"Habis tu macam mana hubungan korang sekarang ni?"

"Terpulang pada dia lah Wany. Aku isteri. Apa pun keputusan dia walaupun sakit untuk aku telan aku kena terima juga."

Airmata Raisya mula mengalir laju. Mengenang rasa cintanya pada Qarizh membuatkan nafasnya sesak. Dia terlalu sayang dan cintakan suaminya itu.
Wany duduk di sebelah Raisya. Belakang badan Kawannya itu diusap lembut. Dia tak sangka rumahtangga Raisya yang bahagia sebelum ini di uji seteruk ini.

"Kau sabar dulu. Aku dan Saiful cuba cari sebabnya. Kau kena kuatkan semangat. Jangan cepat putus asa."
Raisya mengangguk lemah. Dia perlu buat sesuatu yang boleh mengembalikan semangatnya.

"Wany boleh kau teman aku pergi kelas boxing petang ni?" Tanya Raisya sambil mengelap saki baki airmatanya.

"Serius la nak pergi boxing? Tak nak pergi tepi pantai ke, masuk hutan ke?" Tanya Wany.

"Tak nak. Aku nak 'kick boxing'. Nak lepaskan kemarahan. Lagipun dah lama aku tinggal kelas sejak jadi isteri solehah." Kata Raisya sambil senyum herot.

"Kau punya pasal terpaksa la aku ikut jugak."

Wany memeluk bahu Raisya. Dia terlalu sayangkan sahabatnya ini. Mereka sudah seperti adik beradik. Malah lebih rapat lagi.

Selepas solat zuhur Wany dan Raisya pergi ke kelas boxing yang biasa mereka pergi. Kelas tersebut milik sahabat satu universiti mereka. Dari sejak zaman universiti memang Raisya selalu menghabiskan masanya di sini.

"Hai Raisya, wany. Lama dah tak muncul. Ni mimpi apa pulak ni muncul balik." Sapa Bed kawan mereka.

"Aku dah gemuk la sebab tu muncul" jawab Raisya selamba. Mereka bertiga ketawa.

"Alah, tembam sikit ni apa ada hal. Makin cun la kau Raisya." Kata Bed atau nama sebenarnya Zubaidah.

"Kau tak payah nak usha Raisya tu Bed, dia dah kahwin pun." Kata Wany.

Dia tahu sangat sikap si Bed tu. Pantang tengok perempuan cantik semua nak dijadikan girlfriend dia.

"Eh aku dah taubat la. Dah tak macam dulu. Aku suka lelaki sekarang ni " jawab Bed sambil sengeh. Mereka bertiga ketawa.

Raisya bersiap siap untuk memulakan latihan selepas warming up dia terus membuat latihan. Dia melepaskan kemarahannya dalam setiap sepakan dan tumbukan nya.

Dia memukul dengan sepenuh tenaganya. Wany yang dari tadi memerhatikan Raisya mula risau dengan tindakan Raisya. Dia nampak Raisya tidak dapat mengawal diri. Akhirnya Raisya berhenti. Dia menunduk lemah. Baru sahaja Wany mahu mendekati Raisya tubuh Raisya telah rebah ke lantai.

"Raisya!!!!" Jeritan Wany dan Bed bergabung.

Wany memandu secepat mungkin membawa Raisya ke Hospital. Dari tadi dia cuba memanggil-manggil nama Raisya. Dia betul-betul risau.

"Raisya.... Bangun. Please jangan buat aku macam ni. Bangun Raisya." Sambil memandu sekejap-sekejap matanya melirik ke tempat duduk belakang.

Sampai di Hospital Wany terus ke bahagian kecemasan. Petugas hospital bergegas datang membawa strecher dan menolak Raisya ke dalam bilik rawatan.

Selepas 15minit menunggu di luar, doktor memanggil Wany.

"Kawan cik ni perlu dimasukkan ke wad. Boleh cik buat pendaftaran di kaunter pendaftaran."

"Kawan saya macam mana doktor?" Tanya Wany yang kerisauan.

"Dia dah sedar. Tekanan darah dia terlalu rendah. Sekarang dah kembali stabil. Cuma kami mahu membuat pemeriksaan lanjutan."

"Alhamdulilah. Saya pergi buat pendaftaran dulu ye doktor."

Selepas selesai urusan pendaftaran Raisya di bawa masuk ke wad. Wany setia menanti di sisi sahabatnya itu.

"Nak aku inform Qarizh?" Raisya mengelengkan kepalanya.

"Mummy dan daddy?" Raisya geleng juga.

"Tak apa ke? Nanti diorang salahkan aku macam mana."

"Tak adalah aku okay je ni. Kau tak nak balik dulu ke? Balik la berehat." Kata Raisya pada Wany.

"Aku balik sekejap nak tukar baju. Lepas tu aku datang balik. Aku bawa barang- barang kau sekali". Kata Wany. Wany bangun lalu melangkah ke pintu bilik yang menempatkan Raisya.

"Wany!" Panggil Raisya. Wany menoleh memandang Raisya.

"Thanks." Kata Raisya. Ada air jernih mengalir di pipinya.

"Jangan sedih-sedih. Tunggu aku." Kata Wany sambil tersenyum pada sahabatnya.

**********************

Enjoy reading you all 😁😁

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now