ʚ┊13 ❝ 𝐍𝐢 𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐧𝐢?! 𝐊𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐮𝐬𝐭𝐚𝐳𝐚𝐡! ❞

1.3K 56 1
                                    

Aku memandang dia tajam. Dia ingat aku ni perempuan yang lemah sangat ke?! 

"Aku elok datang sini nak bagi sedekah, kau asal nak cakap aku serah diri kat kau? Kau ingat maruah aku ni murah sangat?" Soalku tanpa nada lembut. 

"Haah, maruah kau sangat murah sebab Faith tu pun murah" Ejek Saad dengan sinis. Eloklah sedekah nek umi dah dia ambil. Kalau tak memang aku baling dekat muka dia

"Aku tak kesahlah dia murah ke mahal ke yang penting dia tahu adab macamana nak layan orang beri sedekah. Ni ke yang kau belajar dari sekolah? Tak ada adab? Tak ada rasa hormat kau sebagai lelaki terhadap perempuan?" Soalku bertubi tubi

"Kurang aj-" 

"Saad? Siapatu Saad?" Laung suara perempuan dari dalam 

"Ni haa nek ada orang beri sedekah" Aku mula kembali ke rumah tok walid. Buang masa aku nak layan dia. 

Aku menutup pintu rumah kasar. 

"Nek umi, tu rumah depan tu asal kurang ajar sangat" Aku membuka tudung aku dan menghembus nafasku kasar

"Siapa? Saad? Dia budak baiklah Insyi. Tak silap nek umi kan dia hanya tinggal berdua dengan nenek dia. Tu rumah tu sepatutnya ayah dia punya tetapi ayah dia cerai dengan mak dia jadi rumah tu diberi sepenuhnya dekat Saad" 

"Patut perangai macam lahanat" Makiku perlahan. 

"Nek umi dah makan ubat ke? Tok walid mana?" Soalku 

"Dah makan tadi dah. Tok walid dalam bilik tengok ceramah" Aku hanya mengangukkan kepala dan memina izin untuk mandi 

Nak bagitau Faith tapi ni jam jam Faith dah pergi masjid. Malaslah nak kacau 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku menghirup sup tomyam dengan penuh nikmat. Dah lama kot tak rasa tomyam masakan nek umi 

"Haqim, esok bawa walid pergi check up dengan klinik. Umi tak larat dah nak jalan jauh. Kaki umi sakit" Pesan nek umi 

"Check up kandungan?" Pehaku dicubit nek umi. 

"Check up kesihatan tok walidlah Insyi" Nek umi menggelengkan kepalanya 

"Ok umi. Insyi esok pergi sekolah nak bawa kereta sendiri ke daddy hantar?" Soal daddy

Aku sebenarnya dah lama dah ada lesen cuma malas nak bawa. 

"Insyi je lah bawa. Daddy pun kena tolong tok walid kan" 

Selepas siap makan malam, aku membersihkan segala pinggan yang kotor. Takkan aku biarkan nek umi yang basuh. Aku dan daddy pun tak solat dekat masjid kampung ni. Kami hanya solat jemaah dekat rumah sebab tok walid dengan nek umi mana lagi larat nak jalan jauh jauh. 

Aku naik ke atas katil aku dan  haih nikmat juga baring selepas lamanya berdiri cuci pinggan. Kalau kat rumah nek mummy, aku dengan kembar yang cuci sama sama tu yang sekejap. Ni aku sendiri memang letih woo. 

Masa untuk buat kerja rumah! Selalunya kalau aku buat kerja rumah aku dan Faith akan video call, cuma aku taklah buka camera aku. Malaslah nak pakai tudung. Muka Faith je yang selalu terpapar. Susah juga ada boyfriend kacak ni

Haa panjang umur. 

"Hai love" Faith senyum menghadap camera walaupun wajah aku dia tak nampak 

"Hai Faith" 

"Nak buat homework ke nak borak?" Soal Faith. Dia berdiri dan mengambil beberapa buku untuk menjadi rujukan kerja rumah kitorang 

"Dua dua" Balasku perlahan. Daddy tak tahu yang aku dengan Faith ni ada hubungan dan dia tak tahu malam malam macamni aku selalu video call dengan Faith. Tetapi kami cuma video call kalau nak buat homeworks je kalau takde, maka taklah kami video call sebab apa? aku tak tahu nak borak apa dengan Faith. Aku masih ada perasaan nervous kalau dengan dia. 

Setelah satu jam akhirnya kerja rumah kitorang siap dan secara tak sengaja aku terbuka camera aku ketika aku nak keluar dari whatsapp

"Eh" Faith memandang dinding dan aku menutup semula camera aku. 

"s-sorry Dhiya a-aku tertengok kau punya rambut" Faith menutup cameranya sekejap. Aku hanya diam menghadam semuanya. Tak pernah lagi ada ajnabi tengok aurat aku. Dah rambut aku macam hantu. 

"Ehem kita lupakan je lah Faith. Ni saya nak bagitau awak depan rumah tok walid saya ni rumah Saad" Faith membuka cameranya dan aku nampak dia dah baring atas katil. Hanya mata dia sahaja yang nampak sebab ok benda ni memalukan nak bagitau tapi Faith ni typical lelaki dalam novel yang tidur tak pakai baju. 

"How do you know love?" Soal Faith. 

"Nek umi tadi, saya hantar sedekah dekat dia lepastu kan Faith. Dia- Dia harassed saya tahu tak" Aku menghela nafas aku dan mula menceritakan apa yang telah terjadi 

"Babi betul" Carut Faith. Ni kali pertama aku dengar dia mencarut. Dia mencarut taklah selalu cuma tak pernah dengan aku. 

"Faith!" Tegurku 

"Astaghfirullah. Apa masalah dia sebenarnya. Kau tahu tak dari sekolah dulu dia tak suka aku. Aku tak pernah pun kawan dengan dia" Faith meraup wajahnya 

"Itulah saya juga tak tahu Faith. Saya tak suka." 

"Kau jangan fikir bukan bukan sayang. Dah pukul 10 ni. Goodnight love" Faith mengenyitkan matanya. 

"okey, Goodnight my love" Dan aku menutup video call tersebut. Blushing ah! 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Sejak bila kau couple dengan Elyasa?" Badan aku ditolak oleh Mardhiya ke dinding jamban. Eeeee kotorlah!

"Kau dah kenapa ni Mardhiya? Tolak tolak orang" Aku menolak tangannya yang mencengkam bahu aku. Ni Adhiya Afira Insyirahlah. Aku anak Amar Haqim. Orang tak nak tahu pun. 

"Aku suka Elyasa tahu tak? Aku nak kau break up dengan dia" Kepala aku ditolak kasar. Wah wah ni dah lebih 

"Kau memang tak tahu adab ke?" Aku mencengkam lehernya. 

"Ni aku bagitahu kau Mardhiya. Aku tak kesah kalau kau suka Faith ke apa but remember this know your place. Kau tak ada hak nak suruh suruh aku. Jangan ingat aku selama ni diam tak layan korang dekat kelas tu tak bermakna aku takut dengan korang tau" Aku menolak Mardhiya sampai dia jatuh. Aku tolak sikit je tu pun nak terduduk

Aku keluar dari tandas dan nampak kawan Mardhiya dua orang kiri dan kanan pintu tandas. 

"Perangai biar matang" Kataku dengan sinis

Tangan aku ditarik lagi. Aku stress 

"Kau ingat kau hebat sangat?" Aku memandang name tag yang dipin dekat tudung. Amina. 

"Amina, kita kena ada self confident . Kau tak de ke?" Kau ingat aku lemah. 

"heh anak yatim. Asal taste Elyasa tu buruk sangat" Ni Rubina? 

"Cemburu ke aku anak yatim? Kau nak jadi anak yatim juga ke?" Ni Dhiyalah. Tak takut demi kebenaran 

"Kurang ajar perempuan" Pipi aku dilempang oleh Rubina. Aku memandang Rubina lama sebelum aku pun ikut melempang pipinya menggunakan jari aku yang ada cincin.

Pintu tandas dibuka oleh seseorang. Ustazah Razia, penolong guru disiplin. 

"Ni dah kenapa ni?! Kamu berempat ikut ustazah!" Sempat aku menilik pipi aku yang ditampar. Merah dan ada bekas tapak tangan. Seumur hidup aku. Tak pernah lagi aku dilempang. 

- December 23, 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- December 23, 2022

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now