His Seele | 65

13K 576 35
                                    

"Ha ye lah Rick, yelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ha ye lah Rick, yelah. Memang kau sorang je ada bontot! Cepatlah woi aku dah tak tahan nak berak ni!" rasanya pintu tandas tu hampir nak tercabut disebabkan ketukan Hanz yang bertalu-talu daripada luar.

Orang nak feel berak pun tak senang.

"Kau ni cuba sabar, aku baru je masuk setengah jam lepas. Perut aku ni sakit lagi" Erick buat tak endah. Rasanya kalau dibiar lagi setengah jam mahu mengeras Hanz dekat luar.

Hanz sudah meringkuk menahan perutnya. Jantan ni memang tak guna betul.

"Rick, jangan sampai aku pecahkan pintu ni!" ugutnya.

Erick buat tak dengar. Sengaja dia buat Hanz macam tu. Biarkan, semalam Hanz kunci dia dekat dalam stor harini dia balas dendam. Ha, mengeraslah kau dekat luar tu.

"Aku rasa dalam rumah ni kita bela dua ekor lembu kot. Takpun badak air" komen Nick pasrah. Matanya tertala ke arah pintu tandas di dapur yang masih tertutup rapat itu.

Rasanya setiap bilik dalam rumah ni ada tandas tapi kenapa nak berebut? Tandas yang dekat dapur ni untuk apa? Tempat jin melepak?

"Salah, sebenarnya tiga ekor lembu liar" balas Carl pula. Dia meletakkan air tehnya di atas meja. Nick pandangnya pelik.

"Siapa lagi sorang? Nils?"

Carl menggeleng sambil tersenyum sinis.

"Kaulah, kau kan lembu liar terlepas" selamba Carl mengutuk Nick di depannya. Terkedu sebentar jejaka itu dengan kutukan Carl. Dasar mamat gay.

"Kau ni, kalau aku tepuk dada kau memang meninggal kau dekat sini" Nick sakit hati. Kalau tak mengenangkan Carl ni function dalam D'Andreas dah lama dia sedut roh kawannya ini.

Walaupun Carl nampak seperti tenang dan diam tapi percayalah, mulutnya lebih puaka daripada Erick dan Hanz yang sememangnya puaka itu.

"Hai korang" tanpa sedar, mereka berdua menerima kedatangan seseorang. Lantas kepala dua-duanya menoleh. Jari Nick terkaku. Tak berkelip matanya memandang ke arah sepasang mata cantik itu.

"Hai Dhia" balas Carl tenang. Dia cuma mengendahkan kedatangan Dhia. Tapi lain pula pada Nick, dia sebenarnya agak terkejut. Dah lama rasanya dia tidak merenung wajah cantik ayu gadis itu.

Carl yang baru saja mencapai airnya terhenti tatkala melihat Nick yang masih lagi membatu di tempatnya.

"Hoi!" jerkah Carl. Berkelip-kelip mata jejaka itu memandang ke arahnya. Carl kerut dahi. Dia pandang Nick dan Dhia bersilih ganti.

"Kau kenapa? Ada hantu ke apa?" soal Carl keliru. Dia lihat ke arah Dhia pula. Gadis itu cuma memandangnya sambil mengangkat bahu.

Nick bagaikan baru tersedar, lantas tangannya naik menggaru belakang tengkuk. Tahan malu.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now