24.CEO TUAN QARIZH NAUFAL

1.4K 69 7
                                    

Maaf ye lambat update 😊😊

*****************

Qarizh merapatkan lagi badannya dengan Raisya. Dia tahu Raisya gementar dengan tindakannya. Dia segaja mahu memancing reaksi Raisya. Dia letakkan dagu di bahu isterinya. Raisya masih kaku.

"Boleh ambilkan ubat. Hubby rasa macam nak demam balik la." Kata Qarizh dekat di telinga Raisya.

"Emm...aaa... boleh. Tunggu dekat bilik. Nanti Raisya hantarkan." Jawab Raisya gugup.

Qarizh mencium lembut telinga isterinya lalu melangkah masuk ke bilik. Badannya terasa lemah. Dah lama dia tak demam. Macam tau-tau je ada isteri boleh bermanja.

Raisya hembus nafas kuat. Terasa lega saat Qarizh sudah menjauhinya. Dada yang berdetak laju mula stabil semula. Raisya betul-betul keliru. Jujurnya dia mahu suaminya dengan sikap beku dahulu kembali. Sekurang-kurangnya suami bekunya tidak buat dia rasa nak putus nafas macam sekarang ni.

Sudah dua hari Raisya menjaga Qarizh yang tidak sihat. Selepas pemeriksaan doktor katanya Qarizh terkena demam virus. Badannya terasa sakit-sakit. Sudah dua hari juga Qarizh memaksa Raisya tidur di biliknya. Alasannya senang mahu mengejutkan Raisya kalau dia perlukan apa- apa.

Pagi ini Raisya bangun lebih awal. Dia mahu ke pejabat. Sebelum itu dia siapkan semua kelengkapan Qarizh dahulu. Siap memasak bubur nasi dan sedikit lauk Raisya masuk ke biliknya untuk bersiap. Hari ini dia perlu memulakan pekerjaannya sebagai PA sementara Tuan CEO.

Raisya masuk ke bilik Qarizh untuk melihat keadaan suaminya. Dia lekapkan tangan di dahi Qarizh. Demamnya sudah mula kebah.

"Awak, saya nak pergi kerja ni. Bangunlah.". Kejut Raisya. Qarizh mengeliat. Matanya di buka perlahan. Dia bersandar di kepala katil.

"Tak boleh cuti ke?" Tanya Qarizh dengan muka sedih.

"Saya baru je kerja. Susah sikit nak minta cuti. Lagipun hari ni saya ada tugasan baru." Jawab Raisya.

"Emmm okay yelah. Sayang drive kereta hubby ye." Kata Qarizh lalu merebahkan badannya kembali.

"Nanti makan ye. Saya dah hidang atas meja. Jangan lupa makan ubat." Pesan Raisya sebelum keluar dari bilik.

"Baik sayang. Drive hati-hati." Pesan Qarizh pula. Sempat dihulur tangannya pada Raisya. Teragak-agak Raisya sambut huluran salam dan mencium tangan suaminya.

Sampai di pejabat Raisya terus naik ke tingkat paling atas sekali. Ruangan yang luas ini hanya menempatkan bilik ceo, bilik pembantu peribadinya dan juga bilik mesyuarat utama.

Raisya melangkah ke bilik pembantu peribadi Tuan Ceo itu.

"Assalamualaikum puan. Saya Raisya Zahra." Raisya menyapa wanita di depannya. Wajah wanita ini nampak familiar. Macam dia pernah berjumpa.

"Ye puan Raisya. Dah sampai pun. Saya Fatin. Boleh panggil kak Fatin sahaja. Lebih mesra" jawab Fatin sambil senyum manis.

"Kak Fatin panggil saya Raisya je ye." Kata Raisya pula.

Dalam hati berasa pelik juga, macam mana dia boleh panggil Raisya puan. Rasanya tak ada yang tau dia dah berkahwin kecuali Encik Saiful.

"Okay baiklah. Raisya duduk sini ye."

Fatin menunjukkan meja kerja Raisya disebelah meja kerjanya. Fatin rasa berdebar debar menunggu saat Raisya tahu yang CEO syarikat ini adalah suaminya sendiri. Fatin pun tak faham kenapa bossnya bertindak begini. Nak berahsia sangat.

"Kak Fatin, biasa boss masuk pukul berapa?" Tanya Raisya. Dia perlu ambil tahu semua berkaitan boss nya. Tempoh 3 bulan menjadi Pembantu peribadi pada Raisya agak lama juga.

"Biasa dalam pukul 8.00 hingga 8.30 memang boss dah sampai. Itupun kalau dia tak de appointment breakfast dengan client la. Tapi hari ni dia mc. Dia demam." Kata Fatin.

Mendengar boss nya demam mengingatkan Raisya pada suaminya yang juga demam di rumah. Dah makan ke belum agaknya.

"Menung apa tu?" Tegur Fatin.

"Eh tak adalah. Teringat suami Raisya. Dia pun demam." Mendengar jawapan Raisya buat Fatin gelisah.

'macam mana lah kalau Raisya tau bossnya itu suami dia.' bisik hati Fatin.

"Raisya kenal tak siapa Ceo kita ni?" Fatin cuba bertanya.

"Tak kenal kak. Iye tak ye jugak. Siapa ye nama boss?". Rasa bersalah pula Raisya bila nama boss sendiri pun dia tak tahu.

"Ni la boss kita." Fatin menunjukkan business card boss nya pada Raisya.

Tuan Qarizh Naufal bin Dato' Qhairel. Melopong mulut Raisya. Kenapa macam kenal je nama ni.

"Raisya okay tak ni?" Fatin menepuk bahu Raisya yang diam membisu dari tadi. Raisya mengangguk.

"Okay kak. Cuma terkejut. Kenapa Qarizh tak bagitau saya dia boss kat sini."

"Saja nak buat surprise kat isteri dia la kot." Kata Fatin. Sebenarnya dia pun tak tau apa alasan boss nya merahsiakan.

"Agaknya la tu." Pendek sahaja jawab Raisya. Dalam hati berbaku-bakul kemarahan dihambur pada suaminya.

Macam-macam bermain difikirannya saat ini. Nak marah ke atau nak merajuk, dia pun keliru. Akhirnya dia biarkan persoalan berlalu sepi. Nanti dia akan mendapatkan jawapan terus dari tuan punya badan.
Sehingga lewat petang banyak betul perkara baru yang Raisya pelajari hari ini. Memang bukan bidang yang dipelajarinya selama ini. Namun berkat pengalaman memegang jawatan dalam banyak persatuan dan kelab banyak membantu Raisya dalam menguruskan dokumen dan berkomunikasi.

Tepat jam 6 Raisya mengemas barang- barangnya untuk bergerak pulang ke rumah. Sampai di ruang letak kereta Raisya melangkah laju ke kereta suaminya.

Tiba- tiba dia terdengar seperti suara orang menangis. Raisya berjalan mendekat ke arah suara itu.
Raisya nampak Rina sedang bergaduh dengan seorang lelaki. Tangan Rina dicengkam kuat oleh lelaki tersebut. Rina menangis semahunya. Tiada orang yang lalu lalang di situ kerana ramai pekerja telah pulang.

"Hoi!!! Kau buat apa tu?". Jerit Raisya.

"Kau tak payah menyibuk perempuan. Baik kau blah. Semua ni tak ada kaitan dengan kau." Jawab lelaki bermuka bengis itu.

"Raisya tolong saya." Rina merayu pada Raisya.

"Baik kau lepaskan Rina sebelum aku kerjakan kau." Jawab Raisya berani. Lelaki itu ketawa besar.

"Alahai, jangan la buat lawak kat sini. Sebelum engkau sekali aku kerjakan baik kau berambus. Jangan cari pasal dengan aku." Lelaki itu dah mula hilang sabar.

"Kalau berani jom berlawan dengan aku. Kita tengok siapa kerjakan siapa." Raisya mencabar lelaki bengis itu.

"Kurang ajar ye kau perempuan. Sini kau."

Lelaki itu mula hilang sabar. Dia tolak Rina ke tepi lalu dia mendekati Raisya. Raisya mula buka langkah. Masa inilah dia nak curahkan semua ilmu mempertahankan diri yang dipelajarinya.

Sekejap sahaja lelaki itu sudah tersandar lemah. Tanganya berjaya dipulas kebelakang oleh Raisya. Dia meraung kesakitan.

"Adoiii... Lepaskan aku. Aku janji tak ganggu Rina lagi." Lelaki bengis itu merayu pada Raisya.

"Kalau aku nampak muka kau kat sini lagi tahu lah nasib kau lepas ni." Raisya bagi amaran. Dia tendang belakang lelaki itu hingga terperosok ke dinding. Lelaki itu cepat-cepat bergerak meninggalkan tempat itu.

Rina tertunduk sambil menahan sebak.

"Raisya saya minta maaf. Terima kasih tolong saya." Kata Rina sayu.

"Tak apalah. Baik cik Rina balik sekarang. Hari dah lewat ni." Kata Raisya.

"Terima kasih Raisya." Rina menunduk tanda hormat. Raisya hanya mengangguk.

Raisya berlalu ke kereta lalu terus memulakan pemanduan balik ke rumah. Balik ni dia nak menghadap tuan ceo di rumah pula. Banyak persoalan yang nak ditanyakan nanti. Harapnya tuan ceo dah sihat dari demam.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now