41. PERKHEMAHAN ROMANTIK

1.6K 54 6
                                    

Disebabkan Hari Wanita Ash belanja lagi satu bab. Tak lama lagi nak habis dah kisah Qarizh dan Raisya ni. Pada yang belum follow media sosial Ash jemput follow ye. Thanks semua support Ash. Selamat Hari Wanita! Semoga kalian menjadi wanita terbahagia di dunia dan akhirat 🥰🥰🦋🦋

**************************************************

Raisya leka bersiap-siap dari tadi. Tak sabar nak menunaikan hasrat hati untuk aktiviti camping yang romantik yang dirancang oleh encik suami demi memenuhi hasrat cik isteri. Sehingga sekarang Raisya masih belum tahu ke mana Qarizh akan membawanya. Jujurnya Raisya sendiri tak kisah walau ke mana pun janji dapat ber 'camping'. Tengah pregnant pun boleh mengidam berkhemah juga.

"Hubby dah siap ke belum?" Tanya Raisya pada Suaminya yang dari tadi sibuk di dapur membuat persediaan bahan makanan.

"Sikit je lagi. Sayang duduk dulu." Raisya duduk di sofa sambil goyang-goyang kaki. Bahagianya hidup di layan macam puteri.

"Kita nak pergi kem mana hari ni?" Masih tak puas hati bila Qarizh masih mahu merahsiakan.

"Adalah... kan hubby cakap rahsia."

"Ermmm... Make sure romantik tau?"

"Ye sayang... Hubby confident memang romantik habis nanti."

Raisya mengangguk- angguk kan kepala. Masih membayangkan macam mana agaknya perkhemahan romantik.

"Okay done! Jom kita gerak." Qarizh hulurkan tangan pada isterinya lalu di sambut Raisya. Mereka melangkah beriringan ke kereta.

Hampir dua jam Qarizh memandu, mereka hampir ke tempat yang di tuju. Raisya yang baru terjaga dari lena memandang ke luar tingkap. Cuba memastikan di mana destinasi mereka.

"Hubby, kita dekat Cameron Highland ke?" Tanya Raisya teruja.

"Ye sayang." Jawab Qarizh sambil tersenyum pada isterinya. Seronok bila nampak wajah teruja si isteri.

"Woww... tak sabarnya."

Sampai di tapak perkhemahan Sungai Pauh. Qarizh menguruskan semuanya. Setelah mendapat tapak dia mula memasang khemah dan semua peralatan lain. Raisya yang sibuk mahu membantu hanya di minta duduk berehat sahaja.

Sekejap sahaja semuanya berjaya disempurnakan. Petang itu mereka menikmati minum petang sambil melihat permandangan indah di tapak perkhemahan ini. Dikelilingi kehijauan dan cuaca yang sudah mula terasa sejuknya.

Selesai solat maghrib Qarizh mula memasak untuk 'candle light dinner' mereka malam itu. Raisya berbaring di dalam khemah sambil membelek telefon. Qarizh tidak membenarkan dia keluar selagi tidak dipanggil. Sedang seronok berbaring telefonnya berbunyi. Tertera nama Wany di skrin telefon.

"Assalamualaikum sahabatku."

"Waalaikumsalam sahabatku" mereka berdua ketawa.

"Weh, kau kat mana?"

"Kat Cameron Highland. Kenapa?"

"Serius la? Aku baru nak ajak keluar. Kau buat apa kat Cameron?".

"Pergi trip camping." Jawab Raisya teruja.

"Amboii... Ini ke plan trip camping romantik tu?" Tanya Wany teruja.

"Yup! Best wei. Sejuuukkk."

"Bukan main lagi ye. Lepas dapat hubby dia balik dah mula la nak menggedik."

"Alah, aku gedik dengan husband aku je kot."

"Kau memang mengidam ke atau saje nak kenakan laki kau tu?" Tanya Wany selamba. Raisya dah ketawa mengekek.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now