His Seele | 11

18.1K 926 50
                                    

Perjalanan yang aku rasa tersangat jauh itu membuatkan mataku semakin lama makin layu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perjalanan yang aku rasa tersangat jauh itu membuatkan mataku semakin lama makin layu. Tambahan pula, aircond yang terkena tepat ke muka membuatkan rasa ingin berlayar ke alam mimpi makin membuak-buak.

Mata dua tiga kali tertutup. Kepala pula tak henti-henti tersengguk-sengguk menahan kantuk yang semakin menguasai diri.

Aku kalau boleh taknak tidur sebab ada orang dekat sebelah. Kang dibuatnya aku tidur ternganga mahu malu 10 keturunan.

Tapi makin lama makin tak boleh tahan. Akhirnya aku tewas. Mata perlahan-lahan mula tertutup. Tak lama itu, aku sudah lena dibuai mimpi.

Nils sedang fokus membuat kerjanya di dalam iPad miliknya. Dari ekoran matanya, dia dapat lihat yang gadis itu sedaya upaya cuba menahan kantuknya.

Dia hanya mengabaikan. Matanya sekali lagi fokus ke arah kerjanya yang tertunda tadi.

Sedang ralit dia membaca segala report di dalam gajet canggih itu, tiba-tiba dia terasa bahu disebelah kirinya memberat. Dia menoleh ketepi.

Kepala gadis itu sudah elok bertenggek di situ. Sempat lagi Sara membetulkan kepalanya supaya menjadi lebih selesa.

Badan Nils mengeras. Haruman daripada kepala gadis itu yang menerpa masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan dia menjadi tidak fokus. Ikutkan hati, dia mahu saja menolak tubuh gadis itu menjauh daripadanya namun lihat saja wajah pulas gadis itu yang sedang tertidur terus niatnya termati.

Dia memandang ke arah Sara. Wajah polos gadis itu betul-betul menarik perhatian dia.

Hidung mancung gadis itu, kening lebat, bulu mata panjang dan melentik dan akhir sekali bibir merah dilema yang terbentuk elok itu.

Dia menelan air liurnya.

"Ehem!"

Suara Erick membuatkan Nils memandang ke arahnya.

"Jangan ditenung anak dara orang. Nanti angau tak tidur malam pula" usik Erick sengaja.

Nils berdehem perlahan.

"Merepeklah kau" dia terus meneruskan kerjanya. Kepala Sara yang masih lagi terletak elok dibahunya dibiarkan sahaja.

Erick yang mengintai di cermin pandang belakang hanya tersenyum kecil. Rasa kelakar melihat muka Nils yang terus berubah warna apabila ditegur olehnya tadi.

Nils, Nils. Muka beku tapi hati ada taman.

Carl hanya menyembunyikan tawanya. Bukannya dia tak nampak yang Nils agak terganggu dengan gadis itu. Tulah, diikutkan sangat ego tu, melepas nanti baru tahu.

Setelah 45 minit memakan masa untuk sampai ke rumah, akhirnya kereta mewah itu meluncur laju masuk ke dalam halaman rumah teres itu.

"Dah sampai" kata Erick. Handbreak ditarik. Dia berpusing ke belakang.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now