26. MENGGODA CIK ISTERI

Start from the beginning
                                    

"Hek eleh, ajak minum pun nak kena ada sebab. Saja la nak lepak."

"Alah, macam aku tak kenal kau. Kau ni kalau ajak aku lepak mesti ada benda nak story. Muka pun nampak lain macam je hari ni. Ceritalah." Kata Saiful.

"Aku dah luahkan rasa cinta aku pada
Raisya. Aku pun dah beritahu yang aku nak
teruskan hubungan rumahtangga ini."

"Wahh... bagus lah bro. Eh tapi kenapa tiba-tiba ye? Kau tak buat keputusan ni sebab kau cemburu kat Haykal kan?" Qarizh geleng kepala.

Perasaannya pada Raisya dah mula berputik sejak mereka kahwin namun dia belum dapat pastikan dan tidak begitu yakin. Lama kelamaan dia betul-betul yakin dan meluahkan pada Raisya.

"So, apa reaksi dia?"

"Dia kata dia akan fikirkan. Dia minta masa dan ruang untuk fikirkan."

"Jawapan klise tu bro. Kalau kau tunggu memang lamberttt lagi dia nak say yess". Berkerut dahi Qarizh. Tak sangka ini respon Saiful.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Perempuan ni bro, kat mulut belum tentu sama dengan apa yang dia fikir. Nasihat aku kau terus je goda dia. Tak lama cairlah dia nanti. Cepat-cepat dapatkan anak mengikat kasih sayang." Ternganga Qarizh mendengar nasihat sahabatnya. Nampak macam agresif sangat.

"Kau tak rasa macam agresif sangat ke?"

"Tak adalah. Kau atur strategi tackle dia. Aku support kau."

Qarizh terangguk-angguk mendengar nasihat sahabatnya ini. Entah betul ke tidak cadangan Saiful ni tapi ada logiknya difikiran Qarizh. Betul juga kata Saiful.

Buatnya Raisya minta masa bertahun-tahun jenuh la dia nak menunggu.

Selesai lepak dengan Saiful, Qarizh terus balik ke office. Dia melalui meja kerja PA nya. Dia nampak Raisya sedang fokus membuat pemeriksaan pada Dokumen penting sehingga tidak sedar dia masuk. Qarizh terus masuk ke biliknya. Butang interkom ditekan. Fatin menjawab.

"Ye boss. Ada apa?"

"Panggil Raisya masuk."

"Okay baik bos" Fatin terus menamatkan perbualan.

"Raisya encik suami nak jumpa." Kata Fatin sambil mencuit lengan Raisya.

"Eh dia dah balik ke?" Tanya Raisya.

"Dah la. Tekun sangat baca dokumen," jawab Fatin.

Memang dia nampak kesungguhan Raisya bila laksanakan tugas. Sentiasa fokus. Tak peduli dengan sekeliling.

"Boss ada nak fail apa-apa ke?" Tanya Raisya sambil berdiri dan membetul- betulkan pakaiannya.

"Tak ada. Dia nak isteri dia je." Jawab Fatin terkekeh.

"Hishh akak ni."

Sempatlah Raisya cubit manja lengan Fatin. Raisya melangkah ke pintu bilik boss nya itu. Dia ketuk pintu dahulu. Saat mendengar arahan menyuruhnya masuk dia pulas tombol pintu itu.

"Assalamualaikum Tuan Qarizh. Ada apa boleh saya bantu."

"Waalaikumsalam. Boleh tolong saya".

"Tolong apa tu?" Jawab Raisya serius.

"Tolong pulangkan isteri saya." Kata Qarizh sambil ketawa. Dia menggamit Raisya lalu menyuruh duduk di kerusi dihadapannya.

"Sayang dah makan ke?" Tanya Qarizh lembut. Dia perhatikan wajah isterinya.

"Dah makan tadi." Jawab Raisya. Dia menundukkan wajahnya.

"Macam mana lah hubby boleh tak tau Tan Sri Reezal ada anak cantik macam ni." Matanya masih memandang tepat pada wajah isterinya.

"Awak nak cakap apa sebenarnya ni," soal Raisya perlahan.

Dia malu sebenarnya bila wajahnya ditenung begitu. Qarizh bangun lalu mendekati isterinya. Dia duduk di atas meja kerjanya mengahdap Raisya. Tangan Raisya di atas meja dicapai. Di bawa ke pahanya. Dielus lembut jemari Raisya.

Jantung Raisya dah mula berdetak kencang. Dia masih menunduk dari tadi. Qarizh tolak dagu Raisya ke atas. Pandangan mata mereka bertembung. Wajah Raisya dah merona. Qarizh dekatkan wajah mereka. Raisya terkaku dengan tindakan Qarizh.

"Sayang boleh buatkan kopi. Sedap- sedap macam dekat rumah ye," bisik Qarizh dekat di telinga Raisya sehingga dapat dirasa hembusan nafas suaminya itu.

"Boleh-boleh. Saya buat sekarang."

Raisya cepat-cepat bangun dari duduknya. Baru dia mahu melangkah tangannya di tarik, wajahnya melekap di dada Qarizh. Qarizh kucup kepala Raisya lama. Raisya tergoda dengan haruman yang di pakai suaminya hingga dia terawang awangan.

"Okay sayang dah boleh buat kopi. Nak melekap lama-lama kat dada ni kat rumah nanti okay," bisik Qarizh mengejutkan

Raisya. Cepat-cepat dia melangkah pergi. Dalam hati tak berhenti mengomel. Malunya atas kecuaian sendiri.

***********
Thanks y'all kerana support!🙏🌹

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now