23. KETIBAAN TETAMU

1.5K 69 5
                                    

*** dalam kesibukan nak launching ebook baru esok saya belanja lagi satu chapter untuk you all. Doakan jualan ebook baru saya melepasi target ye. Thanks semua 🥰

Selamat tersenyum 😁
Semoga terhibur 🙏

**************************************************

Pagi-pagi lagi Raisya dah bangun menyiapkan sarapan. Dia tak mahu lewat keluar membeli barang dapur. Kalau lambat nanti lambat la dia mula
memasak. Dah sepuluh minit Raisya menunggu Qarizh keluar dari bilik tapi tetap tak keluar juga. Raisya mula bengang. Nanti kalau lambat Raisya juga yang jadi tempat melepaskan kemarahannya.

Raisya melangkah ke arah pintu bilik Qarizh. Dia ketuk berulang kali. Tiada respon. 'nak buka ke tak' tanya Raisya dalam hati. Nak buka takut ternampak benda tak sepatutnya. Nak tunggu takut lambat pula. Tak kan nak naik grab.

'kalau tau aku bawa kereta sendiri je semalam' bisik Raisya.

Dia nekad mahu membuka pintu bilik Qarizh. Tombol dipulas. Senyap sunyi sahaja. Dia toleh ke arah katil, sekujur tubuh masih sedap bergulung dalam selimut. Raisya mula geram. Dia melangkah mendekati Qarizh. Digoyang-goyangkan kaki Qarizh.

"Awak... Bangunlah. Kata nak pergi beli barang dapur." Tiada respon.

Raisya lihat wajah Qarizh sedikit kemerahan. Dia letakkan belakang tapak tangannya di dahi Qarizh. Panas!

"Awak... Awak demam ni. Bangunlah makan ubat." Kata Raisya panik.

Dia pergi ke bilik air lalu mengambil tuala dan air. Dia ambil juga air minum di dapur. Raisya duduk di birai katil bersebelahan dengan Qarizh. Digoyang- goyangkan bahu Qarizh.

"Awak bangunlah." Panggil Raisya lagi.

Risau hatinya melihat Qarizh hanya berdiam diri. Qarizh cuba membuka matanya perlahan. Badannya rasa terlalu lemah. Saat matanya terbuka dia lihat wajah Raisya yang kerisauan.

"Awak, makan ubat dulu ye." Raisya hulur kan 2 biji ubat dan segelas air. Qarizh telan ubat yang dihulurkan.

Raisya alihkan selimut yang menutupi badan Qarizh. Dia tutup suis penghawa dingin.

"Awak, jom mandi dulu. Kita kena turunkan suhu badan awak ni. Panas sangat." Kata Raisya. Qarizh hanya mampu menggeleng. Dia tak larat nak berjalan.

"Kalau macam tu saya lap badan awak kat sini ye. Meh saya bukakan baju."

Tiada lagi rasa malu dan segan di hati Raisya. Dia hanya risaukan suaminya sekarang ni.
Raisya bukakan baju suaminya lalu mula mengelap keseluruhan badan suaminya yang sasa. Dia lap juga dahi dan membasahkan rambut suaminya dengan air. Qarizh merasa sedikit lega.

"Hubby sejuk. Tolong selimutkan". Kata Qarizh tiba-tiba. Raisya terdiam sejenak. Terkejut dengan nama panggilan yang diguna. 'Mengigau ke Qarizh ni' bisik hati kecil Raisya.

Raisya tarik selimut menutupi badan suaminya. Dia melangkah ke dapur untuk mengambil sarapan untuk suaminya itu. Dalam fikiran masih berlegar-legar lagi panggilan yang disebut-sebut Qarizh tadi.

"Dia sedar ke tak agaknya?" Raisya bertanya sendiri.

"Tak kan la mengigau". Masih lagi Raisya bercakap sorang-sorang.

Raisya angkat dulang yang berisi sarapan dan dibawa masuk ke bilik Qarizh. Dulang diletakkan di atas meja di tepi katil. Dia tepuk-tepuk bahu Qarizh lembut.

"Awak... Jom sarapan dulu. Nanti perut kosong gastrik pulak." Qarizh berpaling memandang Raisya.

Dia cuba bangun di bantu Raisya. Dia menyandarkan badan di kepala katil. Badannya masih terasa lemah tetapi suhu badan sudah mula normal.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now