5. salah faham

1.4K 57 3
                                    

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Qarizh sibuk memasak makanan untuk makan malam nanti. Kumpulan yang meneruskan jungle tracking tadi masih belum sampai. Qarizh dapat jangka mereka akan lewat. Namun dia tidak terlalu risau kerana cuaca agak baik hari ini.

Sedang dia sibuk menyimpan lauk yang siap dimasak didalam bekas dia terdengar sayup-sayup bunyi tangisan. Dia melihat sekeliling mencari dari mana bunyi tangisan itu. Dihujung sungai terdapat satu keluarga yang masih seronok bermandi manda. Dia melangkah mencari arah bunyi tersebut. Makin lama semakin jelas. Dia terdengar bunyi dari khemah Raisya dah kawan-kawannya.

Qarizh serba salah. Nak masuk ke dalam khemah takut Raisya dalam keadaan tak sepatutnya pula. Dia mundar mandir didepan khemah. Dia terdengar tangisan masih tak berhenti. Dia mendekatkan diri dengan pintu utama khemah lalu memanggil nama Raisya.

"Raisya... Raisya.... Kau okay ke tu?" Panggil Qarizh. Namun tangisan Raisya masih kedengaran malah makin kuat. Dia cuba memanggil namun masih sama.

Langkah terakhir dia beranikan diri masuk ke dalam khemah Raisya. Dia lihat Raisya berbaring  dengan matanya masih tertutup tetapi airmata mengalir di pipinya. Dia melekapkan tangan di dahi Raisya. Panas sedikit. Mungkin dia mengigau kerana demam. Dia usap-usap kepala Raisya cuba menenangkan. Tangisan Raisya terhenti. Lengannya dipeluk Raisya. Qarizh panik. Di goyang-goyangkan badan Raisya untuk mengejutkan Raisya. Lepas asar memang tak sesuai untuk tidur. Raisya membuka sedikit matanya. Dia terkesima melihat Qarizh di dalam khemahnya. Dia capai tudung disebelah lalu menutup rambutnya yang terdedah.

"Awak buat apa kat sini?" Tanya Raisya.
"Awak menangis tadi. Maybe awak mengingau sebab awak demam. Saya try kejut dari luar tapi awak tak bangun. Awak tunggu kejap saya ambil ubat " jawab Qarizh. Jantung berdetak laju. Macam ada yang tak kena.

Baru sahaja mahu melangkah keluar dari khemah dia nampak beberapa orang lelaki berdiri didepan khemah Raisya.

"Encik buat apa ye?. Kami dapat aduan mengatakan ada perbuatan tak senonoh berlaku di sini." Kata salah seorang lelaki.

"Eh, tak tuan. Saya cuma tolong dia. Dia tak sihat ." Jawab Qarizh sambil menunjuk ke arah Raisya yang duduk merenung lantai. Raisya juga terkejut dengan apa yang berlaku.

" Bila dah tertangkap memang macam-macam alasan boleh bagi encik. Cik, boleh minta keluar." Kata lelaki yang lagi sorang.

Raisya bergerak perlahan lalu keluar dari khemah. Dia masih keliru dengan apa yang berlaku. Macam mana tiba-tiba boleh ada aduan dan pegawai agama islam boleh datang secepat ini.

Qarizh juga berfikir perkara yang sama. Seperti ada yang merancang semua ini. Dia mula berfikir siapa yang merancang mahu menjatuhkan reputasinya.  Kepala yang tidak gatal digaru.

"Awak berdua dah melakukan kesalahan ni. Boleh didakwa dibawah seksyen 84 enekmen kesalahan jenayah syariah. Sila beri saya kad pengenalan ye."kata salah seorang pegawai yang hadir.

Tanpa kerelaan Qarizh dan Raisya memberi kad pengenalan mereka. Mereka diminta untuk ke balai polis. Raisya sudah mula stress dengan apa yang berlaku. Air matanya mula mengalir. Dalam masa yang sama kawan-kawan mereka yang menyertai jungle tracking sampai ke tapak. Semua terkejut dengan apa yang berlaku.

Bila melihat kelibat sahabatnya Raisya terus memeluk keduanya lalu menangis teresak esak.

"Apa yang berlaku ni?" Tanya Wany. Raisya hanya menggeleng.

"Rizh, kenapa ni?. Confirm ada yang plan kan." Kata Saiful pada Qarizh. Qarizh menjongketkan bahu.

"Tak apa kita pergi balai dulu. Setel kat sana. Aku call peguam aku kejap."Kata Qarizh cuba untuk bertenang. Dalam keadaan sekarang emosi perlu dijaga untuk mengelakkan membuat salah keputusan.

Raisya yang mendengar Kata-kata Qarizh turut mencapai telefon menghubungi daddynya. Dalam nada sebak dia memaklumkan hal.yang berlaku pada Tan sri Reezal.

Selesai perbincangan di balai polis. Pendakwaan ke atas mereka tidak akan diteruskan. Namum masalah baru yang timbul. Tan Sri Reezal tetap mahu anaknya Raisya berkahwin dengan Qarizh.

Qarizh pada mulanya memang menolak namun akhirnya bersetuju selepas berbincang dengan peguamnya. Qarizh sebenarnya terkejut bila dia tahu yang Raisya adalah anak Tan Sri Reezal yang merupakan antara ahli perniagaan terkenal di negara ini.

Raisya yang tidak bersetuju dengan kemahuan daddynya menangis sepanjang perjalanan. Dia belum bersedia nak berkahwin. Dia mahu mengejar kerjayanya dahulu. Bengkak matanya akibat menangis.

Raisya terus dibawa pulang ke banglo Tan Sri Reezal. Dia terpaksa menurut arahan daddynya kali ini. Segala kelengkapan camping telah diuruskan oleh pekerja Tan sri Reezal.

Sudah seharian Raisya berkurung di dalam biliknya. Dia tertekan dengan apa yang berlaku. Segala perancangan masa depannya hancur begitu sahaja. Dia belum bersedia memegang tanggungjawab sebagai isteri. Dia tak rela dipaksa berkahwin begini. Segala kekeliruan pasti boleh diselesaikan. Namun daddynya tidak mahu menerima.

'tok..tok..' pintu biliknya diketuk.

"Raisya, mummy ni. Daddy panggil turun bawah." Kata mummynya dari luar.

"Okay." Pendek jawab Raisya. Raisya melangkah turun ke tingkat bawah. Tan sri Reezal sudah menunggunya. Kedua dua abangnya juga turut serta. Raisya duduk di sebelah mummynya.

"Semua dah ada. Daddy nak maklumkan. Malam ni keluarga Qarizh akan datang membawa rombongan meminang Raisya. Daddy dan Papa Qarizh dah menetapkan majlis nikah akan diadakan lagi sebulan. Kita buat semua ni secara rasmi untuk hebahan."

"Daddy, Raisya ada hak nak tentukan siapa suami Raisya. Kenapa kena paksa macam ni." Bentak Raisya.

" Semuanya dah terlambat. Daddy dah bagi banyak ruang untuk Raisya buat pilihan hidup sendiri. Semua kebebasan yang Raisya nak daddy bagi tapi apa yang jadi?." Soal Tan Sri Reezal mula marah dengan sikap anaknya.

"Itu semua bukan salah Raisya. Kami tak buat apa-apa pun. Kami tak salah." Raisya masih cuba pertahankan apa yang berlaku.

"Itu kata Raisya. Kata undang-undang macam mana?. Nasib baik kami boleh selesaikan diluar mahkamah. Kalau kena dakwa. Masuk mahkamah. Mana daddy nak letak muka daddy ni?" Tan Sri Reezal dah mula hilang sabar. Walaupun dia akui ini anak kesayangannya tapi dia tidak akan berkompromi berkaitan perkara yang akan memburukkan nama baiknya.

Raisya hanya menunduk. Air mata mula bertakung. Tunggu masa untuk mengalir.
Mummy mengusap belakang badannya tanda memujuk.
.
"Kalau Qarizh tu lelaki jahat macam mana?. Daddy tak takut ke nak kahwinkan Raisya dengan lelaki yang tak kenal?." Tanya Raisya lagi. 

Suaranya mula mengendur. Tak guna nak bergaduh dengan daddy. Malah semuanya akan jadi lebih rumit.

Tan Sri Reezal ketawa mendengar soalan anaknya. Abang-abangnya juga ketawa. Mummy hanya tersenyum memandang anak gadisnya ini.

"Raisya je yang tak kenal dia. Kami semua kenal." Kata Rafiq, abangnya yang sulung.

"Betul tu. Kami kenal sangat dengan Qarizh dan keluarganya. Raisya je yang tak kenal. Raisya kan tak suka join aktiviti syarikat. Memang la tak tau." Kata Rayqal pula.

Raisya hanya menunduk. Dia akui kata-kata abangnya. Memang dia tak ambil tahu semua tu. Dia lebih suka hidup dengan dunianya. Sehinggakan ramai yang tidak mengetahui yang Tan Sri Reezal ada anak perempuan. Raisya pasrah dengan keputusan yang dah dibuat untuk dirinya. Apa yang bakal berlaku akan datang adalah ketentuan untuk hidupnya. Andai rumahtangganya bahagia atau tidak Raisya sudah bersiap sedia. Biar masa menentukan segalanya.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now