6. TUNANG YANG KEJAM

1.4K 60 1
                                    

Lagi beberapa hari majlis pernikahan Raisya Zahra dan Qarizh Naufal akan dilangsungkan. Sejak mengikat tali pertunangan mereka lansung tidak
berhubung. Sama ada melalui telefon mahupun berjumpa. Masing-masing buat hal sendiri. Seperti tiada apa yang berlaku. Urusan persiapan majlis juga dibuat oleh ahli keluarga mereka. Sewaktu fitting baju pernikahan dan persandingan pun mereka pergi berasingan.

Raisya termenung. Hari ini dia perlu menghadiri temuduga di salah sebuah syarikat di mana dia menghantar resume. Dia mengambil keputusan untuk pergi interview tersebut. Dia sudah memaklumkan
kepada mummy dan daddynya. Walaupun
pada mulanya Tan Sri Reezal tidak mengizinkan namun setelah dipujuk oleh Raisya dia bersetuju.

Pagi itu dia bersiap untuk ke sesi temuduga. Tan Sri Reezal meminta pemandunya untuk menghantar Raisya. Katanya Raisya berdarah manis sekarang ini. Perlu kemana-mana berteman. Raisya ikutkan sahaja. Yang penting dia dapat pergi. Raisya menekan lift untuk naik ke tingkat 8 di mana tempat interview
dijalankan. Setelah diberi penerangan dia duduk di bilik menunggu. Terdapat beberapa calon lain. Dalam hati tidak mengharapkan apa-apa pada interview kali ini memandangkan dia tidak membuat persediaan rapi akibat tertekan dengan setiap perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Tapi apa yang penting ialah mengambil pengalaman.

Selepas sorang-sorang di panggil. Akhirnya sampai ke giliran Raisya. Dia melangkah masuk ke bilik temuduga dengan yakin. Terdapat 3 orang penemuduga dihadapannya.

"Boleh kenalkan diri?" Kata salah seorang panel.

"Assalamualaikum, saya Raisya Zahra binti Reezal Zainal, umur saya 24 tahun. Berasal dari kuala lumpur."

"Ermm macam pernah jumpa la. Raisya kan?" Tanya salah seorang penemuduga. Raisya pandang mukanya. Erk! Saiful.

"Owh encik Saiful ke? Maaf saya tak perasan." Jawab Raisya. Malunya dia saat ini. Kalau dia tahu dia tak datang temuduga ni. Ini kawan tunangnya sendiri.

"Raisya apa khabar? Sihat?" Tanya Saiful.

"Alhamdulillah sihat."

Sesi temuduga mereka bertukar kepada sesi borak-borak ibarat baru bertemu kawan lama. Namun Raisya agak pelik bila melihat penemuduga yang berada ditengah tengah. Dari awal berselindung disebalik fail dan lansung tidak bersuara.

"Macam ni la Raisya, nanti apa-apa kami contact semula ye." Kata Saiful.

"Okay tak ada masalah.". Jawab Raisya. Dia tak kisah. Dia memang tak berharap dari awal.

"Cuma soalan terakhir saya, kenapa Raisya tak kerja dengan Tan Sri?"

"Dari awal saya plan nak cari pengalaman dulu. So, saya decide untuk kerja dengan orang lain." Jawab Raisya yakin.

"Okay faham. Kalau ada apa-apa keputusan kami akan inform semula ye. Thanks Raisya berminat untuk bekerja dengan syarikat kami." Kata Saiful mengakhiri sesi temuduga itu.

Raisya beri tunduk hormat lalu melangkah keluar dari bilik temuduga itu. Dapat hadir temuduga pun dia dah puas hati. Tak sangka Saiful kerja di syarikat itu. Bukan calang-calang jawatan pulak tu. Kalau Hana dengan Wany tau ni mesti diorang teruja.

Raisya masuk ke dalam kereta. Abang Yusof pemandu papa dah sedia menunggu di lobi bangunan tersebut. Baru sahaja kereta bergerak telefon Raisya berbunyi. Panggilan dari nombor yang tak dikenali. Dia leretkan skrin telefon.

"Assalamualaikum." Kata Warda menjawab panggilan itu.

"Waalaikumsalam."jawab suara yang Raisya tidak kenali.

"Ya encik. Ada apa?" Tanya Raisya lagi

"Aku nak jumpa kau kejap."

"Awak siapa ye?" Soal Raisya lagi. Tiba- tiba je nak jumpa.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now