ʚ┊4 ❝ 𝐈𝐧𝐬𝐲𝐢, 𝐊𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐀𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐝𝐝𝐲 𝐀𝐚𝐊𝐮?❞

1.8K 82 0
                                    

Rayden masuk ke dalam kelas aku. Haih dia dah buat macam kelas dia.

"Eh kau budak tahfiz yang jadi imam kat masjid kitorang kan" soal Rayden kepada Faith yang sedang mengulang hafalan.

Faith memandang Rayden lama.

"Kenal ke?" Aku yang berada dibelakang menahan tawa dari meletus

"Aku anak buah Uncle Haqim ke kau panggil dia ustaz? Imam? Aku tahu kau panggil dia daddy kan?" Rayden menarik senyuman sinisnya sambil mengangkat keningnya padaku.

"Kenapa kau masuk kelas aku ni Rayden?" Soalku dengan malas

Pandangan rakan kelas aku yang perempuan langsung tidak aku beri perhatian. Sibuk hal orang je. Rayden ni pun satu hal, yang dia masuk tiba tiba kat kelas aku ni dah kenapa ?!

"Aku lupa bagitau daddy yang aku kena stay back. Kau sanggup ke tunggu sampai pukul 4 petang. Tak kan."

Kini kelas hanya tinggal aku Rayden dan Faith.

Maklum waktu rehat

"Habistu aku balik macamana Raydennnn" Rungutku.

"Ni dia boleh hantar balik kan? Siapa nama kau?" Bahu Faith dtepuk perlahan 

"Faith Elyasa. Elyasa" 

"Boleh tak kau tumpangkan sepupu pungut aku ni El? Kesian dia ni takde kawan perempuan" Rayden buat buat muka kesian dan sengaja dikuatkan suara dia. Eh kurang ajar betul mamat ni.

"Rayden" Marahku perlahan. Bodohlah Rayden 

"Boleh tetapi aku kena ambil kawan aku dulu lepastu baru boleh hantar Dhiya balik" Kata Faith 

"Oh Dhiya Dhiya. Oh faham faham. Ok thanks El. Bye bucuk. Jumpa kat rumah. Aku bagitau daddy kau ok. Cau" Rayden menepuk kasar pipi aku dua kali. 

"Bodolah dia ni" Aku menolak mukanya. 

"Kau ada apa apa dengan Rayden?" Soal Faith ketika Rayden dah keluar. 

"Sepupu je" Balasku. Aku mengeluarkan cermin kecil yang ada di pocket aku dan membetulkan awning tudung. Mask aku buka kejap. 

"Aku nak tanya tetapi kau jangan marah eh" Aku menghentikan perbuatanku dan memakai semula mask aku. Dah kenapa Faith ni. Aku mengangukkan kepala aku 

"Kau tahukan kau dengan sepupu lelaki bukan mahram?" Soal Faith serious. ohh

"Eh Faith, jangan fikir bukan bukan ye. Saya dan Rayden bukan sahaja sepupu, kami adik beradik susuan sebab tu saya macam tu. Saya juga masih tahu batas dengan sepupu lelaki tetapi dia je sepupu lelaki saya" Balasku. Patutlah Faith liat aku semacam je. 

"Alhamdulilah. Aku bukan apa aku cuma-" 

"cemburu?" Aku menekup tanganku. Did I just say that? 

Telinga Faith semakin merah 

"Maksud saya, saya faham awak tegur untuk kebaikan haaa begitu" Aku ketawa kaku 

"hah, ah ye betul." Dia juga ketawa. Tak ikhlas. 

Kekok.

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Kau balik dengan siapa Insyi?" Soal Hayyan. Memang classmate aku lelaki je ke yang berani tegur aku? Kenapa classmates aku yang perempuan tak nak pun tegur aku? 

Aku diam memandang Faith. Faith buat buat tak tahu. 

"Haah kan, Rayden stay back" Adneen mengerutkan dahinya 

"Korang risaukan aku eh?" Aku mengubah topik.

"Buang masa je aku risaukan kau" Hayyan membuat muka loya. 

DHIYA'S LOVE ©Opowieści tętniące ÅŒyciem. Odkryj je teraz