30. MALAM PERTAMA

1.7K 64 9
                                    

Selesai perkhemahan mereka sepanjang hujung minggu ini. Masing-masing sudah bergerak balik ke rumah. Banyak pengalaman baru untuk mereka kali ni. Maklumlah ini tapak kem yang baru di bina. Jadi masih banyak tempat yang dapat mereka explore.

Tepat jam 2 petang Qarizh dan Raisya sampai di rumah mereka. Selesai mengemas semua barang-barang camping Raisya masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan solat. Nasib baiklah mereka sudah berhenti makan tengahari lebih awal tadi.

Selesai solat Raisya terus berbaring di katilnya. Matanya terasa berat sangat tika ini. Dia mahu tidur sekejap melepaskan penat. Cadangnya petang ini dia mahu mencuci pakaian dan menyiapkan pakaian kerja untuk minggu hadapan.

Raisya tersedar bila terdengar bunyi telefonnya. Dia capai telefon sebelah. Dia menoleh ke sebelah. Jelas kelihatan wajah polos suaminya yang turut tertidur. Lengan suaminya erat di pinggangnya. Raisya meleret skrin telefon untuk menerima panggilan dari mama Qarizh.

"Assalamualaikum mama."

"Waalaikumsalam Raisya. Qarizh ada dekat rumah ke?"

"Ada mama. Kenapa?"

"Mama nak bercakap dengan dia sekejap Raisya."

"Okay kejap ye mama." Raisya pusingkan tubuhnya mengadap Qarizh. Dia tepuk lengan suaminya.

"Hubby... bangun. Mama nak cakap ni." Qarizh mengeliat.

"Kenapa sayang?"

"Mama nak cakap ni." Qarizh capai telefon dari tangan Raisya. Dia melangkah keluar dari bilik sambil berbual dengan mamanya.

Raisya melihat jam di meja menunjukkan pukul 4 petang. Dia bangun lalu masuk ke bilik air membersihkan diri. Selesai mandi dia melangkah ke arah ruang mencuci pakaian.

Siap menggosok baju-baju kerja mereka berdua Raisya melangkah ke dapur. Tekak terasa dahaga. Dia bawa segelas air ke ruang tamu. Dia mencari-cari suaminya.
'kemana pulak suami aku ni' Raisya mengomel sendiri.

"Sayang cari hubby ke?" Muncul Qarizh dari pintu utama.

"Hubby pergi mana? Senyap-senyap je keluar." Tanya Raisya.

"Ada hal sikit tadi. Sayang dah solat?"

"Dah. Baru je siap gosok baju kerja." Jawab Raisya sambil menekan button on pada televisyen. Qarizh melangkah ke arah ruang tamu lalu duduk disebelah isterinya. Bahu isterinya dirangkul erat. Di kucup lembut puncak kepala Raisya.

"Hubby ada masalah ke? Kenapa mama call?" Tanya Raisya lembut.

"Ermm... Ada masalah sikit. Tapi sayang jangan risau. Hubby boleh handle." Jawab Qarizh sambil tersenyum pada isterinya.

"Okay, tapi kalau ada apa-apa nak minta tolong beritahu ye."

"Baik sayang. Hubby nak pergi solat kejap. Oh ye, malam ni kita nak makan apa ye. Nak keluar atau nak masak?" Tanya Qarizh sebelum masuk ke biliknya.

"Kejap lagi sayang masak. Malas nak keluar."

"Okay sayang." Qarizh masuk ke dalam biliknya.

Hatinya tak tenteram sebenarnya. Kemunculan Tiara, bekas tunangnya ke rumah mama membuat dia runsing. Dia yakin Tiara ada rancangan tertentu.

Raisya pula terus melangkah ke dapur melihat bahan-bahan yang ada untuk dimasak sekejap lagi. Setelah melihat bahan-bahan yang ada dia bercadang mahu memasak tom yam campur dan ayam goreng kunyit untuk menu malam ini. Dia terus membuat persediaan bahan-bahan masakannya.

Sebelum azan maghrib dia sudah siap memasak hidangan makan malamnya.
Raisya masuk ke biliknya untuk mandi dan solat maghrib. Selesai siap bertelekung pintu biliknya dibuka dari luar.

"Sayang, jom solat berjemaah." Kata Qarizh. Raisya menangguk lalu berjalan mengekori suaminya. Selesai solat mereka terus makan malam. Qarizh makan dengan berselera sekali."

"Sedapnya sayang masak." Puji Qarizh.

Raisya hanya tersenyum sambil menyuap makanan. Sambil makan mereka berbual- bual tentang kem perkhemahan yang mereka pergi tadi. Tempat tersebut sungguh menarik sehingga mereka merancang akan pergi lagi nanti. Terasa seronok bila masing-masing ada hobi yang sama.

Selesai makan Raisya mengemas dan membasuh pinggan mangkuk. Qarizh mendekati isterinya yang sibuk membasuh pinggan. Dia peluk isterinya dari belakang lalu meletakkan dagu di bahu isterinya.

"Sayang sibuk lagi ke?"

"Sikit je lagi. Hubby nak kopi ke?" Tanya Raisya. Itu permintaan biasa suaminya setiap malam.

"Malam ni tak nak kopi." Kata Qarizh lembut. Di kucup-kucup bahu dan telinga isterinya. Raisya mengeliat kegelian. Raisya dah faham sangat apa yang diinginkan suaminya ini.

"Hubby tunggu kat bilik dulu boleh. Sayang nak selesaikan kerja ni sikit lagi. Kalau kita macam ni sampai bila pun tak selesai." Pujuk Raisya.

"Sayang janji masuk bilik kita tau?"

"Iye, janji." Raisya hanya tersenyum melihat teletah suaminya.

Sebelum ni bukan main beku lagi tak sangka boleh jadi macam ni. Bukan main lagi cairnya. Baru Raisya nampak sisi manja seorang Qarizh Naufal. Sebelum ni hanya kekasaran yang ditonjolkan. Dari singa dah bertukar jadi kucing parsi. Raisya ketawa sendiri bila terkenangkan sikap Qarizh sebelum ini.

Siap mengemas Raisya masuk ke biliknya. Dia belek tubuhnya atas ke bawah. Ermmm... Macam ada yang tak kena je. 'Nak menghadap suami malam pertama tak kan macam ni je' kata Raisya dalam hati. Dia melangkah ke almari pakaiannya.

Sepasang baju tidur berwarna merah hati dicapai. 'yang ni okay kot. Tak seksi sangat dan taklah sopan sangat' kata nya sendiri.

Dia menukar pakaiannya lalu menggunakan sedikit perfume. Dibelek wajahnya di cermin.

"Okay perfect". Disarungkan robe warna merah hati sebelum melangkah keluar dari bilik.

Raisya masuk ke bilik utama. Dia lihat Qarizh sedang duduk di sofa sedang leka membelek telefonnya. Sehingga Raisya masuk pun dia tak perasan. Raisya melangkah ke katil lalu duduk di birai katil.

"Ermmm... Hubby, Sayang tidur dulu ye." Kata Raisya seperti berjauh hati.

Qarizh yang mendengar suara Raisya menoleh ke
arahnya. Dia terpukau dengan penampilan
isterinya malam ini. Telefon ditangan diletakkan di atas meja. Dia tutup lampu dibiliknya, dia buka lampu tidur di meja sebelah katil. Lalu di menarik Raisya untuk berbaring bersamanya. Raisya hanya memuncungkan bibirnya.

"Sayang merajuk ke?"

"Tak adalah. Ingatkan hubby nak tidur dengan phone." Jawab Raisya.

"Alaa... alaa... merajuk la tu. Hubby pujuk ye." Dalam masa yang sama bibir
Qarizh dah mula bekerja.

Bibir Raisya dikucup bermula dengan lembut dan makin lama semakin agresif. Bermula dibibir seterusnya di pipi, ceruk leher dan bahagian dada Raisya menjadi sasaran Qarizh. Qarizh membaca doa sebelum melanjutkan lagi hubungan mereka berdua.

Mereka berdua sama-sama menikmati perhubungan ini. Maka rasmi lah perhubungan dua hati antara Raisya Zahra dan Qarizh Naufal. Semoga perhubungan yang baru mekar ini berkekalan selamanya.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now