41. PERKHEMAHAN ROMANTIK

Magsimula sa umpisa
                                    

"Aku mengidam la. Apa la kau ni."

"Kau tu bukan boleh percaya. Ada je cara kau nak kenakan Qarizh. Sekarang guna helah mengidam pulak." Terkekeh Raisya ketawa. Wany memang selalu tak puas hati bila datang perangai gila-gila Raisya.

"Aku dah berubah la. Dah jadi isteri solehah sekarang ni." Jawab Raisya selamba sambil ketawa.

"Huh! Tak ada nya aku nak percaya." Mereka sama-sama ketawa.

"Bila kau balik? Aku ada hal sikit nak bincang dengan kau ni." Wany mula serius. Tujuan dia call Raisya untuk berkongsi cerita.

"Ada hal apa? Serius je bunyinya."

"Adalah. Nak cakap kat phone tak sesuai la."

"Okay-okay. Isnin kita jumpa. Kau datang rumah aku boleh."

"Okay boleh. Ada makan-makan sekali kan?" Kata Wany sambil terkekeh ketawa.

"Alah...mengada pulak. Tengok la mood aku nanti macam mana."

"Sayaaangg... Dah ready. Jom makan." Qarizh memanggil isterinya. Raisya menoleh lalu mengangguk.

"Okaylah Wany. Hubby aku dah panggil. Aku nak candle light dinner kejap ye." kata Raisya pada Wany.

"Alaa... Ye lah. Saje nak buat orang cemburu tau."

"Kalau teringin cepat-cepat la kahwin" jawab Raisya lagi sambil ketawa.

Setelah menamatkan panggilan. Raisya melangkah keluar. Alangkah terkejutnya dia melihat set up dinner yang telah di sediakan oleh suaminya. Dari hiasan meja makan sehingga ke 'plating' makanan. Semua nampak perfect! Sehingga membuat Raisya benar-benar teruja.

Raisya melangkah mendekati suaminya. Dia menjengketkan kaki lalu mencium pipi suaminya. Qarizh yang sedang leka memerhati reaksi isterinya terkejut dan teruja dengan tingkah laku Raisya.

"Thanks hubby. I love you" luah Raisya tanpa segan silu.

"I love you more darling." Balas Qarizh lalu mencium dahi isterinya.

"Jom kita makan dulu okay."

Qarizh tarik kerusi lalu mengarahkan Raisya duduk di situ. Mereka menikmati makan malam yang indah dengan hembusan bayu yang menghembus menambahkan lagi suasana romantik malam itu.

Selesai makan malam mereka menikmati permandangan malam sambil memanaskan badan dengan menghadap unggun api yang terpasang. Macam-macam cerita mereka bualkan termasuk kenangan pertemuan pertama mereka dahulu.

"Hubby, isnin ni Wany nak datang rumah tau. Ada benda dia nak bincang katanya."

"Owhh... Hal apa?"

"Tak tau pulak. Agak-agak ada kaitan hubungan dia dengan Saiful tak?" Tanya Raisya.

"Mungkin kot. Entah-entah Saiful nak propose Wany agaknya." Kata Qarizh.

"Kalau betul bestnya. Tak sabar pulak." Raisya pamer wajah teruja.

"Diorang yang nak kahwin tapi sayang pula yang teruja."

"Mestilah teruja, Wany kan kawan baik sayang. Hubby tak teruja ke Saiful nak kahwin?".

"Tak lah. Hubby teruja dengan sayang je." Jawab Qarizh sambil mencuit hidung isterinya.

"Hishh... hubby ni. Mengada-ngada pulak." Sempat Raisya cubit paha suaminya.

"Sakitlah yang..." Dia menggosok-gosok tempat yang dicubit Raisya. Raisya hanya ketawa.

"Hubby... Jom masuk khemah. Sejuk sangat laa..." meleret kata-kata Raisya sambil menarik tangan suaminya.

"Sayang masuk dulu. Hubby nak kemas barang-barang ni kejap." Jawab Qarizh lalu bangun mengemas dan menyusun barang- barang di meja yang disediakan.

Malam itu berlalu dengan indah. Qarizh teruja kerana dapat menunaikan hasrat isterinya. Qarizh berjanji dengan dirinya yang dia akan menjaga dan menghargai Raisya sebaik mungkin. Peluang yang diberi kali ini akan digunakan sebaiknya untuk membahagiakan rumahtangganya. Walaupun dia tidak pernah terfikir akan merasai kebahagian disayangi dan dicintai sebegini tetapi akhirnya dia mendapat peluang itu. Dia sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan padanya.

Kehadiran Raisya betul-betul mengubah hidupnya. Mengembalikan rasa kasih, sayang dan cinta yang telah lama terpadam dalam hati. Kini semuanya sudah mekar kembali.

Keesokan harinya mereka berjalan-jalan sekitar tanah rata dan Brinchang. Mereka melawat beberapa ladang strawberi dan juga ladang teh. Raisya sibuk membeli sayur- sayur segar. Dia bercadang untuk membuat 'steamboat' untuk menu malam ini. Qarizh layankan sahaja kerenah isterinya.

Pengalaman camping 3 hari 2 malam di tapak kem perkhemahan Sungai Pauh antara kenangan terindah untuk Qarizh dan Raisya. Minat yang sama memudahkan mereka berdua untuk memenuhi masa terluang dengan aktiviti perkhemahan. Mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah. Raisya mahu meminta izin pada Qarizh untuk bekerja semula.

"Hubby...."meleret suara Raisya memanggil suaminya yang leka memandu.

"Ye sayang. Kenapa?".

"Boleh tak kalau sayang nak kerja balik?"

"Aik... kenapa pulak?".

"Sayang bosan la. Kalau kerja seronok sikit. Kalau hari-hari duduk rumah, makan, tidur je confirm gemuk." Bebel Raisya.

"Kalau nak kerja boleh tapi ada syarat." Kata Qarizh.

"Alaaa... Bersyarat pulak hubby ni." Raisya tak puas hati.

"Nak kerja ke tak?" "Okay lah.apa syaratnya?"

"Sayang jadi PA hubby je. Macam sebelum ni."

"Habis tu kak Fatin macam mana?"

"Kerja je la macam biasa. Sayang ada tugas-tugas khas. Kena ikut hubby pergi mana-mana. Setuju ke tak?"

Raisya berfikir- fikir sendiri. Bagus juga offer ni. Senang la dia nak menempel dengan suami dia. Susah lah penyondol nak dekat nanti fikirnya.

"Okay, sayang setuju. Bila boleh mula kerja boss?" Raisya sengaja mahu mengusik suaminya. Qarizh cubit pipi Raisya yang semakin menggebu.

"Bila -bila pun boleh. It's up to you." Balas Qarizh sambil tersenyum.

Tak kisah la apa pun permintaan Raisya, Qarizh akan cuba tunaikan selagi termampu. Kehidupannya kini sangat bahagia di samping isteri dan bakal anak nya ini.

Gila-gila Terjatuh CintaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon