Special Chapter | 01

13.1K 505 30
                                    

Disclaimer; special chapters will focus more on watak sampingan. The real story line was 100% complete.

"Bapa ayam namanya Labu, eh kok begitu?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bapa ayam namanya Labu, eh kok begitu?"

"Anak babi namanya Raju, iyalah begitu"

Aku cuma menggeleng mendengar Hanz dan Erick berbalas pantun di meja batu di luar rumah. Macam tu je ek berpantun? Main nama binatang, lepastu bin apa, and pap! Dah jadi pantun dua kerat.

Kadang-kadang aku tak sangka yang diorang ni adalah ahli kumpulan mafia yang terkenal di Jerman.

Waktu pemilihan dulu, siapa yang in charge? Nick ke?

"Eh princess, kenapa kau buat kerja ni? Meh sini aku bawakan" Hanz pantas berlari ke arahku sebelum dulang yang berada di tangan bertukar tuan. Aku senyum.

"Hal kecil jelah Hanz. Saya larat lagi nak bawa" Nick sempat menarik satu kerusi untuk aku sebelum mengisyaratkan kepada aku supaya duduk. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Apa pula perkara kecil. Kau tu tak sihat nanti pengsan dekat sini kami juga yang susah" Hanz dah mula membebel macam orang tua. Aku mencebik.

Ni mesti dah terikut-ikut perangai Nils ni. Membebel macam aku ni baru lepas tolak bas. Padahal aku bawa air je pun. Bukannya berat.

Nasib baik Nils tiada di sini sekarang. Sudah dua hari dia outstation di Pahang, menyelesaikan tugasnya di sana. Katanya ada resort baru dibuka di sana jadi dia perlu pantau keadaan resort itu. Haih, rindu pula dekat bapak jin tu.

Selepas itu, kami semua hanya berborak kosong. Berkongsi tentang kehidupan masing-masing. Erick sudah semestinya yang paling riuh. Segala benda mahu diceritakannya sehinggakan hal boxer berlubang pun dia cerita sama. Dasar tak tahu malu.

Bunyi deruman enjin yang baru saja masuk ke dalam kawasan rumah membuatkan kami semua berpaling.

Dan tiba-tiba aku dengar ada suara menjerit.

"Mama!" suara kuat itu menarik perhatian kami semua. Ada seorang kanak-kanak perempuan yang sedang berlari ke arahku. Wajahnya nampak ceria dan bercahaya. Selepas itu, aku rasa seperti tubuhku dipeluk erat olehnya.

"Ye sayang" wajah kecil itu aku usap penuh kasih. Naura Luthfiya. Puteri kedua kami yang baru berusia empat tahun. Dan kami semua menggelarkannya little Nils.

Kalau dulu muka Niyaz 80% mengikut wajah Nils tapi tidak pada Naura. Wajahnya 100% copy paste muka Nils. Daripada kening sampailah ke bibir.

Kadang-kadang aku terfikir juga, aku yang susah payah mengandung tapi kenapa Nils yang lebih untung?

Nak marah tapi bukan salah Nils. Aku pun redha je lah. Bukan rezeki aku nak tengok anak ikut muka sendiri.

"Mama, tadi abang bergaduh dekat school" adu Naura sambil tangannya menunjuk ke arah Niyaz yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah. Di belakangnya ada Carl yang melangkah penuh gaya.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now