" Bebel nek umi. Daddy hanya diam memandang aku. 

"umi, tu anak Haqim. Pandai pandai Haqim jaga" Balas daddy santai. Aku hanya menunduk di meja makan

"Siapa lelaki tu?" Soal tok walid perlahan. 

"Faith" Aku bermain dengan jari aku 

"Kamu kenal ke budak tu Haqim? Entah entah dia hasut cucu umi ni" 

"Haqim kenal sangat budak tu umi. Dia bekas tahfiz dan sekarang dia jadi imam solat isha kat masjid kampung arwah abi" 

"Bekas tahfiz macamtu? Sama dengan Saad jiran depan. Lagi elok Saa-" 

"Nek umi, kalau nek umi tak kenal dia jangan main tuduh boleh tak? Benda kecil pun nak besar besarkan" Kataku perlahan. Tak suka nek umi buruk burukkan Faith. 

"Haqim nak hantar Insyi pergi sekolah" Aku bangun dari meja makan dan sempat aku salam tok walid dengan nek umi dengan perasaan geram. 

Aku masuk di kerusi penumpang. 

"Insyi buat apa dengan Faith?" Soal daddy. Aku diam mencari jawapan. Aku tak dapat bagitahu daddy yang Faith ni underground fighter sebab tu kan rahsia Faith. 

"Faith ajak Insyi jumpa" Ok jawapan tak bernas 

"Malam malam?" 

Aku hanya diam 

"Insyi, awak tu perempuan walaupun Faith tu ada background orang yang berugama tetapi ingat dia juga lelaki. Tak elok malam malam keluar berdua. Lepasni bagitahu daddy ok? Ni Faith dengan Insyi ada apa apa ke?" Soal daddy lagi 

"F-Faith dengan Insyi umm daddyyyyy" Aku dahlah kawal malu daddy mula dah buat bunyi 'chieeeeee' esh! 

"Daddy nak pesan, pergaulan lelaki dan perempuan ada batas. Faith tu kalau benar dia nak Insyi, jumpa daddy. Am I understood?" Daddy mengusap kepala aku yang berbalut tudung. Aku menangukkan kepala aku tanda mengerti. Haih 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Aku dengar Elyasa punya mak tu bekas pelacur, bapa dia pula pelanggan tetap mak dia" Aku terhenti apabila mendengar perbualan rakan kelas aku. Aku ni dahlah nak masuk pintu tetapi kata kata diorang ni membuat kan aku terhenti. Jam di tangan aku lihat, ni pasti geng geng Mardhiya. Waktu macamni memang mereka bertiga je baru datang.

"Betulke? Weh aku tak sangka betul. Macamana kau tahu Bina?" Soal Amina 

"Korang kenal aku kan. Aku cari pasal life dia sebab dia bagi warning dekat aku. Aku memang pantang betul lelaki macamtu" Balas Rubina. Mereka diam dan bercakap tentang hal lain. Aku pun melangkah masuk ke dalam kelas dengan biasa. Betulke semua yang aku dengar tu? Ke sebab tu Saad cakap macamtu dekat aku yang Faith tu murah? Hish susah betul juga jadi manusia ni. 

"Insyi, ikut aku"

- December 27, 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- December 27, 2022

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now