20. PA SEMENTARA

1.4K 60 7
                                    

Raisya makan tengahari di cafe dalam banggunan office nya sahaja hari ini. Dia makan seorang diri. Fit keluar bertemu client di luar, jadi Raisya keseorangan. Kebiasaanya dia makan bersama dengan Fit.

"Makan seorang je hari ni? Boleh i join?" Sapa Haykal.

"Errr... Ye sorang. Fit keluar." Jawab Raisya tergagap.

Dia kekok sebenarnya bila dengan Haykal. Sikap Haykal yang kadang- kadang terlebih mesra dengannya buat dia rasa lain macam. Lagipun dia tak suka dikaitkan dengan ketuanya ini. Raisya paling nak elak ada gosip-gosip tentang dia dengan sesiapa pun.

Haykal dengan selamba duduk depan Raisya. Dia memanggil pelayan untuk membuat pesanan.

"Dah hampir sebulan you kerja kat sini, macam mana you rasa? Okay?" Soal Haykal sambil mata memandang ke wajah Raisya.

Dari awal dia dah menyimpan hati pada pekerja barunya ini. Cuma Raisya ni agak dingin orangnya. Jarang berbual dan sentiasa fokus dengan kerjanya.

"So far okay je." Jawab Raisya pendek.

Dia mahu cepat-cepat habiskan makanannya dan beredar dari sini. Dia nampak ada mata- mata yang melihat ke arah mereka berdua.

"You free tak weekend ni? I nak ajak you temankan i." Haykal masih tak putus asa. Cuba menarik perhatian Raisya.

"Maaf encik Haykal, saya sibuk hujung minggu. Balik rumah parents." Jawab Raisya.

Tak pelah kalau kena berbohong sekalipun. Untuk keluar dengan ketuanya ini memang dia akan elak selagi boleh.

Tiba-tiba telefon Haykal berbunyi. Dia angkat cepat.

"Ye Tuan, baiklah saya datang sekarang."

"Okay Raisya saya kena gerak dulu. Big boss nak jumpa." Kata Haykal lalu melangkah dengan cepat.
Raisya menarik nafas lega. Nasib baik. Raisya habiskan makanannya lalu meninggalkan cafe itu.

Haykal menekan butang lift lalu naik ke tingkat paling atas yang menempatkan bilik CEO. Dia melangkah dengan begitu cepat sekali.

Jarang Tuan Qarizh nak berjumpa dengan staff. Kali ni dia pelik kenapa Tuan Qarizh tiba-tiba mahu berjumpa. Biasanya semua arahan akan disampaikan melalui Encik Saiful. Pintu bilik CEO di ketuk. Terdengar suara mengarahkannya masuk.

"Assalamualaikum Tuan Qarizh."

"Waalaikumsalam. Duduk Haykal."

"Macam mana kerja-kerja di department you? Semua berjalan lancar ke.?" Soal Qarizh tenang.

Dalam hati jangan ditanya. Kepanasan melampau bila melihat Haykal duduk semeja dengan isterinya tadi.

"Semua okay tuan. Kerja-kerja semua on progress ikut dateline."

"So far staff you okay ke? Atau masih tak cukup?"

"Semua okay tuan. Lebih dari cukup." Jawab Haykal yakin.

Pelik pula dia bila ceo sendiri bertanya hal staff. Tak pernah-pernah lagi sepanjang 5 tahun dia bekerja. Masa ni lah dia nak tunjukkan kehebatannya sebagai ketua. Mana tau boleh jadi orang kepercayaan Tuan Qarizh.

"Okay macam ni Haykal, i dapat tau ada staff baru masuk ke department you. I bercadang nak pinjam staff you untuk jadi PA i untuk sementara waktu. Sebab PA i yang sekarang akan bersalin lagi 3 bulan. So, lepas bincang dengan admin dan mereka setuju. Apa pendapat you?"

"Ermmm... Boleh tu memang boleh tuan
cuma saya tak pasti dia boleh atau tak buat
kerja-kerja sebagai PA. Takut dia tak boleh
adapt dengan kerja yang tiada kaitan dengan
bidang dia sahaja." Panjang alasan Haykal.

Sebenarnya dia tak setuju bila Tuan Qarizh
nak meminjam Raisya. Selain dari dia nak
berdekatan dengan Raisya, Raisya juga
adalah aset department nya. Kehadiran Raisya banyak meringankan kerja-kerja dia. Raisya tak berkira kerja dan sentiasa fokus dengan kerjanya.

"Itu tak jadi masalah. Ada masa 3 bulan untuk dia belajar dengan PA i sekarang ni. So i harap you boleh inform pada staff you. Next week dia akan start kerja di sini." Qarizh mengeluarkan arahan dengan jelas. Malas mahu mendengar alasan lagi. Dia yang akan buat keputusan.

Tujuan dia memanggil Haykal pun adalah untuk menjauhkan Raisya dari Haykal. Sakit hatinya bila tenampak Haykal duduk berdua dengan Raisya tadi.

"Baik Tuan Qarizh. Saya akan maklumkan pada Raisya nanti."

"Okay, kalau dah faham awak boleh pergi."

Haykal melangkah keluar dari bilik CEO nya. Otaknya ligat berfikir kenapa Raisya yang dipilih menjadi PA sementara CEO nya itu. Pelik. Ramai lagi kerani yang ada dibahagian admin yang lebih sesuai. Raisya juga yang dimahukannya.

Haykal sampai ke tingkat yang meletakkan ruang kerjanya. Dia lihat Raisya sedang tekun membuat kerjanya.

"Raisya, masuk bilik saya sekejap." Kata Haykal.
Raisya memandang ke arah Haykal. Dia menangguk. Lalu Raisya bangun dan mengekori Haykal.

"Ada apa encik Haykal?" Tanya Raisya.

"Ceo nak you ganti tempat PA dia. You kena jadi PA sementara dia." Raisya pelik. Berkerut dahinya.

"Kenapa saya encik Haykal."

"Saya pun tak pasti. Katanya dia dah berbincang dengan bahagian admin dan diorang pilih awak."

"Bila start?".

"Minggu depan. Nanti PA Dia akan ajar you. So next week you terus kerja kat tingkat atas sekali ye." Kata Haykal lagi.

Raisya mengangguk. Walaupun Keliru dia menurut juga. Tak apalah. Ada juga pengalaman baru yang boleh disimpan sebagai panduan akan datang.
Raisya menyambung kerjanya semula. Raisya dan kerja tak boleh dipisahkan.

"Raisya, aku dengar cerita kau kena ganti PA big boss buat sementara. Betul ke?" Tanya fit yang tiba-tiba muncul.

"Ya Allah, kau dah kenapa datang- datang tak ada salam terus terjah aku. Terkejut la." Marah Raisya.

"Tak sempatlah aku nak bagi salam. Cerita hot sangat ni. Betul ke?" Tanya fit lagi. Gayanya tak sabar sangat nak tau. Raisya hanya mengangguk tanda mengiyakan.

"Serius laa wei?" Fit masih tak puas hati.

"Tak percaya sudah."

"Tapi kenapa kau Raisya? Kau tau tak kau untung giler dapat jadi PA boss. Dah la kacak, sado, handsome. Pendek kata perfect!

Kitaorang yang dah lama kerja ni nak jumpa dia pun susah." Raisya hanya berdiam diri. Tak pernah pun dia ambil tau siapa ceo mereka.

"Kan aku dah cakap dari awal dia ada kabel." Tiba-tiba Rina menyampuk.

Pandangan tajam diberikan pada Raisya. Raisya menyambung kerjanya tadi. Malas mahu melayan provokasi yang dibuat oleh Rina. Rina sampai bila-bila pun memang tak akan puas hati dengannya.

"Eh kau ni Rina, tak baiklah. Kira rezeki Raisya la tu dapat kerja direct dengan big boss". Fit tak puas hati dengan kata-kata Rina.

"Entahlah Fit, aku ni ikut je arahan. Zaman sekarang susah nak dapat kerja. Baik aku jaga kerja aku baik-baik." Kata Raisya selamba sambil tangan masih membuat kerja-kerjanya.

Segaja dia berkata begitu. Memang ditujukan untuk Rina sebenarnya. Dari sibuk hal orang baik buat kerja sendiri.

"Kau pun tak perlu nak berlagak sangat. Baru jadi PA sementara boss je bukan isteri boss."

Fit dan Raisya mengeleng-geleng kepala melihat sikap Rina. Entah apa yang dia tak puas hati dengan Raisya, ada je yang tak kena. Raisya dah malas mahu memanjangkan isu. Dia fokus semula pada kerja-kerja. Raisya rasa lega juga bila lepas ni tiga bulan tak perlu hadap sikap Rina yang annoying tu. Harap big boss dia baik orangnya. Mesti lebih kurang sebaya daddy. Entah-entah dia kenal daddy. Fikir Raisya.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now