25. I LOVE YOU

1.5K 73 20
                                    

Qarizh gelisah menunggu kepulangan isterinya di rumah. Sudah lewat petang isterinya masih belum sampai lagi. Dia risau kalau isterinya merajuk.

'tak kan merajuk sampai tak balik kot'. Bisik hati Qarizh.

Dari tadi dia jalan mundar mandir di ruang tamu. Dia buat keputusan akan ke rumah sewa Raisya lepas maghrib ni. Di situlah kebiasaan Raisya akan pergi.

Baru sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik terdengar pintu utama di buka. Muncul wajah isterinya di situ.

"Sayang, lambatnya balik." Tegur Qarizh.

"Ada urusan tadi." Jawab Raisya pendek.

"Awak dah sihat?" Tanya Raisya lagi.

"Tadi dah okay bila sayang balik rasa nak demam balik."jawab Qarizh cuba bermanja dengan isterinya.

"Kalau macam tu biar saya balik rumah sewa saya je. Mungkin awak tak boleh dekat dengan saya kot. Bila dekat je awak demam." Jawab Raisya selamba. Segaja mahu sakitkan hati suaminya.

"Eh, janganlah macam tu. Kalau sayang balik sana hubby terus pengsan nanti." Jawab Qarizh sambil tersengeh. Dia melangkah mendekati isterinya.

"Saya masuk bilik dulu. Nak mandi dan solat." Kata Raisya lantas masuk kebiliknya meninggalkan Qarizh terpinga-pinga.

"Betul la dia marah. Mesti sebab sembunyikan hal jawatan Ceo di syarikat tu kot." Qarizh berkata sendiri.

"Tak boleh dibiarkan ni. Kena la pujuk
nampaknya." Qarizh masih membebel
sendiri di ruang tamu.

Selesai solat maghrib Raisya berhasrat untuk memasak makan malam. Perutnya mula berkeroncong. Dia melangkah keluar dari biliknya. Saat pintu terbuka Raisya dapat menghidu bau yang cukup menyelerakan sekali.

Raisya lihat suaminya sedang leka memasak di dapur. Tak sangka Qarizh cukup cekap memasak. Dah macam chef profesional. Dengan baju sleeveless yang dipakai menampakkan otot-otot di bahagian lengannya. Raisya telan air liur.

'hish... apa la aku ni. Sempat cuci mata.' Raisya membebel sendiri. Dia melangkah ke dapur lalu duduk di kerusi bar mengadap suaminya memasak.

"Awak masak apa? Sedap betul bau."

"Aglio olio seafood." Jawab Qarizh sambil memandang sekilas pada isterinya.

"Tak sangka awak pandai masak ye." Raisya cuba beramah mesra dengan suaminya. Cuba menghilangkan rasa kekok.

"Hubby jarang masak. Sikit-sikit boleh la."

"Saya baru je nak masak. Tengok awak dah masak dulu."

"Tak apa, hubby tau sayang penat. Lagipun hubby nak pujuk sayang."

"Nak pujuk? Kenapa pula? Bila saya merajuk?" Soal Raisya. Saja buat tak tau. Dalam hati berbunga riang melihat effort si suami.

"Alaaa... tak payah la pura-pura. Mesti sakit hati kan bila tau ceo tu suami sendiri?". Soal Qarizh sambil mencuit hidung isterinya.

Dalam masa yang sama dia hidangkan makanan yang dah siap masak di atas meja makan.

"Sikit la... tapi bila fikir balik saya rasa okay je. Lagipun mesti awak ada alasan tersendiri kan." Kata Raisya. Qarizh senyum memandang isterinya. Raisya selalu berfikiran matang.

"Dah jom makan."

Qarizh tarik kerusi meja makan agar Raisya dapat duduk. Dia tanggalkan apron yang menutupi bahagian depan badannya. Bau makanan di atas meja mengundang rasa lapar yang amat sangat. Raisya terus menyuap makanan.

"Baca doa dulu sayang. Lapar sangat ke?" Raisya termalu sendiri. Dia letakkan semula sudu lalu menunggu suaminya habis membaca doa.

"Sedapnyaaa... pandai la awak masak. Kalau macam ni saya malu nak masak lepas ni." Kata Raisya sambil sengih.

"Eh mana boleh macam tu. Isteri kena masak. Bagi suami dan anak-anak makan air tangan isteri baru ikatan kasih sayang berkekalan." Tersedak Raisya mendengar kata-kata Qarizh. Qarizh menghulurkan air pada Raisya. Belakang badan isterinya di tepuk-tepuk.

"Okay ke?". Tanya Qarizh.

"Okay-okay." Raisya mengangguk lalu sambung menyuap makanan.

Dia hanya fokus pada makanannya. Kata-kata Qarizh sekarang ini buat dia sentiasa berdebar. Raisya tak pasti Qarizh dah mula menerima hubungan mereka atau Qarizh segaja mahu mengenakan dia. Dia perlu minta penjelasan dari Qarizh. Tak mahu terus duduk dalam persoalan seperti ini. Selesai makan Raisya mengemas pinggan mangkuk dan mengemas dapur.

Qarizh duduk santai sambil menonton televisyen di ruang tamu. Selesai mengemas Raisya mahu masuk ke bilik. Dia melintas kawasan ruang tamu.

"Sayang, boleh tolong buat kopi?" Dia menoleh ke arah Qarizh lalu mengangguk.

Raisya membawa satu mug kopi kesukaan Qarizh ke ruang tamu. Dia letakkan di meja di hadapan Qarizh.

"Sayang duduk kejap boleh. Hubby nak bincang." Kata Qarizh bila nampak Raisya hendak berlalu dari situ. Dia tepuk-tepuk sofa disebelahnya.

Dengan teragak-agak Raisya duduk di sebelah suaminya. Dalam hati tak perlu ditanya. Memang berdebar semacam. Jantung berdetak laju rasa nak pecah dadanya. Dia menunduk sambil bermain- main dengan jemarinya.

"Mesti sayang keliru kan tengok cara hubby layan sayang?" Tanya Qarizh.

"...Actually, I'm fall in love with you." Sebaris ayat itu membuatkan Raisya menoleh memandang Qarizh. Qarizh tersenyum.

Raisya hilang kata-kata. Tak pasti respon yang macam mana yang sesuai untuk confession Qarizh ini.

"Hubby faham sayang mesti terkejut but take your time. Tak perlu tergesa-gesa. Slowly sayang akan adapt dengan semua ni." Sambung Qarizh lagi bila lihat si isteri membisu dari tadi.

"Sejak bila wujud perasaan tu? Awak betul-betul yakin ke?"

"Kalau nak spesifik time memang hubby pun tak tau sejak bila. Tapi hubby betul- betul yakin dengan perasaan ni."

Raisya menyandarkan badannya ke sofa. Matanya tepat memandang ke hadapan. Nampak riak wajahnya keliru.

"Hubby tak paksa sayang. Kalau sayang
rasa hubungan kita ni tak boleh diteruskan
just let me know. Kita akan cuba berbincang dan cari jalan terbaik." Ayat Qarizh berbunyi kecewa.

Dia sedar hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Jadi dia tidak akan memaksa Raisya sama sekali.

Qarizh juga menyandarkan badannya ke sofa memandang ke hadapan sama seperti posisi Raisya sekarang ni. Mereka berdua diam membisu. Masing-masing melayan perasaan.

"Okay saya akan cuba." Kata Raisya memecah keheningan malam itu.

"Tapi bagi saya masa dan ruang. Kita pun perlu saling mengenali juga." Sambung Raisya lagi.

Qarizh terus menoleh ke sebelah kanannya. Dia pandang wajah Raisya. Dia tersenyum penuh makna. Dia tarik Raisya ke dalam pelukannya. Raisya terkaku. Pelukan yang betul-betul erat itu membuat jantungnya kembali berdetak laju. Qarizh cium dahi isterinya. Ciuman yang betul-betul ikhlas untuk seorang wanita bernama isteri. Bukan ciuman lakonan semasa hari pernikahan mereka dulu. Raisya terkaku. Namun dalam hati ada satu rasa yang mula mekar. Rasa yang sangat indah.

******************
Maaf la lambat ye. Siapa nak double update komen 'NAK' 😂😂

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now