35. MEMBAWA DIRI

1.3K 63 6
                                    

Selepas beberapa hari Qarizh tidak mempedulikan Raisya akhirnya Raisya ambil keputusan untuk membuat hal sendiri. Segala usahanya untuk berbincang juga tidak menemui jalan penyelesaian. Qarizh lebih suka mendiamkan diri dan lari dari masalah. Raisya tidak mahu terus terusan duduk dalam masalah yang tidak tahu dari mana puncanya.

Hari ini Raisya bertekad untuk tinggal di rumah sewanya semula. Mungkin dia boleh mencari semangatnya yang hilang. Di sana juga dia tidak kesunyian dia ada kawan- kawan yang boleh menghiburkannya.

Pagi-pagi lagi Qarizh telah keluar dari rumah. Memang begitulah kebiasaanya sejak beberapa hari ini. Qarizh juga tidak mahu tidur sekatil dengan Raisya lagi. Dia akan memilih untuk tidur di sofa atau di bilik sebelah. Raisya merasakan dirinya begitu jijik sekali dipandangan mata suaminya.
Selepas Qarizh keluar Raisya memasukkan beberapa helai pakaiannya di dalam beg. Dia ambil beberapa barangan keperluannya dan meninggalkan rumah ini buat sementara waktu.

Dia tulis sepucuk surat untuk suaminya yang tercinta. Harapnya dia tidak menjadi isteri yang derhaka kerana meninggalkan suaminya. Dia hanya perlukan sedikit masa untuk keluar dari segala sengketa yang sedang berlaku. Surat dikarang diletakkan di atas meja solek di dalam bilik tidur mereka. Raisya memandang keseluruh rumah ini. Rumah yang banyak memberi kenangan indah tentang dia dan Qarizh Naufal cinta pertamanya.

Sampai sahaja di rumah sewanya dia disambut meriah oleh Wany dan Hana. Raisya tidak menceritakan pada sesiapa pun berkaitan masalah rumahtangganya selama ini.

"Raisya... rindunya dekat kau. Apasal kau macam berisi semacam ni. Tak diet ke?" Selamba sahaja Wany menegurnya. Kawan- kawan Raisya tahu yang Raisya seorang yang sangat menjaga kesihatannya.

"Bahagia sangat macam ni lah." Kata Raisya.

"Amboii... cemburu lah macam ni. Rasa sekarang juga nak kahwin." Mereka bertiga ketawa riang.

Selepas berbual Raisya meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya. Dia mengemas pakaiannya. Dia masukkan semuanya ke dalam almari. Sedang leka Raisya mengemas Wany masuk ke dalam bilik Raisya.

"Raisya... kau okay ke?" Tanya Wany.

Dia tahu Raisya ada masalah. Selain dari maklumat dari Saiful dia dapat lihat sendiri perubahan sikap Raisya. Walaupun dia cuba menyembunyikan masalahnya tetapi sebagai kawan yang paling rapat dengan Raisya Wany dapat mengagak.

Raisya menoleh ke arah Wany. Dia tersenyum. Senyum yang dibuat-buat. Raisya mengangguk.

"Aku okay." Jawab Raisya.

"Jangan memendam sampai merosakkan diri Raisya. Aku ada kalau kau perlukan someone untuk meluahkan."

Raisya duduk di birai katil. Dia menunduk. Jari jemarinya diramas-ramas.

"Aku keliru. Tak tau masalah ni berpunca dari mana. Semuanya berlaku tiba- tiba. Pandangan Qarizh pada aku nampak lain. Penuh dendam, penuh kebencian, penuh kemarahan. Tapi aku tak tau puncanya." Raisya cuba meluahkan apa yang berlaku.

"Kau dah cuba berbincang dengan Qarizh?"

"Aku dah cuba. Tapi dia pilih untuk jauhkan diri. Dia mengelak. Pandang aku pun dia tak nak."

"Saiful kata hari-hari dia keluar dengan isteri tak jadi dia tu. Betul ke?". Raisya menangguk.

"Kau tak marah ke?" Tanya Wany tak puas hati.

"Pandang aku pun dia jijik, bercakap dengan aku pun dia tak nak. Kau rasa dia kisah ke kalau aku marah?" Jawab Raisya lagi.

Wany hanya menggeleng. Dia akan maklumkan apa yang berlaku pada Saiful. Dia akan minta tolong Saiful cuba selidik apa yang sebenarnya berlaku.

Gila-gila Terjatuh CintaDär berättelser lever. Upptäck nu