8. ISTERI ATAS KERTAS

1.5K 56 2
                                    

Selepas selesai check out tengahari itu Raisya pulang ke rumah Daddynya. Dia berhajat mahu mengambil beberapa barangan keperluannya. Dia akan tinggal di rumah sewanya kembali.

Sebelum ini Raisya memang sudah merancang mahu tinggal di rumah sewa itu sehingga dia mendapat pekerjaan. Wany dan Hana juga mahu tinggal bersama sekiranya mereka diterima bekerja di Kuala Lumpur.
Sementara kawan-kawannya masih belum mendapat tawaran pekerjaan, Raisya akan tinggal di sana seorang diri. Tiada masalah untuk Raisya tinggal bersendirian kerana dia sudah biasa. Lagipun jiran- jirannya agak baik juga.

"Raisya, mana Qarizh? Balik seorang je ke." Tanya mummy bila nampak anak gadisnya masuk ke dalam rumah sendirian.

"Qarizh pergi beli barang mummy. Nanti kami terus jumpa di kondo dia. Lagipun Raisya nak balik ambil kereta kan." Jawab Raisya begitu yakin. Dia sudah merancang semua jawapan sebelum pulang tadi.

"Raisya kejap je ni mummy, nak ambil barang sikit." Sambung Raisya lagi sambil memeluk lengan mummynya. Dia memang manja.

"Tak tunggu lunch dulu ke? Boleh jumpa daddy. Kejap lagi balik la tu." Kata mummy pula.

"Tak la mummy. Nak cepat. Nanti Raisya balik lagi okay." Jawab Raisya sambil melangkah naik biliknya.

Bukan tak suka berlama-lama di rumah ini tetapi risau takut banyak persoalan yang boleh menjerat diri.
Raisya mengemas-ngemas barang-barang yang diperlukan lalu memandu ke rumah sewanya. Tak banyak barang yang dibawa kerana barang-barang di rumah sewanya sudah mencukupi. Cuma barang yang penting sahaja di bawa.

Di hotel pula Qarizh mula marah bila dia pergi ke bilik Raisya tetapi Raisya tiada. Dia mencari Raisya di suite khas untuk mereka berdua juga tiada. Barang-barang Raisya juga sudah tiada. Cuma hanya tinggal satu nota di atas sehelai kertas kecil.

'nanti awak tolong check out ye. Saya
ada perkara nak diuruskan. Anyway selamat
pengantin baru suami ;-).' ~ Raisya Zahra.

Qarizh melangkah keluar dari bilik itu dengan wajah bengang. Dia ambil barang- barangnya lalu terus ke lobi hotel untuk check out. Dia bercadang mahu mencari Raisya. Nak hubungi Raisya bertanya sendiri terasa egonya tercabar pula. Nanti Raisya akan fikir yang dia ambil berat tentang Raisya.

Dia mendengus kuat. Geram pada si isteri yang suka buat sesuatu tetapi tidak memberitahu dia. Dia menghalakan pemanduannya ke kondonya. Dia perlu
bertenang untuk menghadapi Raisya Zahra. Itulah yang difikirkannya sekarang ini.

Sampai di kondo dia duduk di sofa di ruang tamu. Gambaran wajah si isteri menghantui dirinya. Rasa ingin tahu terlalu kuat sehingga dia jadi tak tentu arah. Seperti kucing hilang anak pun ada gayanya. Telefon di atas meja dicapai. Nama Raisya di cari lalu di menekan butang 'call'. Baru beberapa deringan panggilannya di jawab.

"Kau kat mana?" Tanya Qarizh tanpa salam.

"Assalamualaikum" Raisya pula memulakan kata. Dapat Qarizh bayangkan muka sinis Raisya di ketika ini. Bertambah bengang jadinya.

"Waalaikumsalam. Aku tanya kau kat mana?" Soal Qarizh lagi dengan suara yang mula meninggi.

"Kat rumah saya la." Jawab Raisya tenang.

"Boleh tak kalau kau nak buat keputusan apa-apa inform aku dulu?" Qarizh melepaskan amarahnya. Dia rasa puas dapat melepaskan kemarahan pada Raisya.

"Kan saya dah tinggalkan nota. Awak tak baca ke?" Jawab Raisya masih mengawal suaranya.

Dia tidak mahu terikut ikut emosi Qarizh. Dia yakin lawan kekerasan adalah dengan kelembutan. Seperti api lawannya air.

"Kau cuma tulis ada urusan je. Kalau ada orang tanya aku nak jawab apa? Kau nak kita awal-awal lagi dah kantoi ke?". Luah Qarizh lagi. Masih dengan emosi marahnya.

"Awak pandai-pandai la reka alasan. Saya pun boleh buat tak kan awak tak boleh." Raisya masih menjawab dengan selamba.

Pada Raisya tidak ada isu pun kalau ditanya. Jawab je la macam biasa. Walaupun suami isteri tak semestinya selalu berkepit ke sana sini.

"Aku bukan penipu macam kau la Raisya!" Jerit Qarizh. Raisya tersentak.

Kenapa perlu marah dia sampai macam tu sekali.
Raisya terus membisu. Sekeras mana pun hati Raisya dia tetap punya perasaan. Tuduhan seperti itu di hari kedua pernikahan membuat hatinya terluka.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni." Tanpa rasa bersalah Qarizh masih lagi mahu melepaskan kemarahannya pada Raisya. Dia sendiri tak faham kenapa dia terlalu marah sehingga Raisya menjadi mangsa.

"Saya minta maaf. Saya tak tau pula isteri atas kertas macam saya ni perlu maklumkan semuanya pada awak. InsyaAllah lepas ni saya tak ulang lagi. Saya ada kerja nak buat Assalamualaikum." Jawab Raisya lalu menamatkan panggilan.

Puas dia menahan getaran pada suaranya. Selepas panggilan ditamatkan dia terus menghamburkan tangisannya. Dia menangis sepuasnya. Mahu menyesali tetapi semua dah terjadi. Mahu berkeluh kesah namun tiada siapa yang ambil kisah. Hanya dia memendam rasa kecewa dan terluka.

Selepas Raisya menamatkan panggilan Qarizh tersedar dengan kesilapan yang telah dia lakukan. Dia menyesal kerana menjadikan Raisya mangsa kemarahannya. Ayat 'isteri atas kertas' itu betul-betul merobek hati Qarizh. Sesungguhnya dia berdosa memperlakukan Raisya sebegitu.

Dia mundar mandir di dalam rumah itu. Tak tau apa perlu dilakukan. Mahu meminta maaf atau memujuk. Dia buntu. Dalam masa yang sama bisikan hatinya yang lain menyokong tindakannya.

'jangan cepat terpedaya dengan kelembutan perempuan Qarizh. Kau pernah dilayan lebih baik dari itu dulu. Tapi apa yang jadi dengan kau sekarang. Tengoklah nasib kau Qarizh.' Suara itu berjaya membuat dia merasakan tindakannya betul.

"Betul tu. Perempuan memang penuh dengan tipu daya." Kata Qarizh sendiri. Dia melangkah ke dalam biliknya. Dia mahu merehatkan diri. Tidak mahu terus memikirkan tentang Raisya lagi. Pandai la dia pujuk dirinya sendiri.

Raisya menangis sehingga dia terlelap. Dia sedar bila telefonnya berbunyi. Nama Wany tertera di skrin telefonnya.

"Ermm Wany. Kenapa?" Tanya Raisya.

"Aik... tak bagi salam tak apa terus je tanya kenapa eh." Jawab Wany pelik.

"Kau okay ke Raisya?" Tanya Wany pula.

"Aku okay je. Terlelap tadi. Tersedar sebab kau call." Jawab Raisya menyembunyikan perasaannya.

"Weh, esok aku sampai Kl tau. Aku stay kat rumah sewa kita. Nanti kau datang la." Kata Wany ceria.

Seronok dapat jumpa sahabatnya. Tak sabar nak dengar cerita Raisya yang baru kahwin dengan encik beku tu. Mesti sweet, bayangannya.

"Kau dah dapat kerja ke?" Tanya Raisya.

"Belum lagi, tapi ada interview. Kau macam mana? Esok boleh jumpa tak? Mana tau suami kau yang hot tu tak bagi pulak." Kata Wany sambil ketawa.

"Aku ada kat rumah sewa kita ni. Esok kita jumpa ye." Jawab Raisya selamba.

"Aik, bukan kau dah kahwin ke? Macam mana boleh duduk rumah sewa kita pulak?" Tanya Wany pelik.

"Esok kau sampai aku cerita la." Jawab Raisya.

"Kau bagi la aku hint sikit. Tak lena tidur aku kalau macam ni." Wany tak puas hati. Dia yakin mesti ada masalah yang menimpa sahabatnya ini.

"Esoklah kita cerita. Baru suspen sikit." Kata Raisya sambil ketawa. Begitulah sikap Raisya. Dia sangat pandai menyembunyikan perasaannya.

"Suka hati kau je kan. Geram pulak aku. Rasa nak naik bas sekarang juga." Wany masih tak puas hati.

"Weh, kau tak yah la kecoh sangat. Esok kita jumpa okay. Dah la aku nak pergi makan ni. Lapar pulak perut ni." Kata Raisya ingin menamatkan perbualan. Dia masih belum ada mood nak berbual tentang hal rumahtangganya.

"Okaylah. Kau jaga diri Raisya." Pesan Wany.

Risau pula memikirkan keadaan sahabatnya itu. 'Mesti ada perkara besar yang berlaku ni.' detik hati kecilnya.
Selepas menamatkan perbualan, Raisya bangun menuju ke dapur. Perutnya dah mula bermain lagu keroncong. Sebelum lagu rock berkumandang baik dia isi perut dulu.

Raisya makan sambil mengenang nasib dirinya.
'harapnya aku dapat kerja cepat. Baru hidup aku tak bosan macam ni'. Bisik Raisya sendiri.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now