33. DENDAM

1.2K 56 4
                                    

Hujung minggu ini Raisya dan Qarizh balik ke banglo Tan Sri Reezal. Dah lama mereka tidak balik ke sini. Semua ahli keluarga Raisya berkumpul minggu ini. Kedua-dua abangnya juga ada bersama keluarga masing-masing. Riuh rendah rumah keluarga Tan Sri dengan kehadiran anak cucu nya.

Mereka makan tengahari bersama-sama. Bila dah berkumpul ramai-ramai mula la aktiviti usik mengusik. Raisya yang duduk di sebelah Qarizh selalu menjadi bahan usikan abang-abangnya.

"Adik kita ni makin lama nampak makin berseri-seri la kan Rafiq." Kata Raykal abang Raisya.

"Betul la. Berseri lain macam. Bahagia sangat kot." Raisya mula menjeling kedua abangnya itu. Dah tau dah niat kedua abangnya memang nak mengusik dia.

"Mestilah bahagia. Ada suami kacak, bijak, tegap, eh kira perfect lah!" Jawab Raisya tak nak kalah.

Dalam masa yang sama dia melentokkan kepala ke bahu suaminya. Qarizh hanya tersenyum melihat perangai Raisya.

"Amboiii... bukan main lagi. Dulu masa suruh kahwin bukan main menangis sakan. Siap berkurung dalam bilik." Kata Rafiq. Yang lain ketawa mengimbau kembali kejadian lalu.

"Eiii... Teruk la abang ni. Jangan la throwback benda yang tak best. Saja je nak malukan Raisya."

"Eh betul lah. Merayu-rayu kat daddy tak nak kahwin.
Sekarang melekat dah macam belangkas."

"Abang cemburu ke apa ni? Kalau cemburu pergi la melekat macam ni.

Masing-masing dah ada partner kan." Raisya tetap menjawab. Selagi dia tak menang memang dia tak kan mengalah.

"Nanti dah ada baby baru dia tau kan mummy. Tak dapat nak manja dengan hubby dia lagi." Raykal tak puas hati. Mummy dan daddy mereka hanya ketawa melihat ragam anak-anak mereka.

"Tengoklah diorang bertiga tu Qarizh, dah besar panjang kalau berjumpa tetap nak bergaduh." Kata Tan sri Hasnul sambil ketawa.

Qarizh seronok melihat kebahagian keluarga Raisya. Dia tak berpeluang seperti ini kerana dia adalah anak tunggal.

Petang itu Qarizh, daddy dan kedua abang Raisya pergi bermain golf. Tinggal la yang perempuan dan anak-anak kecil di rumah. Raisya sedang leka berbaring di atas katil dalam biliknya. Rindu pada biliknya ini. Dia memang jarang balik ke sini sejak berkahwin.

Sedang dia berbaring santai, telefonnya berbunyi. Nama Cik Rina tertera di skrin telefonnya. Berkerut dahi Raisya berfikir sebab Rina call. Mungkin perlukan bantuan.

"Hello Cik Rina"

"Hello Raisya, boleh tolong saya tak? Saya kena kejar dengan lelaki jahat yang Raisya pukul dulu."

"What!? Cik Rina kat mana ni?"

"Ada dekat area hotel gemilang. Nanti saya share location. Raisya datang tau. Saya tak tau nak minta tolong siapa."

"Okay baik-baik."

Selepas meletakkan telefon tanpa berfikir panjang Raisya terus bersiap. Dia memaklumkan kepada mummynya dahulu. Katanya ada kawan nya dalam kesusahan.

"Raisya memandu mengikut arah lokasi yang dihantar oleh Cik Rina. Dia sudah meletakkan kenderaan di tempat parkir. Dia perhati sekeliling tak ada yang nampak mencurigakan. Telefonnya berbunyi lagi.

"Raisya dah sampai ke? Datang bilik 511, tingkat 5. Saya sembunyi kat dalam tu. Saya takut Raisya. Tolong saya."

Bunyi tangisan Cik Rina buat Raisya tak tentu arah. Dia cuba bertenang. Dia keluar dari kereta. Dia melangkah ke lobi hotel.

"Opsss saya minta maaf."

Seorang lelaki melanggar kuat bahu Raisya. Raisya hampir terjatuh.
Raisya berpaling ke arah lelaki itu lalu mengangguk. Lelaki yang sama masuk ke dalam lift bersama Raisya. Dia tersenyum manis pada Raisya. Raisya membalas senyumannya. Di fikirannya hanya memikirkan nasib Rina sahaja.

"Raisya melangkah mencari bilik 511. Sampai di depan pintu bilik dia bunyikan loceng berkali-kaki namun senyap. Tiba-tiba lelaki tadi berdiri disebelahnya.

"Cik cari siapa ye?"

"Kawan saya. Katanya dia ada dalam bilik ni."

"Cik salah bilik ni. Ni bilik saya."

"Encik jangan nak menipu ye. Encik ke yang kurung kawan saya kat sini."

"Apa maksud cik ni. Jangan sembarangan menuduh. Kalau tak percaya masuklah tengok sendiri." Lelaki itu membuka pintu bilik menggunakan kad access ditangannya.

Selepas pintu terbuka dia menyuruh Raisya masuk mencari Rina. Raisya masuk sedikit sahaja lalu diikuti lelaki itu di belakangnya. Dia memanggil nama Rina berkali-kali tiada jawapan. Akhirnya dia keluar dari bilik itu.

Dia telefon semula nombor Rina namun tidak berjawab. Dia mengeluh kesal. Kenapa agaknya Rina buat dia macam ni.

"kenapa la aku bodoh sangat percaya perempuan tu. Tak pasal-pasal kena prank" Raisya membebel sendiri.

Di tempat letak kereta pula Rina sedang ketawa gembira melihat Raisya melangkah keluar dari Hotel itu. Telefon Rina berbunyi.

"Ye Cik Tiara. Saya dah buat macam yang Cik Tiara nak. Saya akan hantar gambar-gambarnya. Cik Tiara jangan risau, plan kita pasti menjadi kali ni." Rina tamatkan panggilan.

Dia bersandar di tempat duduk keretanya. Tak sabar mahu melihat kejatuhan Raisya. Dia membenci Raisya sejak Raisya masuk bekerja di syarikat ini.

Semua tumpuan lelaki kepada Raisya. Dia
sudah diketepikan. Offer dari Cik Tiara dia
sambut dengan gembira. Lagi-lagi dia
memang perlukan kewangan yang banyak
untuk membayar hutang-hutang nya.

Lelaki di hotel tadi pun merupakan lelaki yang
dipergunakan untuk melempiaskan nafsunya
selama ini. Dia keluar dari kereta selepas
melihat Raisya berlalu pergi dari situ. Dia
melangkah ke dalam hotel dan pergi ke bilik
511 tadi.

Dia akan mendapatkan gambar-
gambar Raisya tadi. Rina juga telah
berpesan kepada jurugambar profesional
yang diupah untuk mendapatkan angle yang
paling menarik dan kelihatan mesra. Biar gambar yang berbicara walaupun perkara sebenar tidak seperti dalam gambar.

"Kau tunggu Raisya! Saat kejatuhan kau akan tiba!" Bisik Rina perlahan namun penuh kemarahan.

Raisya yang kebingungan terus pulang
ke rumah. Puas di fikirkan apa faedahnya
Rina mempermainkan nya begini. Tak kan
sekadar suka-suka nak 'prank' dia. Rina
bukannya budak muda remaja lagi mahu
berbuat begitu. Penat berfikir akhirnya

Raisya putuskan untuk melupakan sahaja. Tunggu sahajalah apa yang berlaku nanti. Mungkin betul dia sekadar mahu mempermainkan.

Akhirnya Raisya sampai di rumah daddy dan mummynya. Dia lihat kereta milik suami dan daddynya masih belum ada.

'lelaki ni kalau dah main golf terus lupa isteri kat rumah' bebel Raisya sendiri sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

*****************

Kalau sempat kita tamatkan minggu ni yer... KALAU SEMPAT TAU!! 😂😂

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now