36. KEKECEWAAN

1.3K 62 7
                                    

Baca dengan tenang ye 😁😁✌🏻

*************************************************

Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Qarizh masuk ke dalam rumah. Keadaan rumahnya gelap gelita. 'Mana Raisya pergi. Dah malam-malam
macam ni masih tak balik.' bisiknya dalam hati.

Emosi marahnya mula memuncak. Dia masuk ke bilik. Dia lihat Raisya tidak ada. Dia capai telefon di dalam poket seluar. Dia taip mesej untuk Raisya.

"Kau pergi mana? Dah malam-malam tak balik rumah lagi. Kau menjalang dengan lelaki mana pulak kali ni. Kau memang perempuan jalang. Tak cukup dengan satu jantan. Kau mainkan perasaan aku Raisya. Aku benci kau?" Lalu dia tekan butang send.

Puas hatinya dapat melepaskan kemarahannya. Bunyi-bunyi suara dalam mindanya turut bersorak menyokong tindakannya.

Dia melangkah ke bilik air. Dia membersihkan diri. Dia terlalu penat segala yang dilaluinya. Penat melayan masalahnya dengan Raisya. Penat melayan Tiara yang sering meminta pertolongannya. Untuk membiarkan Tiara sendiri dia tak sampai hati kerana memikirkan yang Tiara hidup sebatang kara.

Sejak Tiara datang dan menceritakan hal sakit yang di alami, Qarizh rasa simpati padanya. Qarizh banyak membantu Tiara menghantarnya membuat rawatan. Qarizh nampak perubahan sikap Tiara. Tiara dah mula mendalami ilmu agama. Pada Qarizh bantuannya terhad sebagai seorang kawan sahaja. Untuk mencintai Tiara kembali adalah tidak mungkin sama sekali.

Selesai mandi dia mencapai telefonnya yang diletakkan di atas meja solek. Saat itu dia terpandang sepucuk surat yang diletakkan di atas meja. Dia baca isi surat itu satu persatu.

Hubby,

Masa hubby baca surat ni sayang dah
keluar dari rumah. Sayang minta maaf tak minta izin awal. Sayang cuba bercakap dengan hubby tetapi hubby tak sudi. Sayang cuba memberi ruang pada hubby. Sayang tau hubby perlukan ruang dan masa. Mungkin ada sesuatu yang berlaku tetapi hubby tak bersedia berkongsi cerita dengan sayang.
Sampai sekarang sayang masih terfikir apa puncanya hubungan kita jadi macam ni. Mungkin sayang ada buat kesilapan yang sayang tak ketahui. Percayalah hubby, kalau sayang tahu apa kesilapan sayang, sayang pasti akan perbaiki sebaiknya. Kerana....

Mencintai hubby antara perkara terbaik dalam hidup sayang, menjadi isteri hubby adalah perkara terindah dalam hidup sayang.

Sesungguhnya sayang sangat merindui hubby. Rindu yang tiada tertahan. Andai hubby sedia menerima sayang kembali, sayang bersyukur ke hadrat Illahi andai sebaliknya berilah peluang sayang berjumpa hubby buat kali terakhir. Semoga ada kenangan manis yang akan tersimpan kekal dalam memori sayang. Maafkan segala salah dan dosa. Semoga kita dapat petunjuk terbaik dariNya. Sesungguhnya kasih sayang ini tak kan pernah terpadam sampai bila-bila.

Love you. Dari:
isterimu yang merindu.

Qarizh terduduk membaca surat dari si isteri. Dia menangis teresak-esak. Dia adalah suami paling kejam dan zalim. Dia menjatuhkan hukuman berdasarkan gambar yang dihantar tanpa bertanya kepada isterinya sendiri. Dia membiarkan isterinya dalam tanda tanya. Dia percaya dengan bisikan jahat yang bermain di mindanya.

Qarizh capai telefon di atas meja. Dia buka mesej yang dihantar kepada Raisya tadi. Dia harap Raisya belum membacanya. Malangnya, Raisya sudah membaca mesej yang di hantar.

Qarizh cuba mendail nombor Raisya malangnya panggilan di jawab oleh operator.

"Aarrrgghhhh!!!! Kenapa aku bodoh sangat!"

Qarizh menjerit sepuas hati. Kebodohanya telah memakan diri. Keterlanjuran kata-katanya telah menghiris sekeping hati yang suci.

"Aku akan cari siapa dalang semua ni. Aku akan pastikan mereka yang terlibat tak terlepas." Dia berkata kata sendiri.

Raisya menangis teresak-esak selepas membaca mesej dari suaminya. Lalu dia menutup telefonnya. Dia tidak mahu membacanya berulang kali. Dia akan menyakiti hati nya sendiri. Wany yang tidur di sofa tersedar bila terdengar esakan sahabatnya itu. Lantas dia bangun dan mendekati Raisya.

"Raisya, kau kenapa ni? Apa yang berlaku?"

Hanya tangisan yang memenuhi ruang itu. Wany peluk Raisya. Dia mengusap-ngusap belakang badan sahabatnya itu. Dia simpati pada nasib Raisya.
Petang tadi baru sahaja mereka dapat tahu kenapa Qarizh marahkan Raisya.

Hanya kerana beberapa keping gambar. Raisya telah menjelaskan segalanya pada Wany. Raisya tak sabar mahu menjelaskan pada suaminya apa yang sebenarnya berlaku disebalik gambar itu. Namun mesej dari suaminya membunuh segala rasa dalam hatinya. Hancur hati Raisya saat ini. Dia nekad mahu lari dari semua ini. Dia akan pergi membawa diri. Cukuplah apa yang telah dilalui selama ini.

Pagi itu doktor datang memberi laporan hasil pemeriksaan lengkap terhadap Raisya. Wany setia menemani sahabatnya. Sepanjang malam Raisya tidak tidur menangisi nasibnya.

"Puan Raisya, hasil dari pemeriksaan kami mendapati puan sedang mengandung. Tekanan darah puan menurun akibat dari badan puan yang tidak cukup rehat selain dari perubahan hormon ibu mengandung yang memberi kesan pada kesihatan puan. Jadi puan perlu banyak berehat. Perlu tenangkan fikiran dan perlu amalkan pengambilan makanan bernutrisi tinggi."

Raisya yang mendengar berita itu menunduk sayu. Jauh dalam sudut hatinya bersyukur kerana permintaannya mahu mengakhiri memori bersama Qarizh dengan kenangan manis diizinkan Allah. Kenangan cinta mereka akan sentiasa bersama Raisya. Raisya usap lembut perutnya yang masih leper. Wany di sebelah hanya memandang sayu pada sahabatnya itu.

"Sekejap lagi puan dah boleh discharge. Nanti minta cik selesaikan urusan pembayaran ye." Kata Doktor pada Wany. Wany hanya mengangguk sambil senyum pada doktor tersebut.

Raisya dan Wany bersiap-siap untuk keluar dari hospital. Wany mendapat panggilan dari Saiful. Saiful memaklumkan yang Qarizh sedang mencari Raisya. Qarizh sudah sedar akan kesilapannya. Wany cuba memujuk Raisya agar menukar keputusannya. Namun gagal. Raisya sudah nekad dengan keputusannya.

"Kau serius ke ni beb nak pergi jauh tinggalkan Qarizh? Aku risau tentang kesihatan kau ni." Wany masih berusaha memujuk Raisya.

"Bagi aku ruang untuk mencari semangat hidup aku semula Wany. Aku perlu masa. Aku nak cari ketenangan. Aku minta kau tolong jangan beritahu Qarizh tentang aku dan kandungan ini. Biarlah segalanya keluar dari mulut aku sendiri." Rayu Raisya pada Wany.

Dia bukan berdendam tetapi dia lebih
memikirkan tentang dirinya dan anak dalam
kandungannya. Itulah yang paling penting sekarang ini. Wany hanya mengangguk. Walaupun berat hatinya mahu melepaskan Raisya pergi seorang diri tetapi ini keputusan yang dipilih sendiri. Wany tak mahu memaksa sahabatnya ini. Segala yang berlaku sudah cukup buat Raisya terluka. Biarlah dia pilih jalannya.

Gila-gila Terjatuh CintaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt