His Seele | 12

17.5K 898 20
                                    

Erick memandang Hanz manakala Hanz juga berbuat benda yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Erick memandang Hanz manakala Hanz juga berbuat benda yang sama. Sudah 10 minit mereka berdiri di hadapan Nils namun tiada tanda-tanda jejaka itu mahu mengeluarkan kata-kata.

"Rick, kaki aku dah lenguh ni. Lembu ni memang tak nak cakap apa-apa ke?" Hanz berbisik perlahan ke arah Erick. Tak mahu Nils dengar yang dia sedang mengutuk lelaki itu.

"Entahnya, aku dah sejuk ni. Dahlah dalam bilik ni ber-aircond. Boxer aku dah kering dah weh" mata Erick turun melihat boxer yang masih melekat di tubuhnya. Boleh dikatakan 80% bahagian boxernya sudah kering.

"Entahnya doh. Aku dah tak mampu. Takut lepas ni mandul sebab saluran mengeras" Hanz membalas perlahan.

Nick yang berada di hujung bilik hampir menghamburkan tawanya apabila mendengar kata-kata kotor Hanz.

"Hanz, jangan jadi kotor ye dekat sini" suara tegas Nils menyentakkan mereka berdua. Hanz tersengih kecil.

"Nils, aku dah tak tahan sejuk dah ni. Kau dahlah panggil kami macam ni. Aku tak sempat tukar baju kau dah memetir. Aku nak terkencing dah ni woi!" Erick sudah tak tahan.

Lantaklah Nils nak marah dia ke apa. Dia sudah tak tahan. Tunggu masa je air kuning tu mahu keluar.

"Yang korang pergi berpesta dekat atas dah kenapa? Aku suruh buat kerja bukannya berparti dekat atas. Dah tu kau ajak pula semua anak buah berendam dalam swimming pool tu" tegas Nils lagi.

"Nils, kita sebagai boss kena treat anak buah. So, cara aku untuk treat anak buah adalah dengan melancarkan parti haram dekat atas. Kau rugi tak join, semua sado-sado. Roti pula bukan enam weh, ada sem-" belum sempat Erick mahu menghabiskan ayatnya, satu lembaga hitam berbentuk segi empat sama telah selamat mendarat di mukanya.

"Woi lembu, sakitlah muka aku. Patah hidung mancung aku siap kau" marah Erick.

Hanz dan Nick sama-sama melepaskan tawa mereka. Seronok tengok muka masam Erick yang baru lepas kena baling dengan file.

"Cuba sehari kalau kau tak menyusahkan aku. Minggu lepas kau pakaikan bodyguard kita dengan baju maid, nasib Nick sedar kalau tak memang dah arwah dah kita malam tu"

Erick punya pemikiran tak boleh diduga. Kadang-kadang pelik juga, dia punya pelajaran sampai tahap phd tapi akal dia macam budak lepasan tadika.

Aku tak tahu macam mana budak ni boleh diserap masuk ke dalam keluarga Edward Kim ni.

"Ouh kes tu. Kata undercover, aku suruhlah diorang pakai baju maid. Lagipun kita serbu rumah si sengal tu last minute. Itu je otak aku dapat berfikir masa tu" balas Erick lagi.

"Kau fikir logiklah mangkuk, maid mana je yang sado. Dahlah baju saiz perempuan. Kau paksa budak-budak tu pakai sampai tak bernafas diorang. Nasib tak kantoi" kali ini Hanz pula menambah.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now